Tuesday, November 28, 2006

Kisah Suami Isteri.....

Noris Wedding Nov 2006

Tahniah kepada pasangan Noris dan Norman, majlis persandingan yang berlangsung di Kelana Jaya berjalan lancar dan penuh warna-warni. Beberapa rakan sekerja (Suraya, Yatee, Homerson, Izzat, Anura & Izzat) dari Miri menghadirkan diri untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis. Aku pula ke sana dengan rombongan 4 orang jejaka - Aidil, Kyrie, Rhon dan Nik. Tepat pada masanya kami sampai, pasangan mempelai sedang diarak dengan kompang dan bunga manggar, langsung semayam di atas pelamin. Kami doakan semoga mereka bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dua hari sebelum tu, aku dah sampai di KL, lewat malam. Esoknya Nik temankan aku ke IKEA, selepas kami bersolat Jumaat di Masjid Kinrara. Dah lama mengidam nak makan Swedish Meat Ball, tetapi kenapa sausage yang panjang tu depa dah tak jual lagi? Ni mesti ada kena mengena dengan kekecohan isu sausage yang diragui kehalalannya (tergeliat lidah nak sebut...). Selepas IKEA, sambung pula ke Curve, tak jumpa sandal yang sesuai bagi menggantikan sandal yang dicuri semasa bulan Ramadhan kelmarin. Sambung melepak ngopi cafe latte di Starbucks sambil perhati orang lalu-lalang, tetiba terpandang rakan lama yang entah dah berapa belas tahun tak jumpa, dia dah jadi Pengurus hotel sekarang. Tetiba mengimbau kenangan bekerja sebagai 'waiter' di sebuah hotel di JB, belasan tahun dulu. Mungkin ramai yang sudah berjaya menjadi 'hotelier'.

Rhoney Twin Tower

Rhon menyambut hari lahir yang ke ?? di Malaysia. Memandangkan tiada sesiapa di Batam, beliau turut serta 'libur' di KL. Lumayan libur di KL kalinya.... makan Tomyam pedas, makan nasi Briyani di kenduri kahwin (makanan-makanan kegemaran Rhon), nonton Casino Rayale di bioskop KLCC, makan malam di Little Penang dan ketemu teman-teman yang sudah lama tidak dihubungi. Semoga dipanjangkan umur untuk melakukan ibadah dan amal kebaikan di dunia ini, dan ditambahkan rezeki untuk berbakti ke jalan yang diredhaiNya...Amiinnnn....

Petang Ahad, aku sepatutnya menaiki pesawat pukul 7pm, bergegas Nik hantar aku ke KLIA, masa nak check-in tetiba staff tu kata "nama encik tiada dalam senarai penumpang", "eh! yer ker? cuba awak periksa lagi....", "betul encik... nama encik tiada dalam sistem ni, emm..... oooo..ada...ada ni encik, tapiii.... ni untuk penerbangan pukul 4.25 petang tadi', 'what!!!!!!... siapa pula yang tukar jadual saya? saya buat booking pukul 7... macam mana ni? masukkan jer la nama saya dalam pukul 7 tu", "tak boleh encik, ni dah kira miss flight... maaf encik". Panik ler sekejap, tak der flight lagi untuk hari tu, makanya kena beli tiket lain yang bertolak awal pagi esoknya, pasrahhhhhh.... Nasib baik ada Nik, yang dapat 'cool down' the temperature. "Nik, I need to get some coffee... to cool me down". We ended that night at Bora Ombak.... tercapai misi 'jalan-jalan cari makan' kali ni.

7 comments:

Xis said...

Rush
sorry to hear that.. but next time, please.. please.. please.. print out the details.. :) But it's a blessing in disguise... :)

Rush Murad said...

xis - dah begitu suratannya....

shahril aley said...

lor kesian die.nak buat mcmn dah tak de rezeki nak balik awal.sejak bulan syawal dah habis my weekend slalu busy je psl ramai kwn nak kawin. kena lah attend bg support kat depa.ahad lepas pegi gak then yesterday badan dah tak sihat.mesti gara2 mkn nasi minyak byk sgt.hahaha....

Rush Murad said...

shahril- nak buek camno??? tapi i ni jenis relax... sebab i percaya setiap eprkara yg berlaku tu ada hikmahnya... manalah tau, tuptup flight yg i terlepas tu....terhempas kat laut china selatan....kan??? etc... cuma fikir positif. tak kisah ler kalau kena beli tiket baru... i still enjoy stay kat KL.... very much!

shahril aley said...

rush,
"manalah tau, tuptup flight yg i terlepas tu....terhempas kat laut china selatan....kan??? etc..." wah ayat tu mcm terasa geram(terlepas flight) & negatif je....tapi tak pe sekurang2nye u dah selamat sampai ke miri....

THE HONOURABLE SHAH said...

Xis,

i guess it was... :)

Xis said...

Shah
it was? Well.. it WAS! :)