Saturday, May 27, 2006

Marrakesh: Day 2

Marrakesh

Baru balik dari souk, tersesat sampai lebih sejam dan berjalan beberapa kilometer. Sedar-sedar dah ada di luar kota, rupanya bandar ni dikelilingi kota yang cukup besar, beberapa kilometer, tapi seronok juga merentas lorong-lorong kecil di depan dan belakang kawasan kediaman. Ramai yang menegur disepanjang jalan, ramai ingat aku ni orang Japon, since semalam depa asyik jerit Japon! Japon! dan tak kurang juga terus tegur Malazia, bila beri salam, terus dipeluk, brother! we are brother, Malazie good people. Bangga jadi orang Malaysia!
Semalam sampai di Marrakech dah kul 5.15 petang waktu sini, 4 jam penerbangan dari Schipol, Amsterdam. Cuaca bagus, dingin tapi cerah, dekat dengan Pergunungan Atlas, so ada bayu dingin dari gunung. Lepas check-in kat Riad Sherazade, mandi (setelah 24 jam tak mandi), terus pi masjid dekat ni, solat dan pi dinner kat lapangan Jamaa El-Fna. Paling sedap ialah fresh orange juice, memang manis, pekat, refreshing, mereka jual dimerata lapangan, murah cu,a 3 dirham segelas. Makan salad tomato, kambing dimasak dengan kcang kuda, olive, carrot etc, cicah dengan roti keras. Macam2 pertunjukan ada, nyanyian, tarian, telek nasib..... until 2 pagi! Kemudian jumpa Charles dan rakan baik dia, Shiraz. Charles dari Paris dan Shiraz keturunan Tunisia dan Belanda menetap di Madrid, mereka jauh lebih muda dari aku but really fun dan sekejap jer dah ngam. We all merayau-rayau sekitar new city - moden, banyak cafe dan ramai orang-orang berpakaian lebih moden, seksi, upper class. Almost 2 pagi baru balik, aku sesat la pulak, sebab bandar ni macam maze, lorong-lorong kecil, sempit, semua nampak sama jer. Terpaksalah tanya budak2 yang masih ramai duduk melepak. Berhenti di sini dulu, susah nak menaip sebab keyboard ni tulisan Arab dan rumi plak berterabur tak ikut susunan, dekat sejam menaip ciput macam ni. Nak pi minum fresh orange juice lagi, for the 5th time hari ni, anyway, sekarang pukul 2 petang.

Friday, May 19, 2006

Catatan Perjalanan: Morocco @ Maghribi

Travel Route

The red line is an indicator of my travel route next Thursday. Yes, I'm flying from Miri to KL then direct to Amsterdam (jarak Miri ke Amsterdam ialah 10884.53km), finally to Marrakesh, Morocco atau Maghribi di utara benua Afrika (jarak Amsterdam ke Marrakesh ialah 2528.53 km). So, nak citer sikit la pasal travel tahun ni. As usual I will travel in May, kenapa bulan Mei? sebab bulan ni special for me, I'll make a date each year to travel on my birthday. Tahun lepas pi Sydney dan Melbourne, tahun ni sebenarnya plan nak pi Rome, Barcelona dan London, sebelum sambung kerja di The Hague. Tetiba tukar plan plak, nak travel pi Morocco, apa ada kat sana? Orang kita jarang travel ke Morocco, mereka lebih suka ke Eropah, Australia dan USA, jarang sekali nak ke Afrika, kalau ada pun mungkin ke Egypt dan South Africa. I want to experience something different, more adventure dan off the beaten track. click Lonely Planet Morocco

Lebih sebulan dok mengkaji pasal negara Morocco ni, makin jatuh cinta pulak dan tak sabar nak ke sana, itinerary pun dah siap. 25 Mei bertolak dari Miri ke KL, dari KL direct ke Amsterdam, kemudian selang beberapa jam naik pula flight terus ke Marrakesh (click to Marrakesh site), Morocco. Ia sebuah destinasi pelancongan terkenal di dunia. Di Marrakesh bercadang nak ke Mount Atlas yang ada salji, naik unta ke padang pasir Merzouga, bermalam di 'kasbah' di dalam khemah2 badui Berber, makan kambing panggang bersama mereka sambil mendengar muzik, nyayian dan seloka. Beberapa hari di Marrakesh, naik pula train ke kota Fez (click to Fez site), jarak kira-kira 389.57 km (jarak dari KL-Perlis). Banyak masjid dan kota peninggalan sultan2 terdahulu dan juga bangunan peninggalan orang2 Andalusia yang melarikan diri dari Spain. Destinasi seterusnya ialah Casablanca (click to Casablanca), dari dulu lagi berhajat nak ke sini, tak tahu lah kenapa, mungkin nama Casablanca tu cukup kuat dan terkenal, especially di dalam filem2 Hollywood. Casablanca merupakan 'Paris' kecil, kota peranginan dengan pantai seperti Nice, kota moden bercampur peninggalan kolonial Peranchis. Sehari sebelum pulang ke Amsterdam, balik semula ke Marrakesh, kat sini ada "World Heritage Site' yang di tag oleh UN, iaitu lapangan Jemmaa El-Fna, bazaar paling terkemuka di dunia, sebelum ni puas tengok dalam Astro Channel 11, la ni aku pula ke sana. 8 hari di Morocco. Insya'Allah akan update blog setiap masa terluang, dengan photo2 kat sana. Next time kalau ada sesapa nak pi Morocco, boleh cilok tips dari blog ni ek....

After Morocco, ke Amsterdam pula, stay dalam 3 hari sebelum ke The Hague untuk mulakan tugas selama seminggu. Tak der apa2 perancangan kat Amsterdam sebenarnya, sebab sebelum ni dah pernah pergi, mungkin nak explore The Hague atau ziarah Kak Wati di Breda, sure la Kak Wati seronok kalau aku ke sana. Sekarang masih spring, sure pemandangan kat Holland cantik dan berwarna-warni. Hopefully one day the Company akan hantar posting ke Holland.

Wednesday, May 03, 2006

Sabah Adventure: Manukan & Sapi Islands

Manukan & Sapi Island Trip

The second largest state in Malaysia, Sabah is the northernmost province on the island of Borneo and together with Sarawak, is known as ‘east Malaysia’. Called the ‘Land below the wind’, probably due to it being situated just south of the typhoon belt it is a popular destination for people looking for something a little different from the rest of Malaysia. The Tunku Abdul Rahman Park comprises five idyllic islands which are only 10 to 25 minutes away from Kota Kinabalu by speedboat. These islands--Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Manukan and Pulau Sulug, offer stretches of white sandy beaches, crystal clear waters and some of the most diverse coral reefs and marine life in the world. They are ideal spots for picnicking, diving and snorkeling, particularly on Sapi and Manukan which have picnic facilities, and Mamutik where cabins are available for rental. Click for more of Sabah Tourist Information.

Hari kedua we all semua dah siap-siap nak snorkelling di pulau. Selepas sarapan, kami berjalan kaki beberapa kilometer ke jetty ferry/boat. So we all decided untuk pergi ke 2 buah pulau, Manukan dan Sapi. Tambang boat untuk 2 buah pulau ialah RM27, plus tax jetty RM3. Lepas tu sewa goggle RM10, slipper plak RM10, sampai ke Pulau Manukan kena bayar tax pulau RM3. Macam tak sabar-sabar si Suraya nak bersnorkeling, sampai kat bawah jetty tu pun dia nak selam, maklumlah dia ni dah ada lesen PADI untuk diving, dah tu memang adventurous - Geologist la katakan. Masa we all semua snorkeling tu tetiba semua kata badan rasa gatal-gatal, macam ada benda menggigit, goshhhh!!! rupanya ada microorganisme ala-ala obor-obor gituh, dah tak jadi nak snorkeling. Disebabkan bau bbq menusuk hidung dan lapar, we spend RM300 for our lunch. Macam tak berbaloi plak...

Next island is Sapi, sooooooooooo....... beautiful. Banyak sungguh ikan-ikan yang cantik dan pelik-pelik. Tak sampai 10 meter dari pantai dah nampak ikan berenang-renang dalam air yang jernih. Suatu pengalaman yang sungguh mengasyikkan tengok ikan beragam jenis berenang mengelilingi kita, boleh sentuh dan ikan-ikan ni semua jinak belaka. Balik dari pulau, sempat singgah di Phillipines Market, Suraya nak beli mutiara. Lepas dinner seafoods kat Waterfront, Fede dan Yusri ikut aku pi lepak-lepak kat Shenanigan, Hyatt Hotel. Kena tidur awal sebab esok nak pi White Water Rafting. To view slideshow of Manukan and Sapi Islands, click button: View slideshow

Sabah Adventure: White Water Rafting

White Water Rafting In Sabah

We supposed to go to Padas River instead of Kiulu River, but due to the safety reason, the Padas River site was closed - not safe for any activities as the river volume and flow are high and very rapids. Kiulu River is more of a beginner's river. It is suitable for beginners aged 5 years old to 65 years old that craves mild adventure whilst safely enjoy the rafting trip. Kiulu River is located on the northwestern part of Sabah in a small town called Kiulu which are recognized as being the second most beautiful village in Malaysia. Kiulu River is classsified as Class I - II river.Trip begins with a safety briefing session conducted by our professional raft guide that will demonstrates rafting techniques and proper handling of rafting equipment before rafting commences.Excursion covers up to 15km, making it the longest white water rafting trip in Borneo. The journey will take about 1 ½ - 2 hours of rafting before reaching the ending point where delicious barbecue lunch prepared just by the riverbank. We hired Riverbug traverse tour for the adventure, they professional and efficient. Click here to Riverbug's website.

Hari ketiga di Kota Kinabalu, kami seramai 11 orang pergi for white water rafting kat Sungai Kiulu. Pada perancangan awal untuk ke Padas, tetapi keadaan tidak mengizinkan, air terlalu deras dan berbahaya. Tidak kurang seronok dan 'adventure' kat Sungai Kiulu. Fede orang pertama tercampak ke dalam sungai, kemudian boat pulak terlungkup, semua jadi panik, ada yang terhempap bawah boat. Aku pulak terkapai-kapai cari tali boat, dah tu goggle yang aku pakai penuh air, habislah contact lense aku, but alhamdulillah masih intact. Suraya sempat jerit minta tolong, rupanya dia terhempap atas batu. Yusri beberapa kali tercampak selepas boat terlanggar batu. Paling adventurous ialah Suraya, saja buat 'body rafting' beberapa ratus meter. Kumpulan satu lagi (Sylvia, Anura, Yogan etc) pun 'capsize' tapi masa tu sungai tak deras dan berbahaya berbanding we all, siap ada yang kena 'sedut' air. 10km jauh, letih tapi seronok.

Pagi sebelum pergi tu, sempat berjalan kat Sunday Market, betul-betul kat belakang bangunan yang kami tinggal. Memacam benda depa jual, dari binatang, sampailah ke kraftangan. Dalam hati memacam nak beli, but susah pulak nak bawa nanti. Malam selepas rafting, we all pi makan seafoods lagi kat waterfront. The rest pi clubbing, but me.... dah lemah longlai, save energy for tomorow. To view the rafting slide show, click button: View slideshow