Monday, October 02, 2006

Nostalgia Ramadhan 70'an-80'an.....

Bulan Ramadhan merupakan waktu yang senantiasa ditunggu-tunggu. Pertamanya, di bulan Ramadhan ni, dapat makan yang sedap-sedap, luar biasa cara masakan mak, resepi yang dah lama tak keluar akan muncul semula, ini termasuklah my favourite ‘ayam engkong’ – masakan jawa, ayam satu ekor yang dipanggang dalam oven atau digoreng, kemudian disira dengan segala rempah-ratus dan santan pekat. Mak memang rajin memasak, sehinggakan 'fishball', cendol dan air tauhu pun dia buat sendiri. Lebih meriah kalau berbuka puasa di rumah mak tok yang jaraknya cuma sebatu dari rumah kami. Di rumah mak tok ramai orang, maklumlah rumah besar, keluarga besar dan masih ramai yang bujang (yang dah berkeluarga pun gemar berbuka sekali). Riuh-rendah dengan bunyi gurau senda anak cucu dan pinggan-mangkuk periuk-belanga, bayangkan sekitar 20-30 orang ada di dapur bersedia untuk berbuka puasa, macam kenduri kendara. Rindu sangat-sangat dengan suasana macam tu, tetapi setelah mak tok meninggal dunia kira-kira 15 tahun dulu, semuanya telah berubah.
Kedua, memang seronok berpuasa, tak tahulah kenapa, walaupun letih, dahaga, lapar… tetapi seronok, tak der lah merengek nak berbuka segala walaupun umur baru 7 tahun. Semasa hendak berbuka puasa, ramai-ramai duduk mengelilingi meja yang penuh dengan beraneka makanan (masa tu kami 5 beradik), jiran-jiran saling bertukar-tukar juadah (zaman sekarang ada ke?), aku akan jadi ‘porter’ pergi dari satu rumah ke satu rumah menghantar kuih atau juadah, “Mak Aniiii….. ooooo mak Aniiii… mak bagi kuih niiii…”. Masakan dari Mak Eton paling aku tunggu-tunggu, sebab semua masakan dia sedap, maklumlah dia dan suami keturunan Arab-Melayu Singapura. Ketiga, sebab selepas Ramadhan, masuk pula Syawal, kanak-kanak mana yang tak suka menyambut Hari Raya. Sebelum tiba Hari Raya, sudah tentu akan berbelanja pakaian baru, walaupun tidak semewah mana, tetapi ada dan cukup. Kasut baru pasti dicari di kedai BATA, selalunya aku pilih sandal yang warna cokelat tu, kadang-kala abah akan pilihkan kasut ‘keras’ kulit. Baju Melayu kena warna sedondon dengan adik lelaki yang sorang tu, adik-adik perempuan warna baju tak boleh sama dengan yang lelaki, songkok pun kena beli yang baru sebab yang tahun lepas dah tak muat, lagipun dah ‘out of shape’ sebab selalu diguna ke sekolah agama. Yang jual songkok ni selalunya orang-orang Minang dari Sumatera, tak pun orang-orang Pakistan yang tinggi lampai berjanggut panjang beruban. Stokin dan saputangan pun baru, stokin beli yang warna putih sebab boleh pakai ke sekolah dan saputangan penting sebab aku tak suka mulut comot dan selalunya buat kesat hingus. Nyonya kat pekan tu dah tau sangat perangai aku, mesti minta saputangan corak kotak-kotak. “Nyonya, yang bunga-bunga saya tak mau lah, ini perempuan punya!!!!”. "Aiyaaa... wa ingat lu pelempuan lorrrrr... soli arrr..." !#$%^&*!

bata

Sepanjang malam bulan puasa, mak rajin buat biskut, macam-macam biskut yang dia buat, walaupun dari siangnya mak dah penat memasak dan buat kerja rumah, malamnya pasti tak ketinggalan buat biskut. Aku sudah tentulah jadi assistant Chef, tolong klim tart nenas, tabur ceri, letak kismis, susun atas dulang, simpan dalam balang etc. Sambil buat biskut, mak selalu bercerita, cerita masa dia muda-muda dulu, cerita sambut raya orang dulu-dulu, susah senang zaman dulu. Sambil tu mak selang-seli memberi nasihat supaya belajar rajin-rajin (bukan belajar buat biskut ek!), bila besar boleh jadi orang senang, tak merempat..... dan boleh bawa mak pergi melancung/wisata (ini 'penyakit' keturunan suka melancung). Bab bangun sahur, akulah orang paling mudah bangun sahur, tak macam adik-adik yang lain tu, kecuali Anita. Kalau harapkan lelaki yang sekor tu dan si Linda….. tahan tak nak makan sebab nak ‘titun’, tak pun ada yang menyuap nasi ke mulut sambil mata tertutup. Aku dengan cerianya akan bersiap-siap untuk makan sahur, aku tak begitu cerewet dengan makanan sahur asalkan panas, lagipun semua masakan mak memang sedap, minuman wajib untuk bersahur ialah Milo panas. Itu dulu-dulu.... masa kecil-kecil bersekolah rendah.

20 comments:

Xis said...

Rush
you even bought a handkerchief (sp?) for hari raya?? I don't like having one in my pocket. I just prefer klenex..

Anyway, back then there were so many things happened during Ramadhan.. Life was good and still is though it changes every year. So, this year.. any chance to help your mom baking cookies when you get back to your hometown later? Give me some of your own cookies, eh? ;)

bitiqe said...

bila baca tulisan abang ni julia jadi ingat mak di medan...hiksss...every ramadhan macam sekarang pasti mak ku selalu masak kolak pisang atau bubur ketan hitam and lemang buat dimakan saat berbuka puasa, walau kita tidak puasa tapi rasanya senang juga ikut berbuka bersama....
tapi sekarang julia tinggal sendiri...tak ada yg buatkan kolak pisang....mau masak pun tak pandai....hiksss....hiks....hari hari makan pakai tempe goreng sahaja...

zali said...

berbezakan beraya masa kecil2 dulu ngan masa dah besar sekarang...

for me dah besar nih... hajat nyer cuma nak tgk my parents seronok beraya... like bawak depa meziarah sedara mara jauh... jumpa kengkawan lama dia... but tahun nih tak dapat ler nak buat cam tu... aku plak yg jauh... :)

THE HONOURABLE SHAH said...

bestnya kenangan raya time kecik2...time aku tak reti lagi cakap omputeh! hehehe...

well, that what makes life unique, isn't it?

selamat berpuasa hari ke-10, rush! oh, send me ur cookies as well. takkan kat xis aje!

perjalanan hidup said...

kan? seronok kalo ingatkan zaman kecik-kecik dulu. bila nak raya mesti dapat dua set baju baru. baju kurung melayu dan kemeja dan slack. kakak sulung pulak selalu belikan baju jenama kiko sebab masa tu dia dah bekerja. pernah satu masa tu aku merajuk sebab bapak aku belikan kasut bata instead of la gear macam yang abang aku pakai. then 1st syawal mesti turun singapore sebab adik-beradik ayah ramai di sana. dapat collection sampai 2-3 ratus dollar! la ni tinggal kenangan je sebab tuk nenek dah tiada lagi. betul la, sampai skang mak aku buatkan milo panas masa sahur.

Rush Murad said...

xis-i always ada handkerchief dalam kocek if i pakai baju Melayu, dah terbiasa. But kalau pi ofis tak der ler... nak biksut raya, la ni i tak sentuh dah benda2 tu, beli dan makan sajor.

Julia - pasti kangen ama mak di Medan kan? kolak, kalau di Johor di panggil Pengat (bahasa jawa), kolak ada juga disebut in some part of Malaysia, kolak pisang, kolak labu sama sago, kolak singkong..ishhh.. dan ternyata selera kita sama deh... bubur ketan hitam.. aduuuhhh... asikk.. kalau di sini dipanggil Pulut Hitam(kalo di kampungnya si Rhon, dipanggil puluih...). kok di simuele makannya cuman tempe goreng doang? hiksss....

zali- u dah serasi tinggal di Doha? makanan macam mana? i pun sama, la ni bila raya i plak sibuk menyediakan apa yg patut kat rumah, baru terasa susah senang depa dulu nak siapkan untuk kita. Pening kepala nak buat budget...

abang shah - nak kuih raya?? mai lah datang sini... i beli kuih 'tunjuk' jer.. kat rumah semua dan pencen buat biskut tu..

pap- merajuk dibelikan kasut bata? yer lah, zaman kau kan dah moden sikit, zaman aku tahun 70'an... tunggu cerita pasal zaman bersekolah menengah, shopping raya kat oversea... tak mainlah kat Malaysia...hiksssss...

THE HONOURABLE SHAH said...

aik...apesal kita tiba2 jadi 'abg' plak nih? oh...adalah orang yang bocorkan nama sebenar kita!!!

Rush Murad said...

shah.... i know ur full name... nak mention kat sini ker? not only that... i know who u are.. what a small world... jengg...jenggg...jenggg....

blackpurple said...

n3 nostalgia ni. Memang indah kalau diingat-ingat, dikenang-kenang. Boleh mengalir air mata.. Kalaulah boleh kembali ke zaman itu..

Teringat dulu2 masa tolong emak pukul telur buat bahulu, kacau dodol 4-5 jam, kejar ayam, main meriam buluh ber'perang' dengan kampung jiran, main galah panjang selepas tarawih.......

Teringat pakai bagu melayu berlubang sebab ter'iron' panas sgt...nasib baik boleh tutup dgn sampin...yang penting poketnya tak berlubang utk kutip duit raya....hehehe...

Sehari sebelum raya bertukar2 mangkut tingkat @ tepen..

As-Sarawaki said...

Rush.. Thanks, terkenang zaman kanak-kanak yang penuh dengan kemiskinan.. Kenangan mengusik jiwa! Really an interesting entry.. Ramadhan Kariim.. Teruskan bersama-sama merebut peluang ini untuk mentarbiyyah hati dan diri dalam menggapai redha dan maghfirah Allah. Ayuh, marilah kita bersungguh-sungguh meraih kecemerlangan dengan imtiaz di dalam madrasah Ramadhan!!

THE HONOURABLE SHAH said...

damn! i'm busted!!! hehe...tak kisah, rush. if you know who i really am, alhamdulillah. i've nothing to hide. hehe...

anyway, do you know where exactly i live? kuching is BIG, you know!

THE HONOURABLE SHAH said...

and yeah, lagipun i've mentioned my real name quite a lot in the previous posts. hehe...

Rush Murad said...

blackpurpel-tengah nak cari foto lelama, nak scan dan letak kat sini... apa pun, Im so grateful to Allah for all His Rahmat & Rahim... cerita tolong kacau dodol, tolong tangkap ayam kampung, kejar itik... main meriam carbide... galah panjang after tarawih... hikssss... dah tu pelita penuh satu kampung, naik basikal reramai keliling kampung...

shah- hikss.... kat Miri ni ramai orang Kuching...

Muhtar-bila masuk bulan Ramadhan, pasti tersenyum sendiri... semua Ramadhan dilalui dengan senyuman... mungkin sekali dua tak begitu ceria (putus cinta? pelamin anganku musnah? etc). Alhamdulillah... Ramadhan kali ini cukup berbeza... kegembiraan bersama Yang Maha Pencipta...

Pnut said...

weiii nostalgia la...
ady ko ingat tak terawih ramai-ramai kat pusat islam?? kitaorg dulu budak anggerik kalau pegi PI mesti ngintai cari budak lelaki kelas kita, sape pi terawih...hehehee muke ko ader jugak nampak...palign rajin risman la... rindunya ady....

shahril aley said...

garapan yang penuh nostalgia plak baca kisah kisah u sambut raya bersama. mesti best tolong mak buat kuih kan silap2 masuk mulut sendiri. dulu rajin gak tolong mak buat biskut raya tapi bila dah besar jadi malas plak....u ni orang mana?let me guess...johor ke?

Rush Murad said...

pnut- frankly speaking.. banyak nostalgia masa study dulu aku dah lupa... serius... pasal terawih kat Pusat Islam tu... langsung aku tak ingat laa... uwaaaa... aku dah mula hilang ingatan!!!! berpuasa di kampus pun aku dah tak ingat macam mana.... maybe since aku accident dulu kot... byk urat saraf memori hilang...

shahril-pandaiiiii... orang johor ler kita ni... i jarang nak makan kuih tu, sebab sayang.... cantik2 cute... sampai mak suruh rasa atau yg hangit2 tu baru i makan... kuih tart nenas my fav....ishhh..

Serial Plant Killer said...

Rush - u ni kuat berhingus masa kecik yer, macam Jibamlah 2.

Meriahnya citer pasal nostalgia Raye ni..Yg buat meriah pun bebudaklah, yang adults seronok tengok bebudak ni beraye sakan and get 2gether dgn relatives. Kalau dulu my mum yg buat biskut raye...kitorg selalu ciluk adunan biskut yg sblm taruk tepung masa tolong mak kacau adunan. Sekarang ni we all yg buat biskut & kek, maklumlah anak pompuan 4 org. Yg wajib, biskut gajus, mata kucing, badam potong and kek coklat. Bersengkang mata nak tunggu masak dlm oven.

THE HONOURABLE SHAH said...

okay, well said. anyway, what made me so (in)famous?

THE HONOURABLE SHAH said...

one more thing, rush...here's my number - 013 4608131. send me a text or two...

shahril aley said...

mana tak pandai pasal u dah bagi hints dalam entry like mak eton & hubby die keturunan arab-melayu singapore & orang minang sumatera jual songkok.wah tart nenas mmg jadi kegemaranku pasai mak buat sendiri. kulit tart yang soft & inti plak manis nenas yg dimasak sendiri....u ni buat terliur je ingat biskut raya ;)