Monday, October 30, 2006

Eid Mubarak's Rendevous

Doa Raya

Malam sebelum raya, kami sekeluarga sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut Aidil Fitri. Sudah terasa kemeriahan sambutan sejak pulang ke JB, pada masa yang sama juga punya perasaan sedih dan terharu dengan pemergian Ramadhan Al-Mubarak. Selepas selesai membantu memasak (kali ni aku cuma masak Ayam Tomato Mutiara, dibantu oleh beberapa 'male cook' yang lain termasuk Wan dan Rhon), kami sempat melepak 'ngeteh' kat bandar JB dengan beberapa orang rakan - rutin setiap malam semenjak aku pulang ke 'kampung' halaman. Sempat juga berjumpa dengan beberapa orang 'bloggers' dan 'silence readers' yang pernah menjenguk ke Tepak Sireh ni.

Seperti tahun-tahun sudah, agenda di pagi raya sama sahaja - dimulai dengan 'sarapan' berat, ketupat (ietot dan aku yang menganyam ketupat ni), lodeh, rendang daging, ayam tomato, sambal kacang dan macam-macam lagi. Kemudian acara bermaaf-maafan dan nangis-nangis...... tahun ni 'Ratu Nangis' berpindah tangan, bukan pada adik bongsu si Nina tetapi pada Noreen, semua orang jadi konfius dan pelik serta terkejut. Pic kat bawah ni ialah 'Ratu Nangis' sedang bersalaman dengan mak (ayooo... kalau student dia kat UTM nampak ni, harus kecoh seyyyy...)

Salam Raya

Tahun ni agak lewat ke tanah perkuburan, kami dah siap-siap untuk keluar rumah, tetiba ada jiran dah berkunjung, eh! pepagi lagi dah datang.... over excited apa? maka kami pun layan ler mereka sekeluarga, dan ketua rombongan tu sempat bersuara 'tak pergi kubur ke?', 'belum lagi, kami pergi kemudian...eh! makanlah lagi' mak aku menjawab dengan senang hati, tetapi kami semua dah resah hati, dah mula berpeluh-peluh segala nak keluar rumah. Florist kat town mesti dah lama tunggu aku datang ambik bunga ros putih 12 kuntum yang aku tempah semalam, nak bawa ke kubur. Segala saudara-mara pasti tertanya-tanya kenapa keluarga kami tak muncuk-muncul lagi. Aku pun tengah berpinar-pinar cari akal nak suruh jiran tu balik awal, yer lah.... lama pulak tu dia dok bersembang segala, dan dia pun dah tau yang kami dah lambat. (jiran ni depan rumah jer, tak raya pun hari-hari mai datang....).

Wednesday, October 18, 2006

Previous Year Eid Mubarak Celebration..............

Istana Pasir Pelangi
Lokasi: Istana Pasir Pelangi - Kediaman Rasmi Tengku Mahkota Johor. Aidilfitri 2005.
Duduk barisan hadapan dari kanan: YAM Tunku Hjh Shahariah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Puteri kepada Yang Di-Pertuan Agong Pertama, adinda kepada Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan adinda kepada Almarhumah Sultanah Bahiyah dari Kedah), di tengah YAM Raja Zarith Sofiah, Puteri Sultan Perak- Sultan Idris Shah, consort kepada Tengku Mahkota Johor, YM Tunku Yan Nazihah atau lebih popular dipanggil Tunku Tekwa.
Yang baju biru muda berdiri kat belakang tu... puteri Tengku Mahkota - Tunku Ina. yang lelain tu... panjang ler pulak nak explain, apa pun, dah semua orang posing, makanya aku ler yang jadi cameraman....
Rumah Tunku Bakar
Lokasi: Kediaman rasmi YM Tunku Abu Bakar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman (Penasihat Di-Raja Sultan Johor dan juga anakanda saudara Sultan). Bediri kat tengah-tengah tu Tunku Shahariah (kira ni rumah anakand dia lah). Ni sehari sebelum berangkat ke Miri, ala-ala macam majlis meraikan 'pemergianku' jerr....
Memandangkan atas sebab-sebab tertentu, posing bersama Sultan pada majlis ni tak boleh disiarkan. Eh... macam mana ada Juliana Banos terselit kat belakang tu...????? Mamat kat sebelah kanan sekali tu sapa tatau???
Rush & Tunku Ina
Dari kiri: YM Raden Adjeng Gusti Putri Astrini (adinda kepada Sultan dan Gabenur Solo, Indonesia. Berkahwin dengan YAM Tunku Abu Bakar ibni Tunku Abdul Rahman). Syarifah Zahra Al-Juneid (nama Al-Juneid ni famous serata Singapore, tu tok wan dia lah, berkahwin dengan Syed Faisal Al-Kaff, 2 pupu dengan Sultan Terengganu dan anak saudara Sultan Pontianak, Indonesia), mamat kat tengah tu sapa tatau???. Tunku Ina.. cucunda Sultan Johor. Syarifah Amal - anak Syed Faisal dan Syarifah Zahra.

Monday, October 16, 2006

Once Upon A Ramadhan in Brunei.....

Inspiration 2

I was in Brunei last Saturday, having plan to do some small shopping since last 2 weeks and managed to do that at last. I left around 11am and steadily drove through the border which took me less than 45 minutes to reach the first town - Kuala Belait. It was too early for me to stop for the Zohor prayer and later saw me stopped at next small town called Lumut just in time for that. The day was blessed with an excellent weather, the sun almost invisible surrounded by heavy clouds which carries small particles of H2O and ultimately made the ride more enjoyable. I went straight to Bandar Seri Begawan, specifically the Yayasan Building, bought most of the intended stuff plus the 'not intended' as well. Who can resist when one 'subornment' by some banners spelling '70% discount on all Versace item' or '50% less for Calvin Kline' or even 'Levi's jeans $50'? and not forgetting the 70% discount on most of Bohemia Crystal and glasswares. Confusing enough, you can't see any mad rush to these counters, and the first question popped-up was 'where does the Bruneian go for their Eid Mubarak shopping?' Definitely for branded items you can't find any in Miri nor Kota Kinabalu, so would it be London then? Paris? Dubai? Singapore or 'cikai-cikai' to KL?
The newly erected Gadong Mall was the next stop after Yayasan's, first priority is to recce the 'added intended' stuff although the top mission almost accomplished. I was trapped by my own self-centred mind and shopaholic dysfunctional disorder or whatever you might called it.... at the end, I still can't satisfy my 'added intended' thingy and got to rush back to Yayasan's. The last piece of black Samsonite 'Freeminder' series bagpack still sitting on the shelf waiting for me to bring home - and I did. The majestic floating golden dome mosque was the next pit stop before I rushed back heading to the toll-free-hassle-free-traffic-free highway. My happily ever after smiles suddenly deteriorating when awaken by the blinking fuel indicator, goshhhh! I forgot to fill-up the fuel and now I'm on the highway of nowhere, and the nearest town that I know is more than 50km. Can my car survive this journey?
To cut it short, I exited via Tutong after nearly 9km driving with that disturbing blinking as though it says 'fill me up! fill me up now you moron!'. Stumbled upon a T junction....I turned left as my inner soul whispered, after almost 3km enjoying the Kampung Keriam's late afternoon view I saw a big Shell logo from afar... the word 'alhamdulillah' automatically burst from my mouth. But... it was closed... tried to figure it out... it almost 6pm, probably they close for Iftar, again tried very hard to console myself. My inner soul whispered once more, 'turn back Rush, go as far as you could, at the end of the road you will see the fuel station...' (now it's getting really scary...hiksssss). Another 9km drive, passing-by the T junction and yes.... another Shell fuel station closed! and another one just few hundreds yard closed as well for Iftar. I was left high and dry in Tutong town just a few minutes before Iftar (initial plan was to have my Iftar in Kuala Belait - the big fat mutton Murtabak from a 70's deco Malbari Restaurant). As I'm chasing the time (the border post close at 10pm), I did my Maghrib at Masjid Tutong, took my meal at a restaurant next to the mosque and just across the fuel station, followed by 150kmph ala-F1 style drive, until I arrived at Lumut mosque for my Isya' and Tarawih (I thought the Imam in Masjid Jamek Miri is the bullet train, but he definitely can't beat the Imam in Lumut, he is super-bullet train!!!).

Friday, October 13, 2006

Philosophical Gestures..........

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.....
agar dapatku lalui dengan sempurna.....
ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan.....
ku merayu pada Tuhan diterima amalan.....
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar.....

Inspiration 1

Kata-kata di atas ni ada betulnya apabila difikir-fikir, pada pendapat aku... aku cukup takut kalau orang misunderstood kita, salah anggap, silap tafsir atas sesuatu yang kita lakukan. Makanya apa yang kita lakukan jadi serba tak kena di mata pandangan mereka. Buat baik salah, buat silap lagi lah dipandang serong dan di chop jahat. Jumud kadangkala pemikiran manusia di sekeliling kita. Pada aku, sentiasalah kita bersangka-sangka baik....

Semenjak awal minggu badan ni terasa kurang selesa, akhirnya terpaksa berjumpa doktor dan bercuti sakit. Dua hari beristirehat di rumah sahaja, sambil tu sempat menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh, sempat pergi ke pejabat KWSP, mendaftar perkhidmatan online (semakin cekap dan menuju e-govt), ke LHDN pula kerana tak declare lagi untuk tahun 2005, macam-macam borang kena isi tetapi perkhidmatan LHDN kat Miri cekap, staff yang melayan tu pun very informative dan friendly. Sempat juga hantar laptop yang tetiba buat hal sebab tak boleh nak connect guna streamyx, terpaksalah tunggu beberapa hari untuk di 'investigate' masalah.

Walau kurang sihat, puasa tetap puasa, selalunya pening-pening kepala ni datang setelah selesai solat Tarawih, nak kata migraine, tak pernah pula terjadi, nak kata high blood pressure, Doktor tu kata normal, mungkin kerana cuaca yang tidak menentu dengan jerubu (kabut asap), atau body system still adjusting. Cerita pasal tarawih ni, for the last few days, aku ni asyik bertukar-tukar tempat tarawih, Masjid Jamek Miri (Pak Imam yang dah berumur tu laju semacam, macam bullet train), Masjid At-Taqwa (Imam muda dari madrasah di Terengganu, kesian dia asyik tersekat-sekat membaca), Masjid Lutong (Imam muda dari madrasah di Terengganu juga, lancar dan santai), dan surau SK Senadin, masa awal Ramadhan jer tarawih kat sini. Kelmarin, sandal kulit yang baru beberapa minggu dibeli (dah ler bercongak-congak tunggu gaji baru leh beli...) kecurian di Masjid Lutong, geram.... tapi sabar. Nak buat macam mana dah hilang. Pada masa yang sama ada Pak Cik ni pun hilang selipar dia, sehari sebelum tu ada yang hilang kasut baru etc. Apalah nak jadi dengan budak-budak Melayu/Islam ni, kat masjid orang sedang beribadah pun jadi tak senang hati dibuatnya dek perangai mereka ni. Ni baru beli selipar getah murah pun tak tentu lagi selamat, sebab selipar getah ni ada corak 'zebra' dengan tali kaler 'olive green' (macam adik-adik ker?)... sah-sah menarik perhatian si pencuri..... tawwakal.........

Monday, October 09, 2006

Kad Hari Raya Virtual vs Realiti

Alhamdulillah, sudah 2 minggu umat Islam berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Maghrib hari ni pula akan masuk hari ke-17 Ramadhan, hari dimana kitab suci Al-Quran diturunkan semasa Nabi Muhammad s.a.w sedang berkhalwat di gua Hira' Jabal Nur. Perbanyakkanlah amalan-amalan mulia di 2 fasa terakhir ini.

Eid Mubarak Greetings Card

Minggu lepas, seorang kenalan baru (baru tapi mesra....) mengirim kad Hari Raya, kad Hari Raya yang pertama aku terima tahun ni (foto kat atas tu). Semasa berada di syarikat lama, banyak juga dapat kad raya, tetapi semuanya bukan bersifat 'personal', lebih kepada hubungan 'profesional'. Aku suka menerima dan memberi kad raya, tetapi semenjak adanya Internet, sudah berkurangkan koleksi kad raya 'realiti' kerana diganti dengan kad raya 'virtual' yang beranimasi segala. Kad raya 'virtual' ni senang di'pos', sekali tekan butang papan kekunci 'sent', berpuluh-puluh orang akan menerimanya sekaligus - mudah, cepat dan cost-effective (atau zero cost jika menggunakan komputer syarikat). Walaupun begitu, aku masih memilih kad Hari Raya 'realiti' yang boleh dipegang, disentuh, yang boleh dibuka-tutup, yang ada tandatangan menggunakan pen, yang boleh digantung di dinding atau disusun atas meja dan ada 'personal touch'. Sedihnya... tahun ni cuma kad yang di atas tu sahaja yang aku dapat (kepada pengirim kad ni, terima kasih sahabat).
Niat untuk mempelawa rakan-rakan sekerja berbuka puasa di rumah terlaksana juga akhirnya. Majlis tersebut berlangsung hari Sabtu lepas, ringkas tetapi terasa ukhuwah semakin kuat dan mesra. Dari awal pagi lagi aku dah berkemas rumah, kemudian ke pasar dan terus memasak. Menu kali ini juga ringkas - ketupat segera, rendang ayam, sayur lodeh (siap letak tempe dan tauhu goreng), nasi briyani, couscous vege dan air sirap bandung berserta buah-buahan dan kurma Maryami (kurma ni pun ada yang tolong belikan di KL... orang yang sama beri kad Hari Raya tu). Sebelum tu, ada seorang rakan siber yang selalu singgah kat tagborad ni 'TYAH', tetiba muncul depan rumah, aku macam 'kaget' sekejap kerana seorang gadis manis bertudung bunga-bunga berdiri di luar pagar sambil memegang/menghulur sesuatu. "rush, maaf I tak dapat join, ada hal.... ni ada cream caramel...". Terima kasih banyak-banyak to 'tyah'! Terima kasih daun keladi, cream caramel tu sedap sekali, bila nak bagi lagi?
Berpuasa di sini berbeza dari cara atau 'lifestyle' aku berpuasa di Johor Bahru sebelum ni. Inilah yang aku katakan setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, dan aku terlontar di Miri ni pun ada hikmahnya. Berbuka puasa di JB penuh dengan acara-acara makan di Restoran, Hotel, rumah-rumah VIP, Istana, Rumah-rumah kebajikan etc. Hanya beberapa hari sahaja aku akan berbuka puasa di rumah atau di rumah parents, selainnya di luar bersama rakan-rakan, kenalan, sahabat-handai atau strangers. Jadual berbuka puasa selalunya penuh dengan undangan, tak kira hujung minggu atau hari bekerja. Samada jemputan ke rumah kebajikan berbuka puasa bersama anak-anak yatim, majlis berbuka anjuran UMNO, atau berbuka di Hotel atas jemputan 'client' atau wakil-wakil Hotel, atau memang dirancang bersama rakan-rakan yang pelbagai. Fasting month dah jadi Feasting month akhirnya. Di Miri ni, aku Iftar seorang diri di rumah - ala-kadar sahaja. Cuma sekali tu berbuka bersama rakan di Restoran Muara yang ada menjual hidangan ala-Jawa - Nasi Lelapan, kemudian 2 kali di Cafe Dudok (sekali atas anjuran Ketua Jabatan, bertahlil etc) dan Jumaat lepas bersama rakan sekerja di sebuah Restoran Itali. Tetapi masih ada lagi 2 minggu berpuasa, mungkin ada jemputan, mungkin ada anjuran, mungkin balik JB nanti Iftar di Hotel bersama keluarga - acara wajib setiap Ramadhan. Rindu nak beriftar ramai-ramai bersama mereka....
p/s: saja nak sertakan alamat, manalah tau ada yang simpati nak kirim kad raya...Lot 4375, Lor. Desa Senadin 2C-1D, Desa Senadin. 98100 Miri. Sarawak.

Wednesday, October 04, 2006

Diari: 11 Ramadhan & 3 Oktober 1988

Awal pagi tadi semasa cuba mencari sesuatu dari kotak-kotak simpanan barang lama, terjumpa pula diari lama yang dah berhabuk, diari tahun 1988 dan 1990. Aku selak beberapa helaian..... ahhhh... nostalgia! Sengaja aku selitkan 2 mukasurat, bertarikh Hijrah dan Miladiah. Segala ejaan dan susunan yang dipaparkan mengikut seperti apa di dalam diari tersebut, kecuali komen berhuruf kecil berwarna biru di dalam kurungan.

SMSI Kulai 1988
Berkenaan gambar: Sempena Minggu Sains Malaysia Pertama di PWTC, Kuala Lumpur 1988. 3 projek Sains (Kimia, Biologi, Fizik) terbaik peringkat kebangsaan akan berkumpul mempamerkan projek mereka. Projek Fizik kami "Aruhan Elektromagnetik" dari Johor berjaya ke peringkat akhir kebangsaan. Bergambar bersama peserta dari Sek. Men. Hamzah Machang, Kelantan. Aku yang bediri sebelah kanan sekali berkaca mata tersengeh.
11 Ramadan 1408 Hijrah bersamaan Khamis 28 April 1988. [aku di tingkatan 5, bersekolah di sebuah pekan di Johor]

Tak sahur lagi - malas.
pergi sekolah dgn bike Cik Odin [salah seorang pakcik yang rapat dengan aku, aku selalu jahanamkan motorbike dan kereta dia] - Lewat
Guard [Pengawas sekolah, kena jadi macam Pak Guard] . Masa P.K [aku macam dah lupa P.K ni apa, Pendidikan Kesihatan ke? ada ke subjek tu?] gelihati - bebudak kena berdiri kat depan!! cikgu Geo ganti Bio [subjek kegemaran aku; Geografi dan Biologi].
Relax 1 period - gebang2 dengan Azhar [antara kawan paling rapat dengan aku sebab dia ni jenis 'cool' dan ada style, dah berapa orang anak dia ni ek? gebang=sembang=berbual] -
pasal 'pengantin' tu tak habis [rahsia kami sehingga ke hari ni...] - syok.
Ambil kad raya dari ustazah. jual dalam
kelas. Dapat kad raya dari Aniza Azura [antara perempuan paling cantik kat sekolah, dah tu syok kat aku, sampai ke saat ini walaupun dia dah 2 kali bernikah!!! still hunting me...].
Boring masa ugama [not my favourite ustazah].
B.M relax. [relax sebab cikgu ni dia seorang je yang bercakap depan kelas, kita ni semua cuma mendengar je lah, dari awal sampai akhir]
Balik R.M. [nama singkatan bagi kawasan perumahan tempat aku tinggal. RM=Raja Melewar? RM=Rumah Mewah? RM=Rialto Market?]
tidur [aku memang kuat tidur, sampai sekarang].
Buka puasa. bincang - esok cadang nak
cat rumah [hobi mengecat rumah ni terbawa-bawa sampai sekarang, rumah 5 bilik aku tu pun aku cat sendiri, dengan sedikit pertolongan]- o.k!
tidur lewat - tonton t.v. [tinggal di selatan Johor ni dapat siaran t.v dari Singapura, macam-macam program ada, dah tu siaran habis lewat malam]
Boring! [kalau dah tidur petang, pasti malamnya susah nak tidur, makanya dengar radio siaran Bahasa Inggeris dari Singapura, sambil berkhayal...]
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!

SMSI Kulai 1988

Berkenaan gambar: Dari kiri ke kanan. Aku berkacamata hitam dan berdiri macam model senget, Dr. Shamsul Abd. Rahman - rakan dari kecil, sama-sama berkubang dalam sungai belakang rumah mak tok, kini membuka klinik sendiri di pekan kami, Norazmi Tukiman- rakan aku dari darjah satu sampailah ke sekolah menengah, sekarang menjadi akauntan di Public Bank JB & Mohd Khalis Sulaiman-mak bapak dia terkenal sebagai guru yang sangat garang, kerja dengan Pelangi Berhad agaknya sekarang. Depan sekolah kami tahun 1988.

Isnin 3 Oktober 1988. [mukasurat bertarikh 4 Oktober kosong tidak ada sebarang catatan]
S.P.M - 38 [ditanda di atas mukasurat menunjukkan bilangan hari akan bermulanya peperiksaan S.P.M]

Awal bangun. Solat subuh - dah lama tak
solat subuh [macam liat sikit kalau bab solat Subuh ni, sebab SPM dah dekat, rajinlah sikit solat sambil berdoa]. Hujan pagi ni [hujung tahun, biasanya memang hujan hampir setiap hari, termasuklah pada tahun 1988 ni ada banjir besar sehingga peperiksaan SPM ditangguhkan]. Peperiksaan S.R.P [SRP dah jadi PMR]
tukar kelas. dapat Fizik = failed [aku antara pelajar Melayu terbaik dalam subjek ni, tetapi boleh failed pulak masa trial exam]. B.M - o.k juga C3 [ini dah tahap maksimum pencapaian BM semasa di sekolah, tetapi aku dapat keputusan yang lebih cemerlang pada SPM yang sebenar].
Recess - senyap tuckshop [entah kenapa aku suka gelarkan kantin sekolah "tuckshop"]. Bio - boring, ngantuk [boring sebab semuanya hanya mengulangkaji].
Math II - failed dgn teruk [Matematik memang mencabar sebab ramai budak Cina dalam kelas, high standard, tapi untuk SPM lulus la pulak].
Balik R.M - leceh no bike - tidur -
petang - K.M. [nama singkatan bagi kawasan tempat tinggal mak tok, cuma sebatu dari rumah kami]
Lunch - tidur - letih [entah apa la yang letih sangat ni].
Malam - buat kerja sikit [kerja? kerja? kerja mengulangkaji pelajaran sebab nak exam] - tonton t.v. [belajar sekejap, tengok tv yang lama, sebab tu mata rabun]
buat surat untuk Hadijah [ini lah antara perempuan yang aku paling minat, dari dulu sehingga....emmm... tahun lepas terserempak dia dengan hubby, dah kureng... tapi tetap menawan, mixed Pakistan, kira taste aku la tu]
Pergi bandar beli mee kejap [bandar mana? mee mamak kat pekan ni memang superb!]. Tanya atuk lagi pasal nak pindah [aku cadang nak tinggal dengan atuk masa ni].

Monday, October 02, 2006

Nostalgia Ramadhan 70'an-80'an.....

Bulan Ramadhan merupakan waktu yang senantiasa ditunggu-tunggu. Pertamanya, di bulan Ramadhan ni, dapat makan yang sedap-sedap, luar biasa cara masakan mak, resepi yang dah lama tak keluar akan muncul semula, ini termasuklah my favourite ‘ayam engkong’ – masakan jawa, ayam satu ekor yang dipanggang dalam oven atau digoreng, kemudian disira dengan segala rempah-ratus dan santan pekat. Mak memang rajin memasak, sehinggakan 'fishball', cendol dan air tauhu pun dia buat sendiri. Lebih meriah kalau berbuka puasa di rumah mak tok yang jaraknya cuma sebatu dari rumah kami. Di rumah mak tok ramai orang, maklumlah rumah besar, keluarga besar dan masih ramai yang bujang (yang dah berkeluarga pun gemar berbuka sekali). Riuh-rendah dengan bunyi gurau senda anak cucu dan pinggan-mangkuk periuk-belanga, bayangkan sekitar 20-30 orang ada di dapur bersedia untuk berbuka puasa, macam kenduri kendara. Rindu sangat-sangat dengan suasana macam tu, tetapi setelah mak tok meninggal dunia kira-kira 15 tahun dulu, semuanya telah berubah.
Kedua, memang seronok berpuasa, tak tahulah kenapa, walaupun letih, dahaga, lapar… tetapi seronok, tak der lah merengek nak berbuka segala walaupun umur baru 7 tahun. Semasa hendak berbuka puasa, ramai-ramai duduk mengelilingi meja yang penuh dengan beraneka makanan (masa tu kami 5 beradik), jiran-jiran saling bertukar-tukar juadah (zaman sekarang ada ke?), aku akan jadi ‘porter’ pergi dari satu rumah ke satu rumah menghantar kuih atau juadah, “Mak Aniiii….. ooooo mak Aniiii… mak bagi kuih niiii…”. Masakan dari Mak Eton paling aku tunggu-tunggu, sebab semua masakan dia sedap, maklumlah dia dan suami keturunan Arab-Melayu Singapura. Ketiga, sebab selepas Ramadhan, masuk pula Syawal, kanak-kanak mana yang tak suka menyambut Hari Raya. Sebelum tiba Hari Raya, sudah tentu akan berbelanja pakaian baru, walaupun tidak semewah mana, tetapi ada dan cukup. Kasut baru pasti dicari di kedai BATA, selalunya aku pilih sandal yang warna cokelat tu, kadang-kala abah akan pilihkan kasut ‘keras’ kulit. Baju Melayu kena warna sedondon dengan adik lelaki yang sorang tu, adik-adik perempuan warna baju tak boleh sama dengan yang lelaki, songkok pun kena beli yang baru sebab yang tahun lepas dah tak muat, lagipun dah ‘out of shape’ sebab selalu diguna ke sekolah agama. Yang jual songkok ni selalunya orang-orang Minang dari Sumatera, tak pun orang-orang Pakistan yang tinggi lampai berjanggut panjang beruban. Stokin dan saputangan pun baru, stokin beli yang warna putih sebab boleh pakai ke sekolah dan saputangan penting sebab aku tak suka mulut comot dan selalunya buat kesat hingus. Nyonya kat pekan tu dah tau sangat perangai aku, mesti minta saputangan corak kotak-kotak. “Nyonya, yang bunga-bunga saya tak mau lah, ini perempuan punya!!!!”. "Aiyaaa... wa ingat lu pelempuan lorrrrr... soli arrr..." !#$%^&*!

bata

Sepanjang malam bulan puasa, mak rajin buat biskut, macam-macam biskut yang dia buat, walaupun dari siangnya mak dah penat memasak dan buat kerja rumah, malamnya pasti tak ketinggalan buat biskut. Aku sudah tentulah jadi assistant Chef, tolong klim tart nenas, tabur ceri, letak kismis, susun atas dulang, simpan dalam balang etc. Sambil buat biskut, mak selalu bercerita, cerita masa dia muda-muda dulu, cerita sambut raya orang dulu-dulu, susah senang zaman dulu. Sambil tu mak selang-seli memberi nasihat supaya belajar rajin-rajin (bukan belajar buat biskut ek!), bila besar boleh jadi orang senang, tak merempat..... dan boleh bawa mak pergi melancung/wisata (ini 'penyakit' keturunan suka melancung). Bab bangun sahur, akulah orang paling mudah bangun sahur, tak macam adik-adik yang lain tu, kecuali Anita. Kalau harapkan lelaki yang sekor tu dan si Linda….. tahan tak nak makan sebab nak ‘titun’, tak pun ada yang menyuap nasi ke mulut sambil mata tertutup. Aku dengan cerianya akan bersiap-siap untuk makan sahur, aku tak begitu cerewet dengan makanan sahur asalkan panas, lagipun semua masakan mak memang sedap, minuman wajib untuk bersahur ialah Milo panas. Itu dulu-dulu.... masa kecil-kecil bersekolah rendah.