Thursday, December 21, 2006

Banjir.... Banjir..... Banjir.....

Cerita fenomena hujan lebat luar biasa dan bah besar di Johor Darul Takzim belum selesai. Aku mengikuti setiap butir berita perkembangan yang berlaku di negeri kelahiran. Hati semakin tidak tenteram apabila setiap kali keluar berita, air semakin melimpah, hujan tidak henti-henti, penduduk semakin ramai dipindahkan, jalan terputus, jambatan roboh dan macam-macam lagi. Terharu, sedih, cemas, gusar berbaur dengan simpati dan ikhsan. Kalau aku masih di Johor tatkala ini, mau saja aku membantu di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir. Kawasan atau daerah tempat keluarga aku tinggal sedikit terjejas, beberapa kampung tenggelam....tak dapat nak aku bayangkan teman-teman yang ramai tinggal di kawasan tersebut, apalah nasib mereka sekeluarga. Ini petikan perbualan aku dengan dua orang adik perempuan yang sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Kota Tinggi, Johor - kawasan Parlimen Tenggara di mana adik aku menjadi Ketua Puteri UMNO Bahagian. Rabu 20 Disember 2006. 11.30pm.

banjir 2

TS : Assalamualaikum. Noreen kat mana?
NN: W'salam, kami kat pusat pemindahan mangsa banjir. Along, kau tau tak..dah dua hari we all kat sini, dah tak larat ni, penat sangat sampai sakit-sakit pinggang. Hujan tak berhenti, cuma hari ni kurang sikit. Anita pun ada. Kat mana?
TS: kat Miri, saja nak tanya pasal banjir kat sana. I know that you all akan bantu kat pusat banjir, dah agak dah. Habis tu you all tidur sana ker? makan macam mana? YB H ada sekali?
NN: tumpang tidur rumah kawan kat Sibol, nak balik Kulai tak boleh, jalan terputus, kena ikut Simpang Renggam, Kluang.....masuk highway, jauh. Sungai Telor tak boleh lalu. Kesian tau diorang ni...Anita nak cakap ni...
AN: YB H dan Datuk B ada tadi, diorang pun sama-sama sibuk. Aku penat sangat ni, tidur tak cukup, dari pagi dah bangun siapkan makanan diorang, masak ramai-ramai. Makanan macam tak cukup, ada tempat tu diorang makan telur sebiji kongsi 4 orang, kesian sangat. Orang yang masuk tempat ni tak putus-putus, yang tua kena usung, yang kaki patah lah, yang sakit lah.... kesian sangat. Ramai orang tua kat sini.... yang terperangkap pun ada lagi.
TS: teruk sampai macam tu? kenapa tak cukup makanan? tak der bantuan ker?
AN: lori nak bawa makanan tak boleh masuk sini, jalan terputus. dah tu semua stesyen minyak habis bekalan petrol, tinggal yang merah jer. Lori tank tak boleh masuk. Semua budget dah hantar ke Kelantan dan Terengganu, diorang ingatkan kat sana ada banjir besar tak lama lagi, bantuan dah sampai sana. Yang kat Johor ni kena tunggu bantuan baru. Eh! semalam kau tengok tv tak?
TS: apasal? tengok jugak selang-seli TV3 ngan TV1
AN: muka aku masuk TV1, masa tu aku dengan YB H dan Datuk Nazri Aziz. Diorang melawat pusat. weii... kawasan kat Kulai pun banyak yang tenggelam, banyak kampung dah naik air. Rumah Mak Jah tu pun naik air dah, tak pernah-pernah sebelum ni. Kampung Rahmat, Jaya Sepakat, Seelong semua dah banjir, kawasan Sayong lagi teruk.
TS: rumah kita ok jer kan?
AN: Tak der masalah, tapi bandar Kulai dah banjir, abah terperangkap kat tengah bandar....heheehee, tu lah tengah hujan-hujan lebat masih nak merayap kat bandar, ada orang tolong hantar dia balik rumah. Jalan pi Taib Andak (kampung Mawi) tu banjir jugak, tak boleh jalan....
TS: Kalau aku kat sana, sure lah aku pun tengah sibuk jaga pusat pemindahan ni kan? Budak-budak UMNO tu sure dah cari aku.... kesiannya..... you all take care........................

banjir satellite

Image form MTSAT satellite - Malaysia Meteorological Department. 18 December 2006.

Harap-harap bencana alam semulajadi ni tidak berlarutan dan berpanjangan. Kalau ikutkan ramalan keadaan cuaca hujan akan mula reda mulai esok, tetapi kawasan sepanjang pantai timur semenanjung pula akan menerima hujan yang lebat. Aku doakan semoga semua mangsa banjir dan mereka yang terlibat dalam misi menyelamat dan membantu mangsa banjir tetap tabah, sabar dan cekal.

18 comments:

Xis said...

Rush
still remember when I was a kid.. banjir was like a pesta back in my hometown.. :) Still remember how fun it was then.. me and friends, we felled a few banana trees to make "rakit".. heheh.. I still have pics at my parent's place.. Anyway.. you please be careful..

Rush Murad said...

xis - i tak pernah main banjir coz my kampung/taman tak pernah kena banjir so far. kalau banjir pun, rasanya i will not dare to main2 air... takut terbawa arus n air banjir tu kan bercampur najis memacam...yeekkkk.... rakit from banana tree? interesting.....

Anonymous said...

rush - i pun tak henti2 dok call my brother kat kluang, tanya khabar..my bother kata air naik kat kawasan sekitar rumah mak i tu, kat taman sri kluang tapi nasib baik belum sampai kat umah mak i lagi..tapi my brother dah jalan kan operasi mengangkat barang2..I ingat nak suruh my bother bawa my mum gi KL jer, sebelum keadaan semakin teruk..but my mum tak nak plak..-fera-

SERIAL PLANT KILLER said...

Teruk banjir tahun ni, once in every 100 years, kan? My hometown is called the sinking town, selalu juga banjir. Alhamdulillah, takdak pula kena banjir musim tengkujuh ni.

I used this song as my background music before. Juanes - Para Tu Amor, love it!

SERIAL PLANT KILLER said...

Xis - banana tree buat rakit? Boleh timbul ke?

Anonymous said...

xis-daun pisang atau batang pokok pisang? -fera-

Xis said...

Rush
well.. that time.. didn't even think about najis or what.. just fun.. but then.. if water runs.. isn't it considered suci? heheh.. yup.. rakit from banana log..

Nurul
yup... it floats.. it was full of fun... but now, if I were to be on that banana log rakit.. I dare not to...


Fera
it's the log itself...:)

Hamba_Berdosa said...

segala malapetaka ada sebabnya...fikirkanlah.

Shah said...

Just heard from my friend that one of the bridges on the only road leading to his home in Kota Tinggi was washed away & the whole area is disconnected. Kesian diorang cannot even get basic food supplies. Hopefully some action can be done before Raya Haji nanti kalau tidak nak sambut Raya pun tak boleh & kena makan sardin tin aje like now...

DBI said...

kan xis-main rakit batang pisang..racing lagi..batang pisang dicucuk bersama menggunakan buluh..diikat dengan kulit batang pisang...acara wajib musim banjir...
rush-mana ada kotor.masa tu banjir dari sungai yang melimpah..bukan dari longkang macam sekarang....h

Pato & Pearl said...

Hi Rush - laptop dah back up again..hardrive rosak dah...Btw, called my parents kat JB and couldn't get through. At last dapat through my brother. Taman Daya not affected but Kangkar teruk. My brother pulak sibok ikut RELA (that's wat he said, i put tak tau apa benda Rela tu..) to rescue his fiancee's grandma yang rumahnya "tenggelam".....

Red Mummy said...

abang tepak

hang on there....kita doakan supaya yang ditimpa musibah bersabar dan selamat.

our govt x kan pejam mata, they are working very hard to make sure the victims are in the right position.

tp akak dengau, bantuan pun lambat tiba..ada tp lambat..sian kat depa

today i heard sorang lg warga emas meninggal dalam kelemasan bah.

sabar ye bang tepak..

Rush Murad said...

fera - u orang kluang ke? so, macam mana rumah ur mom? hope mereka semua selamat sejahtera. JB still tak ok... luckily rumah my parents tu tak affected.

Nurul - time ni u dah kat Dubai kan? i minat sesangat kat musik si Juanes ni. I tak pernah experience banjir...

hamba_berdosa - i dah jangka statement macam ni... mentality orang kita ialah apabila berlaku bencana/malapetaka, akan mengaitkan dengan pelbagai perkara dan minta kita fikir/selidik. as for me.... tak kira bencana/musibah etc, kita sepatutnya sentiasa berfikir, perkara/kejadian seharian sekecil zarah pun kita kena sentiasa fikir dan beringat akan kebesaran Allah. Bukan apabila tiba musibah baru kita nak pulang ke pangkal jalan atau baru nak selidik setiap kejadian. sepatutnya setiap saat kita kena berfikir akan setiap perkara yang berlaku di dunia ni... semuanya atas kehendak Allah. Sebenarnya... i'm talking to myself as well.... kan?

shah - lucky them, ada jugak makanan i.e. sardin dalam tin, sardin dalam tin la ni semakin mahal... hiksss... insyaAllah, kerajaan kita akan berusaha sedaya upaya membantu.

dbi - main batang pisang jugak kerrrrr????? emmmm.... seronok agaknya... yer la, u n xis from pantai timur, negeri kerap banjir. dah lali agaknya, kan?

pato&pearl - ur parents in JB? emmm... Kangkar tu kawasan rendah dan ada sungai quite big. U shud be proud with ur bro coz dia nak join RELA - Ikatan Relawan Rakyat Malaysia - volunteer reserve corps.

RedMom- thanks.... the whole Johor state is sinking.... hujan tak reda2 lagik.... tapi alhamdulillah, jumlah korban tak menakutkan, meaning all measurements have been taken seriously by all parties. harta benda tu tak boleh ler nak diselamatkan, but nyawa yg lebih penting...

Xis said...

Rush
back over there.. banjir was and is a pesta.. something like mardi gras.. heheh..


dbi
yup.. but I didn't use bamboo.. instead.. some sticks.. yes.. back there.. flood comes from river.. here in KL and most other places.. flood comes from all those drainage system..

Anonymous said...

Rush - yaa..I orang kluang. Alhamdulliah, air bah tak sampai umah mak I lagi..tapi takut gak sbb hujan masih tak berhenti.. mungkin Raya Haji nie we all raya kat umah my sister kat Seremban. Raya Haji ni you tak balik JB ke Rush? -Fera

Rush Murad said...

fera - raya ni i tak balik JB, beraya di Negeri Di Bawah Bayu.... saja nak tukar2 angin, lagipun my parents beraya kat Penang tahun ni.

Xis said...

Rush
err.. NN.. stands for Noreen Noor ke? ;)

Anonymous said...

hi im new..may i know which taman in kluang is effected by the flood? im abroad and i cant contact my family..im from taman titiwangsa..please keep me posted..thank you very much...

ms. jenny