Tuesday, December 05, 2006

Celik IT: Anonymity

Lap Top & PC

Maksud ANONYMITY secara mudah ialah kaedah atau proses menyembunyikan identiti sebenar seseorang di internet. Bagi memahami konsep penyembunyian identiti ini, penulis menyediakan beberapa sub-topik dan teknik-teknik yang berkaitan untuk diteliti.

Degree of Exposure: Setiap kali kita melayari internet kita perlu mempunyai pengenalan diri iaitu IP Address (contoh IP 60.53.53.195 atau 60.51.50.181 ataupun 60.49.122.86) yang diberikan secara automatik atau disewa daripada ISP (Internet Servis Provider seperti Jaring - ada rakan akrab yang masih setia bekerja di sini). Maklumat ini adalah sebahagian daripada maklumat yang boleh dikesan oleh sesuatu server yang kita layari. Antara maklumat lain yang boleh dikesan ialah jenis browser, OS, Hardware Configuration dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini jika dikumpulkan dan dibandingkan dengan data log time dari ISP anda akan mendedahkan siapa pemilik akaun tersebut (sebagai bahan bukti atau 'evidence' kat mahkamah nanti - ingat kes Siti Nurhaliza vs Sharifah Aini?), ke mana anda berlayar, apa anda lakukan dan sebagainya. Juga kemungkinan untuk mendapatkan nombor telefon yang menggunakan akaun berkenaan termasuk alamatnya adalah tinggi dengan kerjasama pihak Telekom seperti di Malaysia (kalau nak mintak Telekom atau TMNET cari maklumat ni semua tak mudah, kena buat 'police report' kemudian baru boleh minta dedahkan siapa pemilik etc. Pernah buat dah dulu, bantu rakan yang selalu kena ganggu dengan panggilan lucah tiap-tiap malam).

Teknik ini semakin meluas digunakan bagi mengetahui pendirian, sokongan dan pergerakan sesuatu individu dalam negara yang terkawal sistem politiknya dan menjaga keharmonian masyarakat serta individu tertentu. Ini kerana teknik yang digunakan ini kurang memerlukan kakitangan, tidak banyak membuang masa serta mudah untuk mengawal banyak pergerakan di satu tempat sahaja (habislah Mr. Bond 007 tak dapat cari makan..... mudah katanya!)

Browser Security: Terdapat dua kaedah utama mengintip pergerakan seseorang netter (pelayar internet) melalui browser yang mereka gunakan iaitu melalui IP address dan cache snooping serta cookies (ada orang lupa yang aku ni graduan IT..... aku ni tak ler hebat mana pun, tapi celik lah juga agaknya).

IP Address and Cache Snooping: Setiap kali anda melayari sesebuah tapak web, anda akan meninggalkan jejak yang dipanggil trail. Sejauh mana trail anda di tapak web berkenaan bergantung kepada setakat mana ia diprogramkan. Sebagai contoh, maklumat tipikal yang direkodkan oleh sebuah server UNIX yang menjalankan perisian Apache ialah: 60.51.53.218 [04/December/2006: 10:12:10 .0625] "GET/HTTP/1.1" 401 362
Bagaimanapun terdapat sesetengah server diprogramkan untuk merekodkan maklumat yang jauh lebih terperinci termasuk hostname (nama komputer), ISP, jenis Browser, OS dan sebagainya.

28 comments:

Xis said...

Rush
Love this song by JG.. Oh by the way, it's way much easier to find out details on web surfers when we have contacts in Jaring and TMNet/Telekom. In this case.. I do have.. And not only that, I'm lucky to have contacts in DG, Celcom and Maxis.. Anyway, anonimity is, to me, a chickened-out individual who likes to "lempar batu sembunyikan tangan". But they have bear in mind, what they do, they get it back! No way to escape!

DBI said...

DBi ni kira macam anonimity jugak ker???
mana hilang ur chat board???

Rush Murad said...

xis - thanks a lot... kita lihat siapa yang kenaaaaa........

dbi - DBI - i dah traced ur IP address etc dari dulu lagik..hehehehe... chat board? rasa macam tak sesuai buat masa ni, sebab ada pengacau yang fitnah macam2 dalam tu, luckily ada blogger yg perasan dan terus sms i.... MasyaAllah....

Rush Murad said...

xis - lagu Josh Groban ni tajuk l'ultima notte - dalam bahasa Itali, in English bermaksud Last Night. I really like the music arrangements... and the lyric as well.... so, this is one of my fav song in his latest album Awake...

Xis said...

Rush
"kita lihat siapa yang kenaaaaa........"

that sentence reminds me of the late Ibrahim Pendek in one of P.Ramlee's movie.. Ali Baba, if I remember it correctly. Yup.. we shall..

andhika tharuna said...

i like this article... :)

Rush Murad said...

xis - yup.... memang i suka ajuk that phrase... :)

aidil - good to see u around. kain batik kau tu still exist ker? bila nak update blog? cerita pasal 'perjalanan di bumi Sabah Sarawak'....

Xis said...

Rush
ajuk? err... kita lihat sapa yang kena... and there go the dices.. :)



Andhika Tharuna
looks so familiar... and the name.. so "classy".. reminds me of the late Nordin Ahmad..

A f f e n d i O s m a n said...

hmmm...
kira tutup terus la ni ye bang?
alaaaa....cmane nak meriah2 kan blog lagik? takkan nak channelkan kat tempat lain kot bang?

Pnut said...

perrghh kagum aku nih...kalau en. nan baca ni...nanges terharu dia anak murid dia pandai dan bijak...heheheh..

eh ko tau tak en. sakit skrng?? teruk jugak katanya

Rush Murad said...

fendi - tutup terus? tak mungkin. will temporary close until i catch the culprit and send this person to jail!!!! rasanya by tomorrow i will know the person, and try to go to pllice station for reporting as by then i will have all the evidenc in hand. have i told u i studied LLB before? hehheheee..

pnut - kagum? dah lama dia kagum kat aku, pasal tu thesis aku boleh dapat A... which he never awarded to any students before... dia sakit ke? memang dia ada cancer something like that kan? it getting worst perhaps... doakan dia sentiasa di bawah jagaan Allah...

Pato & Pearl said...

Hi Rush...tau tau sampai yur blog dah tersebar cerita "lempar batu sembunyi tangan" ni..One thing pasal internet ni..benda benda cam ni lah kan...hmm..Hope all goes well from your end....

Pato & Pearl

fiebie said...

Tak pernah sekali pun update entri dari rumah sendiri atau opis. Tulis segalanya put in a thumbdrive and upload di cybercafe. Hik.

Alam Setia said...

elop Rush,

good article...bagus untuk knowledge. thanks share with bloggers...

tambah ler lagik eik..

Rush Murad said...

Pato&Pearl - yer la kan, kena hormat dengan 'tuan tanah' if kita masuk blog seseorang, nama pun 'visitor', unless 'tuan tanah' tak kisah atau memang mengundang kontroversi, but kalau dah sentuh perkara yang terlalu peribadi dan berunsur fitnah... itu dah lebih...

fiebie - wahhh.... security level very high... i blogging from anywhere n everywhere... mana sempat...

alam setia - otak dah berkarat nak mengarang artikel2 IT nih, sebab IT field bergerak terlalu pantas, setiap hari ada jer new development and findings... will try on different IT topics in near future

A f f e n d i O s m a n said...

oooo cenggitu kaedahnye....
tapi kalo orang tu baling batu dari CC bole ke trade? kan ke ramai orang kat CC

Xis said...

Fendi
even if it's from CC.. if God allows.. we shall find the culprit..

Red Mummy said...

bang tepak

u are giving them the rule to conqueor yr life/yr blog. biarkan je bukak cbox tu, kita berkuasa ke atas diri kita.

remember how hard i got into my RM the other day, sampai tutup cbox and bila bukak balik, i binasakan palat2 tu sekor2. x ckp ngan myself, kawan2 kita tlg ridsectkan dema.

stand up for yr right bang!!

lidah penghunus said...

assalamualaikum jemputlah ke http://www.lindunganbulan.blogspot.com dan http://www.karyamuslim.blogspot.com

Rush Murad said...

RedMom - thanks!

lidah- w'salam. will visit you soon

Xis said...

Red Mummy
eewwwww... brutal!!! mesti lalat lalat tu mati katak kena penangan Red Mummy! *hail to Red Mummy*

bitiqe said...

wuuaaahh...apa case ni bang? ada yg sirik ya ama abang rashidi..??
well nyantai aja lagi, IRI TANDA TAK MAMPU ...
hehhee...

Rush Murad said...

xis - RedMom memang brutal... takut kalau baca dia marah lalatz2 n langau2 tu semua... macam Iron Lady but berwajah ayu...

Julia - iri tanda tak mampu.. iya deh... cemburu namanya itu... foto2 di simeulue asik keren...

Xis said...

Rush
I know Red Mummy is pretty.. saw her pic.. Red Mummy... like angelina jolie in Mr.& Mrs Smith.. :)

shahril aley said...

wah rush dah buka kelas ttg IT. bagus gak pasal kadang2 aku pun kurang peka ttg semua binatang ini. dah lah kejo dgn numbers & fikir ttg profit tau pakai je ape bendaalah yang ada di depan mata ;)

Rush Murad said...

Shahril - next month i dah start tutoring in one of local Uni branch kat sini. ajar IT & management..... meh ler join.. ada org tu nak jadi my student... silap haribulan, i yg diajarnya...

Xis said...

Rush
someone wanted to be your student?? err.. who's that person..?

shahril aley said...

boleh gak join tapi tak berbaloi la nak terbang ke miri semata2 belajar dgn u. lebih baik guna duit tu for something yg lebih berbaloi ke. hehe.... tak nak jadi tutor kat KL ke? Ops sejak bile dah tukar career jg lecturer@tutor plak??