Friday, October 13, 2006

Philosophical Gestures..........

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.....
agar dapatku lalui dengan sempurna.....
ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan.....
ku merayu pada Tuhan diterima amalan.....
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar.....

Inspiration 1

Kata-kata di atas ni ada betulnya apabila difikir-fikir, pada pendapat aku... aku cukup takut kalau orang misunderstood kita, salah anggap, silap tafsir atas sesuatu yang kita lakukan. Makanya apa yang kita lakukan jadi serba tak kena di mata pandangan mereka. Buat baik salah, buat silap lagi lah dipandang serong dan di chop jahat. Jumud kadangkala pemikiran manusia di sekeliling kita. Pada aku, sentiasalah kita bersangka-sangka baik....

Semenjak awal minggu badan ni terasa kurang selesa, akhirnya terpaksa berjumpa doktor dan bercuti sakit. Dua hari beristirehat di rumah sahaja, sambil tu sempat menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh, sempat pergi ke pejabat KWSP, mendaftar perkhidmatan online (semakin cekap dan menuju e-govt), ke LHDN pula kerana tak declare lagi untuk tahun 2005, macam-macam borang kena isi tetapi perkhidmatan LHDN kat Miri cekap, staff yang melayan tu pun very informative dan friendly. Sempat juga hantar laptop yang tetiba buat hal sebab tak boleh nak connect guna streamyx, terpaksalah tunggu beberapa hari untuk di 'investigate' masalah.

Walau kurang sihat, puasa tetap puasa, selalunya pening-pening kepala ni datang setelah selesai solat Tarawih, nak kata migraine, tak pernah pula terjadi, nak kata high blood pressure, Doktor tu kata normal, mungkin kerana cuaca yang tidak menentu dengan jerubu (kabut asap), atau body system still adjusting. Cerita pasal tarawih ni, for the last few days, aku ni asyik bertukar-tukar tempat tarawih, Masjid Jamek Miri (Pak Imam yang dah berumur tu laju semacam, macam bullet train), Masjid At-Taqwa (Imam muda dari madrasah di Terengganu, kesian dia asyik tersekat-sekat membaca), Masjid Lutong (Imam muda dari madrasah di Terengganu juga, lancar dan santai), dan surau SK Senadin, masa awal Ramadhan jer tarawih kat sini. Kelmarin, sandal kulit yang baru beberapa minggu dibeli (dah ler bercongak-congak tunggu gaji baru leh beli...) kecurian di Masjid Lutong, geram.... tapi sabar. Nak buat macam mana dah hilang. Pada masa yang sama ada Pak Cik ni pun hilang selipar dia, sehari sebelum tu ada yang hilang kasut baru etc. Apalah nak jadi dengan budak-budak Melayu/Islam ni, kat masjid orang sedang beribadah pun jadi tak senang hati dibuatnya dek perangai mereka ni. Ni baru beli selipar getah murah pun tak tentu lagi selamat, sebab selipar getah ni ada corak 'zebra' dengan tali kaler 'olive green' (macam adik-adik ker?)... sah-sah menarik perhatian si pencuri..... tawwakal.........

14 comments:

THE HONOURABLE SHAH said...

rush,

kecurian kat masjid itu biasa. macam mana nak majukan bangsa sendiri kalau begini perangai mereka. we've done enough tapi metality tak nak tukar2. sabau je lah! lain kali pakai aje selipar jepun rm3...hilang pun tak kisah sebab kalau dua2 (sandals & slippers) hilang pun...pencurinya tetap dapat dosa!

shah

Roland Hashim said...

slmt berposa uols.. kart Miri ka?

Rush Murad said...

shah-tawwakal jer laaa..... walaupun marah, tapi nak buat macam mana kan?.... anggap dah bukan rezeki, tapi kalau aku jumpa budak tuuu... siap kena pelangkong dgn aku.... nak piat2 telinga dia..hiksss

roland hashim - selamat berposa to u too.... kat Miri ni... kerja... kerjaaa...kerjaaaaa.... hari tu i ada forward ur web to my fren yg nak gunakan ur service, i mean service photography laaa....

Serial Plant Killer said...

If u don't understand urself, u'll lose urself. Like the pic, ada calming effect especially after going thru a stressful week.
Kite pun pernah hilang kasut kat Masjid Negara. Balik kaki ayam, nasib baik ade kawan yg antar sampai ke rumah. Kasut 2 ada org belikan kat Jordan pulak 2. I know exactly how u feel, mcm mase kite hilang sunglasses yg baru dibeli kat Dubai.

adi said...

hi rush,
selamat menyambut aidilfitri

:: samasam :: said...

selamat hari raya =) have a bless aidilfitri ok.

Xis said...

Rush
about those sandals.. let's just forgive them and pray they will never do such a thing anymore. Anyway, that's part of a test in Ramadhan , I believe.. :)

Rush Murad said...

Nurul - the pic must be taken somewhere in northern India kan? last week I rolled-up with big grins and smiles.... no stress whatsoever at all... received 'nice' letter from my big boss... alhamdulillah!!!!

adi- eid mubarak to u too adi.... jangan sedih2 yaaa..

samasam - cepat sesangat nak beri ucapan... anyway, thanks. selamat hari raya to u too...

xis - i ni jenis pemaaf... lagipun malas nak fikir benda2 yg dah tak der, bukan rezeki i dah... maybe orang yg mencuri tu lebih memerlukan sandal tu more than i do....

Anonymous said...

ala.. kat masjidil haram pun selipar kena kebas... ini kan pulak kat malaysia.. he he he

shahril aley said...

tak baik pelangkong & piat telinga anak orang tu....bulan ramadhan banyak menguji kesabaran & keimanan umat islam...anggap ia sebagai pengganda pahala setelah kita berjaya menempuhnya...rajin ye pegi terawih jauh2...nak tukar selera makan moreh ke?? ;)

Rush Murad said...

anonymous - tu la pasal... dah jodoh tak panjang dengan sandal tu..

shahril - anak orang... silap haribulan budak2 bujang yg dok berlonggok depan masjid tu, org lain dok solat kat dalam, depa dok bersembang huhahuha kat luar... suspicious tau.. makan moreh? so far baru sekali dapat rasa makan moreh kat sini.... macam tak der makan2 plak... hiksss..

shahril aley said...

tak pe la rush niat baik pasti dibalas baik juga.moreh biasanye ikut kemampuan org ramai nak beramal jariah di bulan pose....klu tak de nak buat macamane....tak de rezeki la.takkan shopping sakan tak de buah tgn untuk kaum famili jauh nun di sana?

Serial Plant Killer said...

U think it's in India? Mmg best kalau dpt watch sunset kat Taj Mahal or the old palaces kat Jaipur. Congrats - dpt recognition letter or big fat bonuslah 2. It's nice when your effort and contributions are recognized.

Rush Murad said...

shahril - i dah post materials for my parents utk buat baju raya, normally i yg belikan and we will wear it on first day raya... semua sedondon... satu family kaler purple/lilac tahun ni...

nurul- yer la N cik adik, tu kat India, selalunya area Kashmir yg terkenal dgn sampan lonjong kat tasek.. teruja? i nak pi red fotress... kalau affordable nak jugak stay situ. tak tau lah fat mana bonus tu, tu yg kena congak2 for my trip next year.. dapat pun tahun depan.. insyaAllah... ke Jaipur kita... hiksss