Monday, October 30, 2006

Eid Mubarak's Rendevous

Doa Raya

Malam sebelum raya, kami sekeluarga sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut Aidil Fitri. Sudah terasa kemeriahan sambutan sejak pulang ke JB, pada masa yang sama juga punya perasaan sedih dan terharu dengan pemergian Ramadhan Al-Mubarak. Selepas selesai membantu memasak (kali ni aku cuma masak Ayam Tomato Mutiara, dibantu oleh beberapa 'male cook' yang lain termasuk Wan dan Rhon), kami sempat melepak 'ngeteh' kat bandar JB dengan beberapa orang rakan - rutin setiap malam semenjak aku pulang ke 'kampung' halaman. Sempat juga berjumpa dengan beberapa orang 'bloggers' dan 'silence readers' yang pernah menjenguk ke Tepak Sireh ni.

Seperti tahun-tahun sudah, agenda di pagi raya sama sahaja - dimulai dengan 'sarapan' berat, ketupat (ietot dan aku yang menganyam ketupat ni), lodeh, rendang daging, ayam tomato, sambal kacang dan macam-macam lagi. Kemudian acara bermaaf-maafan dan nangis-nangis...... tahun ni 'Ratu Nangis' berpindah tangan, bukan pada adik bongsu si Nina tetapi pada Noreen, semua orang jadi konfius dan pelik serta terkejut. Pic kat bawah ni ialah 'Ratu Nangis' sedang bersalaman dengan mak (ayooo... kalau student dia kat UTM nampak ni, harus kecoh seyyyy...)

Salam Raya

Tahun ni agak lewat ke tanah perkuburan, kami dah siap-siap untuk keluar rumah, tetiba ada jiran dah berkunjung, eh! pepagi lagi dah datang.... over excited apa? maka kami pun layan ler mereka sekeluarga, dan ketua rombongan tu sempat bersuara 'tak pergi kubur ke?', 'belum lagi, kami pergi kemudian...eh! makanlah lagi' mak aku menjawab dengan senang hati, tetapi kami semua dah resah hati, dah mula berpeluh-peluh segala nak keluar rumah. Florist kat town mesti dah lama tunggu aku datang ambik bunga ros putih 12 kuntum yang aku tempah semalam, nak bawa ke kubur. Segala saudara-mara pasti tertanya-tanya kenapa keluarga kami tak muncuk-muncul lagi. Aku pun tengah berpinar-pinar cari akal nak suruh jiran tu balik awal, yer lah.... lama pulak tu dia dok bersembang segala, dan dia pun dah tau yang kami dah lambat. (jiran ni depan rumah jer, tak raya pun hari-hari mai datang....).

21 comments:

Awg Zaifulizan Abdul Rahman bin said...

abg rush,

lawa tangan!

rush murad said...

bukan setakat tangan jer yg lawa... hikssss....

blackpurple said...

Hari Raya, yang terindah adalah nostalgia masa kecik2 dulu....

Rush...Meh datang beraya kat blog jowopinter...hehehe..

shahril aley said...

rush, itu kire buat ad dalam blog ke...atau promote nak jadi model iklan produk untuk tangan??

Kamarozz A.B said...

waa...sini pon byk gambar cantik2..
edit pon bagus finishing dia menarik...

Kroll said...

iklan syampoo bulu tangan,, boley?

Xis said...

Rush
*smile*... malam bulan di pagar bintang.. anyway.. nice pics.. especially the hands... ~safe flight... safe journey~

THE HONOURABLE SHAH said...

abg rush,

suka lerr cik Awang kita tegur! i know all parts of your body lawa! takkan nak reject anugerah Tuhan, kan?

Azer Mantessa said...

tangan macho aaa :-)

selamat hari raya, maaf zahir bathin.

rush murad said...

blackpurple - beraya kat blog tak dapat makan kuih raya... hikssss... tak nak jemput datang rumah ker?

shahril - yer la, kita tunggu macam nak rak kat rumah nurul.... belum ada rezeki nak jumpa ek. ad tu saja nak promote tanah perkuburan yg hening... kubur atas bukit berlatarbelakangkan gunung-ganang.. tapi pic tu dah edit.

kamarozz - thanks daun keladi, rajin2 lah mai sini... sempat ler nak menedit segala coz cuti panjang..

kroll - tu baru bulu tangan... belum lagik bulu2 lain....hikssss.. merembes...

xis - thanks dude! i dah selamat di Indonesia ni, baru lepas pi 'puter-puter', berhenti minum, ada pulak cybercafe.. sempat singgah sekejap nih. miss everyone here... :-)

shah - alhamdulillah... anugerah Tuhan.. tapi... mana ada manusia yg perfect.... i ni.. byk kelemahan.. kan Nurul?

Azer - tanganmacho beb... alhamdulillah, ansib baik semuanya macho belaka, tak der yang 'lemau'... hiksssss

Serial Plant Killer said...

'shah - alhamdulillah... anugerah Tuhan.. tapi... mana ada manusia yg perfect.... i ni.. byk kelemahan.. kan Nurul?'

Rush - lemah tang mana 2? Kan ke u ni semuanya macho belaka, tak der yg 'lemau' he2x. Anyway, saperlah I nak judge u, I am not flawless as well.

Xis said...

Rush
agreed with you and Nurul.. neither am I.. byk kekurangan.. Celanya hanya di mata manusia, cacatnya hanya di minda insan...

Nurul Aza said...

Yes Xis, manusia ni selalunya lebih senang mencari weaknesses and flaws yg ada dlm org lain and most of the time overlook the good qualities.

rush said...

arrrrghhh........ tak sempat nak update segala... byk pics, but tak tau which one nak publish... emm.... dah tu kerja melambak plak, 2 minggu tinggalkan sarang...

nurul - masih terkenang sambal tumis yg sedap tu.. i siap ratah macam tu jer...hikssss... wahh... serial plant killer dah guan nama sebenar... nurul aza......

xis - thanks dude! ermmm.... kita terima setiap kelemahan tu sebagai 'anugerah' Tuhan, kerana Dia sahaja yang tahu setiap perkara yang berlaku...

Xis said...

Rush
Yup... the most important thing is... redha. Oh.. any pic in Indon?

rush said...

xis - kata tak kerja, so ni kat cc ke? pic indon... ada... ni baru selesai kerja, nak upload pic, new entry plak... tungguuuuu.......

shahril aley said...

wah jealous gile dgn korg mentang2 dah jumpe lps tu sembang between u all je lg2 psl open house nurul last week.rasa tertelan ayak liur je dgr bertapa sedapnya biskut badam la & sambal tumis. Eh rush u ni puji nurul lebih2 ade ape2 ke? jgn slh phm, nak resipi utk masak open house bujang ke?

Serial Plant Killer said...

Rush - E2 tak rasa lagi sambal tumis Kak Nor kat Taman Tun. The next time u r here, kite boleh pekena sambal tumis kat c2.

Rasanya login and publish guna moniker masa post comment tp my real name lak yg keluar. My first name is my real name anyway, now ppl know my middle name.I tak kisah, nothing 2 hide, kalau tak I wld have deleted it.

Shahril - masa open house 2 bukan kite yg masak ler. Pakai caterer. Jgn ler speculate, naik segan dgn Rush.

THE HONOURABLE SHAH said...

wow! seronoknya megomen comments org! hehehe...

Xis said...

Rush
yup.. was not in the office yesterday. Posted my comment from cybercafe while waiting for my parents to finish shopping.. :)

Anonymous said...

Hi, Nice stuff. I found a cool news widget for our blogs at www.widgetmate.com. Now I can show the latest news on my blog. Worked like a breeze.