Tuesday, September 12, 2006

Kalendar Atas Meja

Pandang-pandang, jeling-jeling kat kalendar atas meja ni. Dah masuk bulan September, lepas tu Oktober, lagi dua bulan lepas tu dah penghujung tahun 2006. Macam-macam rencana berlegar kat kepala ni, dan semenjak semalam aku betul-betul 'blur' kat tempat kerja. Aku kena keluar dari Miri secepat mungkin, tak sabar nak tunggu hujung minggu depan. Nasib baik si Azman Abdullah nak datang ke Miri hari Jumaat nanti, maka dah macam-macam rencana aku buat. Lagipun dia datang dengan 'buddy' dia, nak sambut birthday dia kat sini, nak makan seafoods sedap-sedap di Miri, nak bersantai 'tanning' di tepian pantai. Lately ni aku asyik terfikir hendak 'pulang' ke Indonesia, kuat sangat perasaan tu, saban hari aku dok cari flight schedule ke sana. Bercongak-congak tarikh dan masa yang sesuai, kena pergi juga sebelum akhir tahun. Pasti nanti ramai yang tertanya kenapa ada tarikan kuat di Indonesia, jawapannya hanya aku dan Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu. Entah dah berapa banyak kali aku menjejaki kaki ke sana.......... tarikan 'keturunan' dan 'darah tumpah' atuk dan moyang agaknya yang seakan-akan memanggil "jangan lupa asal-usul".

Sate Jawa

Kali terakhir aku ke negara seberang tu ialah masa sambut Aidil Adha tahun lepas, sekitar Februari 2005, masa tu aku sambut di Jogja setelah beberapa hari di Jakarta. Naik keretapi First Class yang tambangnya lebih mahal dari tambang kapal terbang. Mengharap nak menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan, hampa belaka kerana hujan turun hampir di setiap daerah. Dari Jogja aku terbang pula ke Bali untuk beberapa hari sebelum pulang terus ke Johor. Rasa seperti sudah bertahun-tahun lamanya aku tak 'pulang' ke Indonesia. InsyaAllah, aku akan sambut Ramadhan di Batam (tetapi suasana di Batam berbeza dari pulau Jawa, Batam tak banyak beza dari Tanah Melayu, dan sememangnya pun Batam dahulunya sebahagian dari Empayar Johor-Riau). Aidil Fitri nanti congak-congak akan ke Bandung, kalau sempat singgah ke Jakarta sekali. Pasti banyak rumah yang aku nak kunjungi kalau ke sana, termasuklah ke rumah pelakon siri Hikmah kat Astro Ria tu, sapa tatau?

Terpandang paspot dalam laci, dibelek-belek, kali terakhir ke Indonesia ialah pada 12 Jun 2005 rupanya. Kemana saja...

2 comments:

R4K35H said...

no matter where we hail from, the memories of our descendend will always be with us and i understand when you say that you dont get enough of your birth soil.......... take care and chiozzzzzzzzz

blackpurple said...

Hmmmm....Teringin juga ber'Ramadhan' dan ber'Syawal' di kampung halaman atuk moyang.......InsyaAllah suatu hari nanti kalau diizinkan...