Wednesday, September 27, 2006

Rahsia Rahmat Ramadhan Rush

Maghrib, 1 Ramadhan 1427, di atas sejadah..... menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, Penghulu segala bulan, bulan segala Rahmat..... selesai memberi salam, aku menadah tangan untuk berdoa, mulut aku terkunci apabila tiba-tiba seluruh anggota tubuh terasa begitu ringan, seringan kapas ditiup angin. Segala urat dan sendi yang tersimpul ketat kini terungkai. Aku terdiam cuba memikirkan sesuatu. Aku merenung tepat ke arah hujung sejadah sambil tangan masih lagi menadah ke langit seperti seorang pengemis. Tidak aku pasti kenapa dengan sendirinya airmata ini bercucuran, aku menahan....... sebaik aku membuka mulut menyebut 'Ya Allah!.., Ya Rabbii.....' aku terus teresak-esak menangis, tangisan aku semakin kuat, semakin sayu dan lisanku terketar-ketar. Maha Suci Engkau Ya Allah!!! segala puji hanya untukMu, betapa manisnya Rahmat yang kau berikan pada diri hambaMu ini Ya Allah!
Babak di atas sejadah itu...... tidak hanya sampai di situ, tetapi cukuplah rasanya aku berkongsi pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum ini sepanjang bernafas di bumi Tuhan.

sujud

Selesai bingkas dari solat, aku cuba menenangkan diri, tetapi airmata masih tidak putus-putus berlinang. Teringat kata-kata yang terdapat di blog seorang kenalan, hendaklah kita bermaaf-maafan sebelum tibanya Ramadhan. Aku capai telefon, dan insan pertama yang akan aku memohon maaf ialah dari seorang wanita yang telah melahirkan, membesarkan dan mendidik aku - mak. Aku pura-pura untuk kedengaran ceria, tetapi pendengaran mak masih tajam dan beliau dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Aku sempat meminta ampun dan maaf, minta dihalalkan segala makan minum dan maafkan segala salah silap aku. Aku cepat-cepat meletak ganggang telefon, kerana airmata sudah mula deras mengalir dan tekak pula terasa tersekat-sekat. Selang beberapa minit, aku terima sms dari Anita "mak tak berhenti menangis coz dia tau something wrong with you, kau sakit ke?"... aku jawab ringkas "im ok, cuma nak minta maaf jer"..... sms aku dibalas "mak kata kau tak ada dosa apa2 dengan dia... minta maaf dengan Allah'. Aku terduduk.... tersimpuh di penjuru katil, aku menangis sepuas-puasnya, cukup tersentuh dengan ayat sms terakhir. Mak seakan mengerti apa yang sedang aku lalui pada masa ini. Pertemuan aku dengan Ramadhan kali ini sungguh berbeza, sungguh memberi kesan dan tidak tergambar kenikmatannya. Semoga Allah kekalkan rahmatNya ini kepadaku walaupun sesudah Ramadhan. Amiiinn..........
Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w bangun pada malam hari untuk mendirikan sembahyang, baginda akan berdoa:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْتُ وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ أَنْتَ إِلَهِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Yang bermaksud: Segala puji bagiMu. Engkau adalah cahaya langit dan bumi. Segala puji bagiMu. Engkaulah yang mengatur segala urusan makhluk di langit dan di bumi. Segala puji hanyalah bagiMu. Engkau adalah Tuhan di langit dan bumi serta semua yang terkandung di antara keduanya. Engkau adalah benar. JanjiMu adalah benar. FirmanMu adalah benar. Peristiwa perjumpaan denganMu (Hari Akhirat) adalah benar. Syurga adalah benar. Neraka adalah benar. Hari Kiamat adalah benar. Ya Allah! Hanya kepadaMu aku berserah. KepadaMu jugalah aku beriman. KepadaMu jugalah aku bertawakkal. KepangkuanMu jugalah aku kembali. KepadaMu jugalah aku mengadu. KepadaMu jugalah aku mengambil keputusan. Maka ampunilah daku, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan dosa-dosaku yang akan datang, yang aku lakukan secara diam-diam ataupun terang-terangan. Engkau adalah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau

9 comments:

Red Mummy said...

B+ lam group B or AB?

i got so headache lately ni lah....

salam lalu bang tepak.

Xis said...

Rush
you cried? Really? But your what your mom said really touched me. She must have understood you well coz she was the one who gave birth to you, and raised you up to what you are right now. Rush, whenever you're free, just listen to Celine Dion's Goodbye's The Saddest Word. It's a song for a mother..

Serial Plant Killer said...

A mum sometimes can tell whether ur happy and especially when ur sad. I guess it's true what ppl say abt maternal instincts. When my mum come & stays with me, I sedar dia usap rambut and badan I semasa I tido. Rasa syahdu sangat. Bila dengar lagu Sudirman - Ayah & Ibu tu pun I boleh nangis. Esok I nak balik berbuka dengan my mum....

rush murad said...

RedMom- i tau kenapa u pening2 kepala...aarrr... i know what u did last week.....

xis-i ni bukan jenis cengeng/gembeng/kememeh.... i ni susah sgt nak nangis, boleh kira lah berapa byk air mata i ni jatuh so far (sebelum kejadian ahad lepas)... even my late grandma yg sangat2 i sayang n manja passaway... i cuma menitiskan beberapa titik air mata. But awal Ramadhan kelmarin.... terlalu berbeza, terlalu istimewa... penuh dengan rahsia...

Nurul-dah nama pun mum, mak, ibu... yg melahirkan... she knows us better than ourselves sometimes... i kalau nampak 'ibu' kat mana2, selalu teringat my mom... pimpin tangan anak, pi bawa jalan, pi pasar, pi shopping etc.... emmm... masa kecik2 macam tu ler... la ni, i plak yg selalu bawak dia pi shopping.... sure u makan sedap2 kat rumah ur mom kan? jelesss...

THE HONOURABLE SHAH said...

rush,

allah approaches us in various ways to tell us that He really loves us.

Rush Murad said...

shah-until at the very moment, if i recall that 'lovely' evening of Ramadhan, i will cry or almost cry... dont know why, maybe i've done a lot of sin? wrongdoing? etc... and yet Allah still show me His mercy and loves.... He shows the right path to follow...may Allah forgive me..

THE HONOURABLE SHAH said...

insya allah. never stop praying as the heaven's gate misses you.

shah

Anonymous said...

hmm.. this is the second time i baca entry nie and dua2 kali nangis yang takleh nak cover dah.. donno why.. but there's something yang buat i so touch..
wish u all the best and may Allah bless u.
moga sesamer kiter mendapat rahmat di bulan yang mulia ini..

azam said...

Gosh.. i'm so touched with this post. The last time i hear my mother's voice was last sunday. She sounds so cheerful as she knows i'm buying her new sofa.. its for you Mom!!