Monday, November 20, 2006

Ramah-Tamah Aidilfitri 2006

Hari Raya Miri 2006

Left to right upper: My 'pet brother' Ejan, the 'rombongan' at Petronas Carigali's open house, Kompang troupe at Shell's open house,

Left to right below: Me, Yus & Izzat - "the housemates", kacau dodol session, the Raya's rombongan - Yus, Izzat, Antz, Miss Cha & Me at Shell's.

Bila dapat email dari Miss Cha yang mengatakan 'usherer' kena berada di KSL (Kelab Sukan Lutong) seawal 8.30 pagi, aku dan Izzat macam dah terkejut 'tupai'. Tetapi disebabkan 'ikhlas' nak menolong, kami pun sampai juga seawal 9 pagi, siap berkain samping segala. Yusri pula masih didodoi mimpi indah di pagi Sabtu. Jadilah kami penyambut tetamu yang asyik tersengeh macam 'kerang tak gosok gigi'. Macam-macam acara ada, dari zapin (life muzik, siap dengan penyanyi dan pengacara), gendang Sarawak, kompang, joget etc. Tetiba macam bosan (setelah kenyang makan rendang, ketupat, lontong, kek lapis etc semuanya dah dijamah). Acara seterusnya ialah berkunjung ke majlis yang sama tetapi anjuran Petronas Carigali, 5 minit jarak dari KSL. Wahhhh............. kat sini meriah banget, ramai tetamu datang berpakaian baju Melayu, kami cuba nak seludup masuk senyap-senyap, tetapi disergah oleh penyambut tetamu bak hulubalang "silakan masuk!!!... aarrrrr.... you all ni semua budak Shell kan? i pernah nampak you semua!!!.... silalah.. open house, semua orang boleh datang..."... kami senyum-senyum sopan jek. Makanan kat sini lebih banyak dan beragam, kerana cuaca yang panas terik, kami serbu kaunter ice-cream dulu, berebut-rebut dengan budak-budak kecik (Izzat jadi wakil kerja berebut tu). Kami pun mula memasang radar masing-masing.... tak ramai pula staff yang muda-muda kat Carigali ni. Ada pentas besar, ada life muzik juga, ada karaoke lagu-lagu raya, dan akhirnya Antz menyambut 'challenge' Chairman Carigali untuk menyanyi atas pentas. Sebelum tu, my 'pet brother' si Ejan, menyanyi bersama student Curtin University, interesting dan sesuai dengan lagu-lagu Nusantara.

Selesai beramah-tamah di majlis tu, kami bertukar venue, ke rumah office-mate di Lutong Baru, open house juga. Teruja tengok cheese-biscuit/cake yang sedap bersira Philadelphia cream cheese. Kek lapis Sarawak pelbagai corak, semuanya sedap belaka. Hari untuk makan-makan tidak berakhir di situ.... Malamnya kami ke Taman Selera di Tanjung Lobang untuk makan malam - terasa seperti berada di resort ala-ala Tioman atau Pangkor. Selesai makan, kami ke pantai Esplanade, mengecapi keindahan pantai di Miri, sambil mencari 'shooting star'. Tenang, aman dan damai..... dengan petikan gitar Antz dan Yusri, dan dengan bunyi kunyahan kacang menglembu Ngan Yin.....

10 comments:

Xis said...

Rush
kompang, dodol.. a wonderful time, indeed...

Rush Murad said...

xis - dah lama tak main kompang...rindu ler kat Johor. dodol - had a great one in Miri, but dodol semenanjung, not the one that Tyah supplied.

Xis said...

RushM
were you in that kompang team? Last Friday, just discovered dodol melaka I bought last Ramadhan in a tupperware.. unfortunately... dark brown dodol turned into grey and white spot.. Anyway, this background music reminds me of those zapin music I played almost everyday at home.

As-Sarawaki said...

Salam Rush;

Menarik dengar story pasal Ramah Ramah Aidil Fitri. Sad to say that I was not around last Saturday sebab ada program di Kuching. By the way, just let me know kalau ada aktiviti2 pada masa akan datang. Insya Allah akan cuba turut serta. Jazakallah.

Rush Murad said...

Mukhtar - sure will keep u in the loop next time... hope to see more events like this in the Company in future. Wonder if they will celebrate Eid Adha as well..... :-)

Kroll said...

Sukalah lagu background ni. Teringat masa menari kat ITM dulu. Those glory days... hehe

perjalanan hidup said...

Tuuu diaaa! Beraya sakan lagi. Nasib baik syawal 30 hari je kan?

rush said...

kroll- yg ni one of my fav zapin song. dah lama tak berzapin since pindah Miri ni, if not I would Zapin at Mentri Besar's place most of the time whenever there is a state function... kan dia selalu buat 'Zapin Lambak'... best laaa..

pap- kan sini raya 'slow' sikit, tak byk open hse, kalau kat Jb, almost every day ada invitation, weekdays sebelah malam, weekends dari pagi sampai malam... kroll-sure kau tau kan? dah jadi macam culture... semua org nak buat open house segala....

Kroll said...

ah ah 1 bulan tak yah pi pasar blanja. tiap2 hari ada jer nk buat open house. pastu sibuklak pi gym/jog kat istana nak kurus kan badan...

rush murad said...

kroll- kat sini yg tak byk open house pun... aku dah BOROI!!!!!!!!!!!!!......