Monday, September 11, 2006

Ke Mana Mahu Pergi?

Ceux-ci sont les photos d'endroits que j'ai projeté d'aller pendant les vacances Eid-Fitr. Je ne prenais pas toujours de décision à laquelle la destination je devrais aller. Devrais-je juste saisir mon sac et aller à quelques belles plages ensoleillées ?

Destinasiku....

Sejak kelmarin aku masih bercongak-congak, musim Aidilfitri nanti mahu ke mana? Aku sudah pun beli tiket untuk pulang ke Johor Bahru dan sebentar tadi dah pun memohon cuti raya. Aku akan berada di bumi bertuah 'Permata' ni selama 10 hari, lama benar rasanya. Memandangkan kampung aku sekelumit atau sekangkang kera sahaja, dan saudara-mara pula semuanya tinggal berdekatan, maka aku buat keputusan untuk 'jalan-jalan' ke negara luar. Ya, aku dah tepu sekali lagi, perlu keluar negara.... persoalannya... perlu ke? ke mana pula kali ini? mulanya bercadang mahu ke kampung halaman Rhon di Padang, Sumatera, kemudian dia tiba-tiba menyarankan ke Bandung sahaja kerana dia pernah menuntut dan menetap di sana, aku macam keberatan. Terasa pula ingin ke Bangalore, India bila lihat promosi Jetstar Asia, tak kurang menarik juga kalau menjengah ke Hanoi atau Macau. Ke Bangkok? mungkin tidak, tetapi kalau ke Pulau Krabi mungkin. Ke Darwin, Australia.....emmmm.... tak ada apa sangat di sana, lebih-lebih tengok Kangaroo melompat-lompat. Tunggu saja MATTA dalam beberapa hari lagi, kemudian baru buat keputusan mahu ke mana. Ada sesiapa nak beri cadangan atau offer beraya di kampung mereka?
Hujung minggu depan berkursus di Singapura, memandangkan aku bertolak lebih awal dari tarikh kursus, maka aku bercadang menziarahi dan menyambut Ramadhan bersama Rhon sekeluarga di Pulau Batam, Indonesia. Kemudian sambung bercuti di Johor sambil membuat persiapan Aidilfitri. Hujung minggu ni pula mungkin ke Bandar Seri Begawan, Brunei kerana menjadi 'pemandu pelancong' kepada sahabat yang akan 'cuti-cuti' di Miri ni.

No comments: