Monday, September 11, 2006

Dalam Benak Ini........

Perasaan RINDU melanda. Rindu pada seseorang, seseorang yang selalu ada dalam kalbu dan fikiran. Entahlah..... susah sungguh nak menafsirkan perasaan ni, bukan sengaja dibuat-buat, tiba-tiba datang menerjah, kemudian meninggalkan kesan-kesan yang sukar diluput. Kenapalah kau tercipta bukan untukku? Maha Mengetahui Ya Rabbi..... kenapa dia bukan untuk diri dan hidup ini? Kenapa aku harus menanggung perasaan ini? Perlukah aku melalui perjalanan yang amat panjang dan jenuh ini? Hidupku hanya untukMu Ya Rahman. Aku mengecapi kebahagiaan ini juga kerana limpah kurniaMu..... tetapi..... aku tetap bersyukur.... aku bersyukur.... walau ianya tidak sesempurna yang diimpikan. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui segala isi hati ini, segala apa yang bergejolak di raga ini. Perasaan Rindu ini juga anugerah dariMu, sehingga kadang-kala sukar untuk aku memahami dan menanggungnya.

Al-Baqarah 2:32

They said: "Glory to Thee: of knowledge we have none, save what Thou hast taught us: in truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom." (Al-Baqarah, Surah: 2, Ayat: 32)
Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

No comments: