Friday, July 28, 2006

Am I Ready For Marriage Now?


Surah An-Nisaa'. Ayat 25
Originally uploaded by
rushmurad.

"If any of you have not the means wherewith to wed free believing women, they may wed believing girls from among those whom your right hands possess: and Allah hath full knowledge about your faith. Ye are one from another: wed them with the leave of their owners, and give them their dowers, according to what is reasonable: they should be chaste, not lustful, nor taking paramours: when they are taken in wedlock, if they fall into shame, their punishment is half that for free women. This (permission) is for those among you who fear sin; but is better for you that ye practise self-restraint. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful". Surah An Nisaa'; Ayyah 25.

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu. Hadis Sahih Muslim.

Sejak dari kelmarin, aku memikirkan pasal nikah especially bila Rollie hantar sms "I should get married, get a nice and good husband, have kids, I feel so lonely...I dont want to live like this". Dia depressed sesangat sejak break-off dengan Sam. Pagi tadi semasa menghadap sarapan, Siti Salina bersuara 'Rush, its nice kan to be single?!, you can do whatever you want, go wherever you wish...tak der sesiapa nak larang....", confuse pulak aku, sebab dia ni lagi sebulan nak naik ke jinjang pelamin. Dan banyak lagi perkara bersentuh pasal nikah kahwin ni sepanjang minggu membuatkan aku berfikir serius pasal nak nikah. Memang sepatutnya aku dah ada keluarga sendiri dalam usia sebegini. Apa sebabnya aku tak nikah-nikah lagi??? Ramai sedara-mara, tok2 sedara, jiran-tetangga, teman2 yang tertanya-tanya, dengan pelbagai spekulasi dan saranan. Kekadang tu dah macam tak der modal nak tepis asakan mereka, tiada alasan konkrit.

Sebelum ni aku teragak-agak dan kurang pasti, tapi sekarang aku dah 100% bersedia untuk masuk ke alam perkahwinan. Alhamdulillah dan insyaAllah, aku boleh ' bela' anak orang, aku ada kerja yang stabil, ada sedikit wang simpanan, ada kenderaan 4 roda, ada beberapa buah rumah sendiri di Johor, sifat kasih sayang dan bertanggungjawab semakin menebal, especially bila tengok budak2 kecik, dalam hati berdetik bilalah agaknya aku nak ada anak sendiri, nak main2 dengan anak sendiri, bawa pi shopping, bawa pi travel etc. Bila balik kerja, nak sangat dengar suara budak2 kat dalam rumah, bukan macam sekarang.... sunyi sepi. Alhamdulillah juga, aku dikurniakan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat, semuanya berfungsi dengan normal, dijamin mantap!!!

Aku cerewet? tak jugak, setiap kita pasti ada 'citarasa' tersendiri. Aku nak cari yang macam mana? Tak der yang specific sebenarnya, asal sedap mata memandang, ada chemistry. Aku cepat tertarik dengan mereka yang mempunyai adab bercakap, ada sopan dan santun, kemudian baru tengok penampilan. Tak suka yang selekeh dan pengotor (tengok jari-jemari dia, kuku panjang? ada daki? rambut kusut masai? tengok gigi, berkarat? hehehehehe...), tak kisah ler pakai tudung ke tidak, kena pandai bergaul - boleh dibawa ketepi dan ketengah, berdikari - kalau aku outstation, dia pandai manage anak2 dan diri sendiri. Apapun aku sendiri adalah manusia biasa, serba kekurangan dan penuh kejahilan. Kena terima seadanya aku ni, tapi aku tetap berusaha keras menyempurnakan diri sebagai insan kamil.

Pokok persoalannya masih aku tak jawab, kenapa lambat nikah??? Firstly, sebelum ni kedudukan kewangan tak stabil - yer lah baru masuk 6 tahun aku bekerja dan aku tersangat boros. Kedua, aku masih nak enjoy alam bujang sepuas-puasnya (sekarang ni dah puas, sampai naik muak). Ketiga, aku tak jumpa wanita yang betul2 dapat membuka hati aku ni. Bohong kalau aku kata tak pernah suka sesiapa, memang ada beberapa orang wanita sepanjang hidup aku ni. Pertama, Hadijah - teman sekolah menengah, lepas masuk Universiti, dia terus lenyap, tahun lepas jumpa dia setelah lebih 10 tahun menghilang, dah jadi isteri dan mak orang, out of shape sesangat hiksss. Then, classmate aku dari sekolah rendah sampai ler menegah - Suzana, aku memang rapat dengan dia, tapi tak pernah nak cintan-cintun. Setelah lebih 10 tahun terputus hubungan, Aidilfitri tahun lepas kami reunion, dia maintain ceria, semakin anggun dengan kebaya ketat, kulit makin cerah dan gebu, cantik sungguh. Lepas tu masa kat Universiti, dengan Along - aku angggap biasa jer walaupun dia 'wanita mithali', sopan, cerdik dan lemah-lembut, tapi aku tak der chemistry. Kesian dia tunggu aku bertahun2, keluarga dia tak dapat terima hakikat yang aku tak nak menyunting anak dara mereka. Dan paling tragis, aku pernah jatuh hati kat wife orang yang sebaya dengan aku (atau dia yang jatuh hati kat aku?). Hubby dia kenalan aku dan 'rahsia' kami terbongkar, hampir2 aku nak disembelihnya, kena maki hamun segala.... kami tak buat apa2 pun, cuma sms jerrrrrr................ itu pun bertanya khabar.

Solution? Aku masih mencari, kali ni aku betul2 nak cari, suri di hati yang dapat bersama hingga ke akhir hayat. Resume? siapa yang nak hantar 'resume' tu, dipersilakan, aku amat mengalu-alukan. Nak rekomen adik, kakak, anak sedara, mak sedara, jiran-tetangga, sepupu-sepapat atau diri sendiri. Tak kira dari negara mana - Indonesia, Brunei, Singapura etc. Aku ni macam buat iklan murahan pulak, segan pun ada.... tapi bak kata orang tua2, kalau segan tak merasalah gamaknya........ Merasa apa tu??? Hadis Uqbah bin Amir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Syarat yang paling berhak kamu sempurnakan ialah perkara yang menyebabkan faraj iaitu kemaluan wanita menjadi halal untuk kamu. Hadis Sahih Muslim. Melopong besar mulut aku bila baca hadis nihhhhhhh..........................

Tuesday, July 25, 2006

My Chinese Porcelain Collection

My Chinese Porcelain Collection

Porcelain, which we call china, was produced in China 1500 years before the techniques for making it were discovered in Europe. Chinese potters produced pure white translucent porcelain that had the consistency of polished seashells. The word porcelain was coined by Marco Polo in the 13th century from a Portuguese word porcellana, meaning "little pig." He likened Chinese porcelain to pig-shaped cowry shells that were used as currency in parts of East Asia.

The first porcelain was made in Zhejiang during the Han Dynasty (25-219 AD). By the time of the Sung Dynasty (960-1279 AD), Chinese potters had discovered a way to use underglazes to produce the characteristic blue and white and red and white porcelains associated with the Chinese vases. Major pottery production began during the Yuan Dynasty (1280-1368 AD) at Jingdezhen. By the 1700s, Chinese potters had developed methods of overglazing with enamels to produce multicolored designs on their porcelain. Not long after Vasco da Gama opened a sea route to China in 1497, Chinese porcelain became the most valuable commodity in Europe.

Dari dulu lagi aku memang suka barangan porselin/tembikar ni, terutamanya yang dari China dan England. Selebihnya koleksi porselin aku berasal dari Jepun, Vietnam, Macau, Thailand, Portugal, Belanda, Italy dan tak lupa Morocco. Paling banyak dah tentu dari China, selalunya aku dapatkan di Singapura atau semasa melancung. Ada yang berharga sehingga 4 angka sebutir dan berusia puluhan malah hampir mencecah ratusan tahun. Sebuah almari kaca berangka kayu jati disediakan khas untuk menyimpan barangan porselin ni, yang selainnya aku pamerkan di atas meja, almari dan digantung di dinding, paling unik sebuah pasu porselin besar bercorak burung bangau/crane yang aku jadikan lampu terendak di sudut ruang makan.

Foto di atas adalah sebahagian kecil koleksi porselin dari China, teko comel tu mempunyai 3 'kaki' kecil bercorak 'Palace Garden', foto di bawahnya pula ialah bekas minuman keras dengan motif pemandangan gunung-ganang, awan dan tasik, bawah kanan pula merupakan bekas penyimpanan abu mayat yang bermotif 'syurga di kayangan' dan bekas bunga kanan atas, ianya selalu digunakan untuk meletak bunga kekwa bila ada sesebuah majlis atau keramaian, sesuai dengan motif flora dan dedaunan lukisan tangan yang tertera. Ada yang pernah bertanya, apa seronoknya/faedah mengumpul barangan porselin ni, jawapan aku ringkas "by looking at these porcelains.....it is my theraphy!'.

Sunday, July 23, 2006

Sahabat....semoga cepat sembuh!


mahathir
Originally uploaded by
rushmurad.

This is going to be my first time blogging from home and from my new laptop. The TM people installed the phone line somewhere last week after I registered almost 12 weeks ago. I purchased the TMNet Internet start-up pack last Thursday, and I found it so convenient, why did I said that? I was fuelling my tank at Shell station in Lutong, while waiting for the girl at the counter to swipe my Bonuslink card, I saw this notice on the entrance glass door on e-pay and its services. Went inside, asking for the start-up pack which cost me only RM30, and received one small piece receipt with numbers and ID, and wallaaaaa......... I'm online from home! How convenient it is nowadays to be globalised and connected to the rest of the world. Thanks to the brilliant vision of Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Anita called me informing that our small brother Kiki is going to continue his study in one of government higher learning institution in Selangor. I'm happy for him and hope he likes the offered course (I'm not so sure if he knows what the course is all about altogether). Along wish you all the best of luck! Kak Pah the Sarong Party Girl is here, so we went to Cherrie Berries on Friday night. It has been an ages since I enjoyed myself with the live music in CB, and now they even had a new singer, kinda cute though. Rollie duduk macam batu tak nak dance, and I have been pulled continuously by another agile lady singer to dance with her especially after Rollie answered the lady question "taaakkk... dia bukan boyfriend I, he is my brother laaaa...", whilst Kak Pah control ayu with her Jessica Parker Sex In The City's killer dress, dance when the song is "Ini barulah lagu akak, jom joget!" Susah nak melayan perempuan-perempuan ni.....

Prior to that evening Rhoni, my dearest friend from Batam texting me "Abang, I'm in hospital now, just had a small surgery on my shoulder...". I was stunned and shocked...I almost cried (knowing myself.... not an easy person to cry!). Tulang bahu sedikit patah, luka-luka kecil dan sudah pasti sakit di sana-sini. Harap-harap tabah hadapi ujian Allah sekecil ini, ada hikmahnya tu, percayalah. Nasib baik mak dan adik perempuannya yang dari Padang sedang berkunjung ke Batam, ada yang menjaga. Semoga cepat sembuh wahai sahabat.... Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya Hadis Sahih Muslim.

Monday, July 17, 2006

Rush's Extreme Make-Over

Extreme Make Over

Ala-ala extreme make-over pulak ek? Almost 6 months I kept the hair, did 'body perm' when I last visited Kota Kinabalu (ala-Antonio Banderas's hair style), some people like it and some not (which i don't give a damn anyway), frankly speaking... I don't like to keep long hair, it's not the 'macho' thingy, but more to personality. It doesnt suits me at all, in my own opinion at least. YAM Tunku said my Bandera's hair look really nice, and she even tried to touch it!

Mira, my ex-colleague did asked during our lunchy at Saujana, "you punya stok Vitamin-C dah habis ke?", "You nampak gelaplah, kulit you dah tak smooth, ada bintik-bintik".... Ye ker??? aku dah tak hensem macam dulu-dulu? (or memang since azali?) Told to myself that I must do something, drastically and at once!. My anti-wrinkle serum from Japan still working really well, walau dah tua macam nih, ageing signs tu still tak jelas, kedut-kedut kat dahi dan tepi mata invisible, I never used any whitening cream or lotion, memang sengaja nak bagi kulit 'tan', but kenapa ada black spot, comot-comot? Yati bilang dia pakai Dermalogica, si Jepun pakai Biotherm, Frank pun guna product sama, Angah masih jadi worshipper of SKII products, dah tu aku ni nak guna apa? aku still guna 'Mud Scrub' Mary Kay yang Maizom jual - fantastic! Since rambut dah pendek, aku tak guna gel or hair cream, instead I'm using 'hair mud' from Wayco (kalau kat UK brand ni famous ler jugak).

Last weekend plan nak pi Brunei terpaksa cancel sebab si Rollie 'tak sihat'. Saturday night, 18 of us (Rollie, Fede, Suraya, Yati, Ella, Zehan, Nyza, Zafran, Affendy, Adlan, Ikmal, Hilmi, Faizal, Izzat, Ken, Ken's Amoy and Collin) went for Pirates of the Carribean 2, dah macam rombongan Cik Kiah pulak, dan aku ketua rombongannya. We moved to Al-fresco for light supper (not light as for me as I'm having Singapore Mee Hoon and Ice Cream truffle-besornya nafsu memalam buta macam nih!). Sunday, perfect day to do the so called 'make-over', while doing the house chores, tepek ler kat muka ni segala products yang ada, maid/bibik kat belakang rumah terkejut ler tengok muka aku putih melepak ditempel dengan mud-clay, nampak bijik mata jek. Kena trim segala facial hair dan yang tersembunyi kat celah-celah tu. And today, boleh nampak the result, ambik pics kat dalam ofis kejap tadi. High maintenance kan? Tak ler jugak, semua tu necessity, dah nama pun 'Metrosexual', orang lelaki pun kena jaga penampilan, takan ler nak berserabut, berbau hapak, berkarat etc. Tak semestinya kena beli products yang mahal-mahal, Odorono tu pun dah ok apa, mencegah bau ketiak asem. Bayangkanlah kalau naik bas/komuter/LRT/Monorail penuh berhimpit-himpit, dah tu kena pegang handle sambil mengangkat tangan, kalau tak pakai pewangi ketiak...ya ampunnnnn.............

Friday, July 14, 2006

Sambal Tumis Ikan Bilis Mak


Bukit Timbalan View
Originally uploaded by rushmurad.

Tu ler antara bekalan yang aku bawa balik ke Miri dari JB. Selain sambal tumis ikan bilis masakan mak, ada jugak sambal tumis sotong kering. Bukannya aku tak reti nak masak tu semua, tapi 'air tangan' masakan mak sendiri seperti ada kuasa 'magis', seperti ada ummmpphhh! tersendiri. Aku bawa balik kuih bahulu (beli kat Giant jer), roti Gardenia yang memang tak der jual kat Miri ni, my fav Toast'em Raisin Oatmeal, Banana QuickBites, Twiggies etc (dah macam budak-budak kecik plak aku ni ek). Tu belum kira 'jajan' yang merepek-meraban, naik penuh luggage dengan makanan. Tak citer lagi pasal shopping kat Singapore, it was really great with really superb bargain! Rasa macam tak cukup waktu bershopping kat sana.

Apa aku beli? Tok sah ler nak citer, apa yang aku hajat semua dapat kecuali kasut Timberland yang tak der saiz tuh, dah tu menyesal tak grab T-shirt Timberland yang sempoi. Butik Dunhill kat Takashimaya tu dua kali aku masuk, paling aku ralat dan still confuse ialah, macam mana underware Calvin Klein yang aku beli tu boleh ghaib! 2 pieces plak tu. Takan tertinggal kat kaunter? tapi kenapa plak undershirt Calvin Klein yang 4 keping tu ada dalam beg but not the underware? Jangan-jangan orang Bunian pinjam tak? uhukkssss......harus sexy!

Semua berjalan lancar seperti yang dirancang, mak terkejut tengok aku dah tercegat kat dining hall tu, Happy Birthday mak! After the fantastic Chinese dinner, we all berkaraoke, Linda siap nyanyi lagu-lagu Dangdut nih. Sabtu kenduri, ramai ler yang datang dari pagi sampai ke malam, macam sambut raya jer. Rupanya Tepak Sireh ada 'silent reader' kat jb, bila baca entry durian 1 lori, terus call my sister to confirm. Apapun, memang sedap durian dari Kampung Sawah, Gunung Pulai. Zaimi makan tak hengat dunia!. Saturday night dah ke Singapore with Jepun, Zaimi and Abi. Stay 1 malam kat sana, pepagi dah pi breakfast kat Arab Street, then terus sambung aktiviti shopping sampai ke malam. Monday tu lunch dengan ex-colleague PTP kat Saujana Seafoods, pi Menara Landmark beli laptop, malam plak dengan YAM Tunku kat C'Yew Restaurant, banyak sangat perkara nak disembang, again we end-up almost mid-nite. Selasa, pepagi dah ikut mak and Anita pi pasar, makan nasi lemak bungkus daun pisang, sedaaaappppp. Went to barber, potong rambut sampai pendek, crew cut katanya, yes I'm happy with my new look. Pic kat atas tu ialah kawasan Bukit Timbalan pada waktu malam, sempat snap masa pi beli DVD, have I told you that JB is the epicentre for pirated DVD in the world? lariiiiiiiiiiiii........................

Thursday, July 06, 2006

Jom Balik Kampung.......

bullet train

YTL proposes RM8 billion high-speed train link. Imagine zipping in a bullet train from the KL Sentral station into the heart of Singapore in 90 minutes flat. That is something that will become a reality if tycoon Tan Sri Francis Yeoh's plan to build and operate such a train service at a cost of up to RM8 billion takes off. Yeoh told the New Straits Times that the Malaysian and Singapore Governments had been informed of the proposal by YTL Corp for the fast train service. If approved, the project will become the largest to be launched on a private finance initiative (PFI) basis, as encouraged under the Ninth Malaysia Plan. Construction will take three years but it could be two years before cross-border approvals and land acquisition are obtained. It's the perfect alternative to air and land transport between the two hubs and will integrate them. Yeoh said the KL-Singapore fast rail link could be an extension of the Sentral-Kuala Lumpur International Airport train service that is currently operated by YTL majority-owned ExpressRail Link (ERL). The direct rail link will provide commuters with an alternative to expensive air travel and the slower journey by car or bus.

Teruja baca berita pasal fast train ni, walaupun aku dah tak menetap kat JB (my parents and families still are), but still bangga kalau projek ni menjadi. Jangan jadi macam Jambatan Indah yang tak menjadi tu, secara peribadi, sebagai anak jati Johor dan sebagai warganegara Malaysia memang aku sakit hati sesangat bila projek tu dibatalkan. Alasan yang diberi memang tak masuk akal dan tak boleh nak diterima bulat-bulat. Rata-rata rakan yang kat Johor semuanya kesal, terkejut, marah, sedih dan rasa terhina dengan keputusan kerajaan pusat untuk tidak meneruskan projek Jambatan Indah tu. Aku tak nak salahkan pihak Singapura semata-mata, kerana yang membuat keputusan ialah kerajaan Malaysia, pemimpin-pemimpin Malaysia - orang Melayu, bawah payung UMNO. Aku tak heran pun bila dengar cerita dari Istana yang Sultan Johor betul-betul murka dengan keputusan ni, Datuk Seri Syed Hamid kena jawab. Ok, cukuplah cerita pasal politik ni, tetiba pula jadi emosional..... biasalah orang Johor, semangat "Hidup Melayu" tu sentiasa berkobar!

Tak sabar nak fly balik ke JB esok. Banyak program dah plan, firstly esok malam nak buat surprise birthday dinner for my mom, dia tak tau pun anak sulong dia ni nak balik. Rindu nak makan Chinese foods kat Grand Straits Garden, nak beli Choc Banana cake kat Secret Recipe (kat Sarawak ni mana ada kedai tu). Then, Sabtu pula ada kenduri kat rumah, dari siang sampailah ke malam, dah macam kenduri kahwin. Anita dah tempah durian satu lori? Hukssss.... kenduri durian la ek. Ahad pi Singapore, nak ke Sim Lim, nak cari Laptop canggih, IT gadgets, nak shopping puas-puas, maklumlah sekarang ni kan ada Great Singapore Sale. Macam-macam dah ada kat kepala ni, nak beli perfume/cologne (Dunhill yang baru tu best, very musky), kasut (hopefully Timberland ada good sale)....panjang senarai ni. Isnin, lunch dengan ex-colleague PTP, nak makan seafoods kat Gelang Patah. Malam, will go to Istana TAB, then ajak YAM Tunku pi dinner, miss her so much, will ask the rest of friends join sekali, maybe kat Chismosa. Selasa, after lunch kena balik Miri. Will see how the plan goes. Tu belum termasuk 'aktiviti-aktiviti' sampingan yang tak boleh disebut kat dalam ni.....sensored!!!!!!!!!!!