Wednesday, October 04, 2006

Diari: 11 Ramadhan & 3 Oktober 1988

Awal pagi tadi semasa cuba mencari sesuatu dari kotak-kotak simpanan barang lama, terjumpa pula diari lama yang dah berhabuk, diari tahun 1988 dan 1990. Aku selak beberapa helaian..... ahhhh... nostalgia! Sengaja aku selitkan 2 mukasurat, bertarikh Hijrah dan Miladiah. Segala ejaan dan susunan yang dipaparkan mengikut seperti apa di dalam diari tersebut, kecuali komen berhuruf kecil berwarna biru di dalam kurungan.

SMSI Kulai 1988
Berkenaan gambar: Sempena Minggu Sains Malaysia Pertama di PWTC, Kuala Lumpur 1988. 3 projek Sains (Kimia, Biologi, Fizik) terbaik peringkat kebangsaan akan berkumpul mempamerkan projek mereka. Projek Fizik kami "Aruhan Elektromagnetik" dari Johor berjaya ke peringkat akhir kebangsaan. Bergambar bersama peserta dari Sek. Men. Hamzah Machang, Kelantan. Aku yang bediri sebelah kanan sekali berkaca mata tersengeh.
11 Ramadan 1408 Hijrah bersamaan Khamis 28 April 1988. [aku di tingkatan 5, bersekolah di sebuah pekan di Johor]

Tak sahur lagi - malas.
pergi sekolah dgn bike Cik Odin [salah seorang pakcik yang rapat dengan aku, aku selalu jahanamkan motorbike dan kereta dia] - Lewat
Guard [Pengawas sekolah, kena jadi macam Pak Guard] . Masa P.K [aku macam dah lupa P.K ni apa, Pendidikan Kesihatan ke? ada ke subjek tu?] gelihati - bebudak kena berdiri kat depan!! cikgu Geo ganti Bio [subjek kegemaran aku; Geografi dan Biologi].
Relax 1 period - gebang2 dengan Azhar [antara kawan paling rapat dengan aku sebab dia ni jenis 'cool' dan ada style, dah berapa orang anak dia ni ek? gebang=sembang=berbual] -
pasal 'pengantin' tu tak habis [rahsia kami sehingga ke hari ni...] - syok.
Ambil kad raya dari ustazah. jual dalam
kelas. Dapat kad raya dari Aniza Azura [antara perempuan paling cantik kat sekolah, dah tu syok kat aku, sampai ke saat ini walaupun dia dah 2 kali bernikah!!! still hunting me...].
Boring masa ugama [not my favourite ustazah].
B.M relax. [relax sebab cikgu ni dia seorang je yang bercakap depan kelas, kita ni semua cuma mendengar je lah, dari awal sampai akhir]
Balik R.M. [nama singkatan bagi kawasan perumahan tempat aku tinggal. RM=Raja Melewar? RM=Rumah Mewah? RM=Rialto Market?]
tidur [aku memang kuat tidur, sampai sekarang].
Buka puasa. bincang - esok cadang nak
cat rumah [hobi mengecat rumah ni terbawa-bawa sampai sekarang, rumah 5 bilik aku tu pun aku cat sendiri, dengan sedikit pertolongan]- o.k!
tidur lewat - tonton t.v. [tinggal di selatan Johor ni dapat siaran t.v dari Singapura, macam-macam program ada, dah tu siaran habis lewat malam]
Boring! [kalau dah tidur petang, pasti malamnya susah nak tidur, makanya dengar radio siaran Bahasa Inggeris dari Singapura, sambil berkhayal...]
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!

SMSI Kulai 1988

Berkenaan gambar: Dari kiri ke kanan. Aku berkacamata hitam dan berdiri macam model senget, Dr. Shamsul Abd. Rahman - rakan dari kecil, sama-sama berkubang dalam sungai belakang rumah mak tok, kini membuka klinik sendiri di pekan kami, Norazmi Tukiman- rakan aku dari darjah satu sampailah ke sekolah menengah, sekarang menjadi akauntan di Public Bank JB & Mohd Khalis Sulaiman-mak bapak dia terkenal sebagai guru yang sangat garang, kerja dengan Pelangi Berhad agaknya sekarang. Depan sekolah kami tahun 1988.

Isnin 3 Oktober 1988. [mukasurat bertarikh 4 Oktober kosong tidak ada sebarang catatan]
S.P.M - 38 [ditanda di atas mukasurat menunjukkan bilangan hari akan bermulanya peperiksaan S.P.M]

Awal bangun. Solat subuh - dah lama tak
solat subuh [macam liat sikit kalau bab solat Subuh ni, sebab SPM dah dekat, rajinlah sikit solat sambil berdoa]. Hujan pagi ni [hujung tahun, biasanya memang hujan hampir setiap hari, termasuklah pada tahun 1988 ni ada banjir besar sehingga peperiksaan SPM ditangguhkan]. Peperiksaan S.R.P [SRP dah jadi PMR]
tukar kelas. dapat Fizik = failed [aku antara pelajar Melayu terbaik dalam subjek ni, tetapi boleh failed pulak masa trial exam]. B.M - o.k juga C3 [ini dah tahap maksimum pencapaian BM semasa di sekolah, tetapi aku dapat keputusan yang lebih cemerlang pada SPM yang sebenar].
Recess - senyap tuckshop [entah kenapa aku suka gelarkan kantin sekolah "tuckshop"]. Bio - boring, ngantuk [boring sebab semuanya hanya mengulangkaji].
Math II - failed dgn teruk [Matematik memang mencabar sebab ramai budak Cina dalam kelas, high standard, tapi untuk SPM lulus la pulak].
Balik R.M - leceh no bike - tidur -
petang - K.M. [nama singkatan bagi kawasan tempat tinggal mak tok, cuma sebatu dari rumah kami]
Lunch - tidur - letih [entah apa la yang letih sangat ni].
Malam - buat kerja sikit [kerja? kerja? kerja mengulangkaji pelajaran sebab nak exam] - tonton t.v. [belajar sekejap, tengok tv yang lama, sebab tu mata rabun]
buat surat untuk Hadijah [ini lah antara perempuan yang aku paling minat, dari dulu sehingga....emmm... tahun lepas terserempak dia dengan hubby, dah kureng... tapi tetap menawan, mixed Pakistan, kira taste aku la tu]
Pergi bandar beli mee kejap [bandar mana? mee mamak kat pekan ni memang superb!]. Tanya atuk lagi pasal nak pindah [aku cadang nak tinggal dengan atuk masa ni].

29 comments:

Xis said...

Rush
1988 - you were in Form 5, I was just in Form 1. So that means... hmm.. I see.. Anyway, does P.K stand for Pendidikan Kaunseling? I don't remember having any pendidikan kesihatan in secondary school. About tidur, I must agree.. you sleep aLOT! :D

Rush Murad said...

xis- actually i shud write P.J instead of P.K... as P.J is pendidikan jasmani which is during the fasting month they halted the slot and replace it with 'main-main' in the class. Yup, i sleep a lot.... how do u know anyway?

Anonymous said...

bro, rajin kau tulis diari, sampai sekarang tulis? mesti gempak dengan cerita sensasi lu... jangan masukan nama aku sekali arrr... bila nak balik jb ni???

Ali

perjalanan hidup said...

ayo. budak-budak lagi dah pandai bergaya dengan spek itam bagai. hiks!

Rush Murad said...

Ali-diari zaman sekolah bolehlah nak citer kat sini, masa masih suci bersih... suci ker?? raya nanti ler baru balik, mai datang parents aku ek, coz rumah aku kat skudai tu kosong... nanti bersila atas lantai plak.

pap-cermin mata tu pun pinjam, ntah sapa punyalah... abang polis depan sekolah tu kottt.. ehemmm... budak2 ker? umur baru 17, tapi dah 'pandai' macam2 perkara yang macam orang umur 27 buat...hikssss...

Anonymous said...

ic.. u sebaya ngan Norazmi and Khalis tu?.. Sekolah Menengah Sultan I*****m, K***I.. kan?.. hiks

THE HONOURABLE SHAH said...

yay! dah boleh comment. selalu jugak buat mcm ni dulu but my childhood babblings' collection dah hilang...sebab tu bila dah besar tak sedar2 diri lagi! hehehe...

Rush Murad said...

anonymous.... sapa plak ni? kenal kawan2 aku semua.... ker serkap jarang jer nihhh???? kalau betul kenal.... Azmi tu stay mana? Khalis stay mana?? jawaaabbb...

shah-apasal tak boleh buat komen ek? some of my collections dah hilang, misplaced etc... i start tulis since form 3...

Serial Plant Killer said...

Rush - Mat Remos yea masa sekolah.
Kenangan masa sekolah lipas terlepas & merayap dalam baju sekolah masa tengah disect lipas dlm kelas bio. Jenuh kawan kite menepuk badan nak menangkap lipas 2. Nasib baik sekolah semua pompuan. Satu hari suntuk kite berbau lipas.

Azer Mantessa said...

"Dapat kad raya dari Aniza Azura [antara perempuan paling cantik kat sekolah, dah tu syok kat aku, sampai ke saat ini walaupun dia dah 2 kali bernikah!!! still hunting me...]."

fuyooooooooo :-)

Rush Murad said...

nurul- Mat Remos tu apa??? tak pernah dengar punggg... kelas Bio.. ada sekali i hampir pitam sebab katak terlepas... geli katak n cicak, but masa bedah tikus...akulah raja kacau budak pompuan. cacing tu buat main gentel2 jer... hiksss..

azer-until now dok mintak my phone number from my sis n mom (but depa beri macam2 alasan, dah jadi psycho)... kesian lah budak ni... nak ajak dating etc. apalah ada kat aku niiii..... ada apa???

Serial Plant Killer said...

Rush - kite tengok ur photo tu ada jambullah, Mat Remos 2 sounds better dari kena panggil Mat Jambul kan.

Aniza Azura - u dan mandrem dia kut...orang Johor ni semuanya ada aura ke mcm Mawi. 42nately - kite tak terpengaruh dgn aura Mawi 2...

Rush Murad said...

Nurul- yer laaa... ada sikit jambul tu... sikit saja tauuu.. jambut natural, la ni tak dak jambul dah... flat gross. Mawi...emm... sama ler, tak minat, orang Kulai sendiri tak minat sgt dgn dia. btw, his only sister tu my classmate masa sekolah dulu..

Aniza Azura - dia dah termakan 'air tangan' i sebenarnya..

Pnut said...

memandangkan ko dah byk hilang ingatan, elok ko simpan entry dlm blog ko supaya lagi 10 thn ko ader tmpt nak refer...

hahahahahaha

raya ada gathering kak senah oi....

remember kak senah????

Rush Murad said...

pnut-satu idea yg baik.... hiksss... at least peristiwa2 yg besar, penting dan ada significant... thats why ramai org memblog la ni, tulis2 diari dah tak main dah...

kak senah??? chitttt.... esok aku buat gathering kat rumah aku, majlis berbuka puasa, buat kecik2 jer, masak sendiri. masak lauk pauk macam hari raya- rendang, ketupat, lodeh, serunding, nasi tomato/nasi hujan panas etc... meh laaa..

Rush Murad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Rush,

Azmi tinggal kat Kulai Besar, ayah dia guru besar....he he he.nama ayah dia Tukiman Ahmad..betul tak?.. Khalis tak sure tinggal mana tapi rasanya kat Kg Melayu kut. I pun kenal dia orang. Especially, kakak azmi tu. Norashekin... kan kan kan?.. ha ha ha...

Rush Murad said...

anonymous - waaahhhhhhhhh........ begitu tepat sekali!!! siap nama penuh etc.... emmm... serrammm... tapi, u kenal i ker? i kenal u ker?... aku ni macam nak serkap jarang jer siapa anonymous nih... hiksssss

Kroll said...

Ko cuti raya brp lama? Naha Kecik nak buat gath kat rumah limas dangabay on 11 oct. last gath masa berbuka was a success! Kalau ko ada lagi best.

Anonymous said...

Well.. we were in the same school..even sekolah rendah pun sama kut but i'm more senior than u... just let say... i kenal u gitu gitu aje la.. u mungkin tak kenal I kut.. i was a nobody at school..hiks

blackpurple said...

1988..... Boleh masuk arkib tu...hehehe

Teruskan simpan.... Koleksi berharga tu...Dan tua2 nanti boleh belek2 lagi, boleh jadi hiburan sementara tunggu cucu balik....hehehe..

bitiqe said...

1988, im still 5years old ....hehehe
abang rashidi emang udah stylish sejak tempo dulu nampaknya...

rush murad said...

kroll- open hse buat kat rumah limas danga bay? gempaq seyyy... 11 oct tu aku dah balik miri ni... hikssss... sedey... yer lah, mulut aku ni kan ramah tamah, makanya kalau ada aku lebih meriah... shhhhh...

anonymous - mungkin i kenal u, who knows.. u sama batch dgn shikin tukiman tu ker? dari sekolah rendah sampai menengah... emmm.. let me guess... u ni yg kerja tv3 tu ker? or ur brother... eddy sulaiman? or azman sulaiman???hikssss... serkap jarang jer aku nih....

blackpurple- im not sure how long this diary will i keep or last. malu lah kalau org lain baca... byk yg sensasi dan xxx

julia-stylish sejak dari dalam perut ibu...eheheheheh... im born with it, but not anymore now... sekarang 'sempoi' kalo bilang orang malaysia...

Anonymous said...

sape orang tu rush?... glamer ke dia orang tu? hiks

zali said...

Nostalgia lah...

Hari tu masa kemas2 brg kat kg before dtg ke Doha... jumpa surat2 n kad raya dr 'kawan'2 lama masa sekolah menengah (tahun 90-93)... tersenyum sendiri masa tengok2 semula...

hmm... sesuai dgn lagu bakground... Kenangan Terindah...

Amir EtCetera said...

Feeling all nostalgic eh? Aren't we all are?

Anyway, yang penting..

'Chenta Monyet RULES!!'

rushmurad said...

anonymous-betul tak sangkaan i??? betul kan? u must be one of them... sapa lagi.. matilah jadik mak esah tetiba....

zali-im still searching for my old raya cards n b'day card.. kat manalah i simpan benda2 tu semua... mau boleh masuk arkib.

amir-cinta monyet or puppy loves...eemmm... let me see... so many times lah... but all end-up in a harmonius way... hiksss... dah beranak penak depa semua la ni..

Anonymous said...

ahaks.. bukan la.. i kenal dia orang gak....

shahril aley said...

dulu ade gak impian nak simpan diari untuk rekod catatan hidup tapi aku ni jenis malas so dilupakan hasrat tu.klu tulis pun pasti separuh jalan @ ade lopong & ditinggalkan begitu sahaja.sekarang aku lebih suke guna planner dari diari pasal benda tu nipis & praktikal untuk digunakan cuma besar saja tp tak boleh meluahkan perasaan je.