Monday, October 09, 2006

Kad Hari Raya Virtual vs Realiti

Alhamdulillah, sudah 2 minggu umat Islam berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Maghrib hari ni pula akan masuk hari ke-17 Ramadhan, hari dimana kitab suci Al-Quran diturunkan semasa Nabi Muhammad s.a.w sedang berkhalwat di gua Hira' Jabal Nur. Perbanyakkanlah amalan-amalan mulia di 2 fasa terakhir ini.

Eid Mubarak Greetings Card

Minggu lepas, seorang kenalan baru (baru tapi mesra....) mengirim kad Hari Raya, kad Hari Raya yang pertama aku terima tahun ni (foto kat atas tu). Semasa berada di syarikat lama, banyak juga dapat kad raya, tetapi semuanya bukan bersifat 'personal', lebih kepada hubungan 'profesional'. Aku suka menerima dan memberi kad raya, tetapi semenjak adanya Internet, sudah berkurangkan koleksi kad raya 'realiti' kerana diganti dengan kad raya 'virtual' yang beranimasi segala. Kad raya 'virtual' ni senang di'pos', sekali tekan butang papan kekunci 'sent', berpuluh-puluh orang akan menerimanya sekaligus - mudah, cepat dan cost-effective (atau zero cost jika menggunakan komputer syarikat). Walaupun begitu, aku masih memilih kad Hari Raya 'realiti' yang boleh dipegang, disentuh, yang boleh dibuka-tutup, yang ada tandatangan menggunakan pen, yang boleh digantung di dinding atau disusun atas meja dan ada 'personal touch'. Sedihnya... tahun ni cuma kad yang di atas tu sahaja yang aku dapat (kepada pengirim kad ni, terima kasih sahabat).
Niat untuk mempelawa rakan-rakan sekerja berbuka puasa di rumah terlaksana juga akhirnya. Majlis tersebut berlangsung hari Sabtu lepas, ringkas tetapi terasa ukhuwah semakin kuat dan mesra. Dari awal pagi lagi aku dah berkemas rumah, kemudian ke pasar dan terus memasak. Menu kali ini juga ringkas - ketupat segera, rendang ayam, sayur lodeh (siap letak tempe dan tauhu goreng), nasi briyani, couscous vege dan air sirap bandung berserta buah-buahan dan kurma Maryami (kurma ni pun ada yang tolong belikan di KL... orang yang sama beri kad Hari Raya tu). Sebelum tu, ada seorang rakan siber yang selalu singgah kat tagborad ni 'TYAH', tetiba muncul depan rumah, aku macam 'kaget' sekejap kerana seorang gadis manis bertudung bunga-bunga berdiri di luar pagar sambil memegang/menghulur sesuatu. "rush, maaf I tak dapat join, ada hal.... ni ada cream caramel...". Terima kasih banyak-banyak to 'tyah'! Terima kasih daun keladi, cream caramel tu sedap sekali, bila nak bagi lagi?
Berpuasa di sini berbeza dari cara atau 'lifestyle' aku berpuasa di Johor Bahru sebelum ni. Inilah yang aku katakan setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, dan aku terlontar di Miri ni pun ada hikmahnya. Berbuka puasa di JB penuh dengan acara-acara makan di Restoran, Hotel, rumah-rumah VIP, Istana, Rumah-rumah kebajikan etc. Hanya beberapa hari sahaja aku akan berbuka puasa di rumah atau di rumah parents, selainnya di luar bersama rakan-rakan, kenalan, sahabat-handai atau strangers. Jadual berbuka puasa selalunya penuh dengan undangan, tak kira hujung minggu atau hari bekerja. Samada jemputan ke rumah kebajikan berbuka puasa bersama anak-anak yatim, majlis berbuka anjuran UMNO, atau berbuka di Hotel atas jemputan 'client' atau wakil-wakil Hotel, atau memang dirancang bersama rakan-rakan yang pelbagai. Fasting month dah jadi Feasting month akhirnya. Di Miri ni, aku Iftar seorang diri di rumah - ala-kadar sahaja. Cuma sekali tu berbuka bersama rakan di Restoran Muara yang ada menjual hidangan ala-Jawa - Nasi Lelapan, kemudian 2 kali di Cafe Dudok (sekali atas anjuran Ketua Jabatan, bertahlil etc) dan Jumaat lepas bersama rakan sekerja di sebuah Restoran Itali. Tetapi masih ada lagi 2 minggu berpuasa, mungkin ada jemputan, mungkin ada anjuran, mungkin balik JB nanti Iftar di Hotel bersama keluarga - acara wajib setiap Ramadhan. Rindu nak beriftar ramai-ramai bersama mereka....
p/s: saja nak sertakan alamat, manalah tau ada yang simpati nak kirim kad raya...Lot 4375, Lor. Desa Senadin 2C-1D, Desa Senadin. 98100 Miri. Sarawak.

23 comments:

Xis said...

Rush
I prefer a paper Raya card rather than a virtual one. It brings more sentimental value. Put it this way, I prefer to get to see the person in real life, rather than in a picture. At least.. I get to touch and feel the person.. So, same goes with Raya card.. :)

perjalanan hidup said...

tak perlu rasanya nak touch n go person. tengok gambar pun dah terubat kangen. hik!

Rush Murad said...

xis-....At least.. I get to touch and feel the person.. So, same goes with Raya card.. :) ... alamak!!!! if one day kita jumpa, i nanti kena touch-touch and feel-feel jugak ker??? kalau jumpa Nurul tu - i no problem... nak touch2, feel2... boley?

pap- tak sama lah pap, tengok gambar tak puas, nak kena touch2 jugak, at least dapat bertentang mata pun dah cukup... lelagi kalau bukan muhrim, mana boleh touch2...

Serial Plant Killer said...

Aik - camne boleh libatkan kite ni? Nak touch2, nak feel2, minta izin ngan mak kite dulu.

bitiqe said...

i suddenly burst out laugh after seeing ur small "add" down there...hahahaha....
sorry we got no post office in simeulue island :P
unless i send it through FED'EX hahaha...

si antz said...

hi rash!~ waa...bestnye u all buat buka puasa reramai. i'm so jeles!~ takpe, next year kita buat buka puasa reramai lagi k. this time, i'm in! hehe ;)

Rush Murad said...

Nurul-nanti kita datang rumah ur mom dgn hati nyamuk 7 dulang.... tungguuuu..........

Julia-kok sampei nggak ada post office segala di simeulue?? iisss... too remote kali ya... keren deh bisa ada FEDEX...hehehehee..

antz-im following ur story in ur friendster... wei, kau tak der kat sini, nobody wanna help me masak2 hari tu.. sedeyyy.. hujung minggu ni cha dan suraya join kau kat sana, tapi depa stay kat The Hague, maybe Sofitel yg dekat station tu. Kau stay Rijswijk kan? ada nampak Yusri? kim salam kat dia ek... kalau pi Belgium jgn lupa beli cokelat!

perjalanan hidup said...

rush + nurul = why not?!
*matila matchmaker

Anonymous said...

cards or e-cards, its the thought thats count.

zali said...

hehehehe.... kelakar tgk u promo diri for Kad Raya... here... :)

tak der nampak org jual kad raya kat sini, if ada i'll send 1 to u.

THE HONOURABLE SHAH said...

i'll post you a raya card, okay abg rush?

Rush Murad said...

pap - Queen speku..... hiksss... matila ada orang menangis tak berlagu lepas nih...

anonymous - yup, u r right pal, but.. satisfaction not guarenteed... bak kata xis - kena sentuh, kena pegang, kena rasa...figure it out..

zali - thanks.. u plak, nak kad raya tak?? email me ur address, tak pun u letak jer kat my YM tu, i fetch later. few days ago dapat call from my buddy kat Dubai, i always tot dia kat Doha, confused. ni pun nak send him raya card, biar dia meleleh menangis tengok card nak balik raya kat sini... hiksss

shah - tq, but plssss... insert ur address sekali, senang i nak 'pecah kaca pecah gelas....' pantun budak2 kecik kalau antar kad raya...

THE HONOURABLE SHAH said...

well...

(my name - kata dah tau sgt2 kan?)
1224, Kenyalang Park,
93300 Kuching,
Sarawak.

INI BUKAN IKLAN ALAMAT RUMAH!

perjalanan hidup said...

kan? i think i know who. hiks!
*matila nurul konfius

Serial Plant Killer said...

Pap - Rush & I r just jesting with each other. I know who 2...he..he..he...

Rush Murad said...

ayoooo........... matilah 'tiada rahsia antara kita' katanya .......... baru nak 'Biarlah Rahsia'.... apa pun, semua itu speku belaka... saya tidak terlibat langsung Tuan.... nanti instead masuk "langit ke tujuh", tetiba terjerumus masuk ke 'neraka yang ke tujuh'..... tak sanggup...

Serial Plant Killer said...

Ayoyo...appa...amma...berapa byk rahsia dah...Tahu takpe...kite masuk langit pertama pun dah kira bersyukur....

shahril aley said...

sekarang ni orang dah malas nak susahkan tangan menulis dalam kad raya.ingat lagi dulu lepas pindah sekolah dari perak ke selangor.banyak dapat kad raya dr member kira keep in touch.skrg ni more prefer send sms or kad raya virtual.sampai sekarang masih simpan lg kad2 raya lame.kdg2 baca nak tergelak pun ade ;)

Shopaholic_Sinful said...

cards or e-cards... satu pun i tak dapat lagi... huhuuhuh.... but anyhow.. either way is ok... thoughts that count.. betul tak??

Rush Murad said...

Nurul- yer la... thats why bulan Ramadhan ni ialah masa terbaik utk lipat gandakan amalan... atau 'reborn' atau... 'kembali ke fitrah'... anyway, zakat fitrah dah bayar?

shahril- hehehee... time budak2 dulu, sure lah dalam kad raya tu cakap merapu semacam, lelagi kat org yg kita admire etc.... naik segan pun ada kekadang.

shopaholic - u r absolutely right... the thoughts is more matter... kesiannya tak dapat kad raya lagi??? nanti sure lah ada yg beri, tak pun at least ucapan raya through sms... seems to be the trend now...

Serial Plant Killer said...

Insyallah, this weekend tarawih kat Masjid Negeri Shah Alam, kite bayarlah.

alam setia said...

emm....helooo...bagus kat raya tuh. simpan dalam arkib bebaik

rush said...

alam setia - thanks for dropping by... wahhh... asyik buka posa kat Hotel jerr.... sambil posing2 lagik tuh...hiksss