Thursday, November 16, 2006

Halwa Telinga.....

Ruth & DSA

CD cover of newly released 'Jiwaku' album by Indonesian Songbird - Ruth Sahanaya and CD of Malaysian evergreen female singer - Datuk Sharifah Aini, compilation of 40 songs called "Anugerah".

Semenjak pulang dari bercuti Eid Mubarak beberapa minggu lepas, dua buah CD di atas menjadi 'halwa telinga' aku. Pertamanya CD Anugerah, dari DSA (Datuk Sharifah Aini) - beberapa CD diberikan oleh seorang sahabat dari KL. Aku memang dari dulu lagi serasi dengan lagu-lagu nyanyian DSA, terlalu banyak lagu-lagu beliau yang menjadi nostalgia, seakan bercerita dan bergurindam seloka. Kompilasi 40 buah lagu-lagu 'evergreen' dari beliau seakan menjadi pengubat rindu dan seakan mengimbau kenangan lampau. Paling terkesan ialah sebuah lagu yang aku dengar semasa sedang memandu di Brunei, Ramadhan lepas. Lagu nasyid yang sebelum ini tidak kedengaran di corong radio-radio Malaysia. Syahdu dan menginsafkan. Akhirnya album nasyid DSA (plus lagu-lagu Aidilfitri DSA) ini telah dihadiahkan oleh X-xis - terima kasih daun keladi - I will treasured all DSA albums that you've given me!

Terima kasih kepada Rhoni (titip salam buat Pak Madi yang ternyata fan Ruth jugak - keren deh!) kerana sudi menghadiahkan album terbaru nyanyian Ruth Sahanaya berjudul 'Jiwaku'. Lagu bertajuk 'Jiwaku' yang sedang kedengaran ni agak unik melodi dan muzik arrangementnya... cuba dengar betul-betul. Ada dua buah lagu lama yang dinyanyikan semula, 'Layu Sebelum Berkembang' dan sebuah lagu nyanyian Aishah dari Malaysia 'Camar Yang Pulang' ciptaan Adnan Abu Hassan. Ruth dapat menyanyikan lagu ini dengan baik sekali dan dengan gaya beliau yang tersendiri. Tak puas kalau dengar setakat sekali (lagu ini akan dimainkan dalam entry yang akan datang). Ada sebuah lagu disco beat bertajuk 'Rubalah Hatiku' - lirik ringkas dan senang dihafal, instantly became my favourite song. Sebuah lagu Inggeris juga dimuatkan dalam album ini, menjadikan 10 buah lagu kesemuanya. It seems that she is singing for me whenever I listened to her songs... with another person smiling from afar....... a person which will always in my heart......

Berselang-seli mendengar kedua-dua album ni.... selalu lagu Ruth dipasang semasa sedang memandu dan di ofis, lagu DSA di rumah, semasa sedang bersantai sebelah malam atau masa nak lelapkan mata........'Seri Dewi Malam' sedang mendodoikan diri yang kesepian ini. 'Permaidani' beradu di tabur 'Bunga Tanjung'. 'Kau Tinggi Di Awan Biru', mahu saja diri ini menjadi helang yang terbang tinggi mencarimu...'Terbang Helang '... terbang mencarimu. 'Seksa' diri ini jauh dari mu, adakah ini 'Penyakit Cinta'? Jika kau menangis.... maka 'Hapuslah Airmatamu', kerana kau akan sentiasa ada di hatiku. 'Pahit dan Manis' dalam perkenalan adalah lumrah hidup, 'Jatuh Cinta' dan 'Putus Kasih' menjadi rencah kehidupan. 'Malam' semakin larut mengheret diri......

Atas permintaan, disertakan link untuk download lagu-lagu dari album Jiwaku - Ruth Sahanaya dan juga download lagu-lagu popular dari Indonesia. just click this link Lynnross

5 comments:

THE HONOURABLE SHAH said...

alhamdulillah... :)

Rush Murad said...

shah - alhamdulillah??????

THE HONOURABLE SHAH said...

:)

Azer Mantessa said...

saya kalau dgr lagu september nyanyian dsa, teringat lg masa kecik2 ... bawa radio sambil temankan sepupu motong getah kat kampung :-)

Rush Murad said...

azer - u mint DSA jugak ker? mesti syahdu dengar lagu/radio kat dalam kebun getah kan? sunyi, sepi.... bebasssss........ although i've motong getah.... hikssss. tersesat dalam kebun getah adalah... masa pi 'cross country' time sekolah..