Tuesday, August 15, 2006

Puisi: Dalam Getar Membara

Dalam Getar Membara


Sejak kebelakangan ini banyak perkara yang berlegar di fikiran, agak dalam juga berfikir, fikir tentang diri sendiri dan perhubungan dengan Maha Pencipta. Selalunya dalam meneruskan hidup di bumi Allah ini, akan ada satu ketika kita dipertemukan dengan suatu persimpangan, kita akan tiba-tiba tersedar dari lamunan yang agak panjang, di mana kita dituntut untuk membuat keputusan yang akan menentukan sebab-musabab kewujudan kita, menentukan hala tuju hidup yang seterusnya dan bercongak-congak apa yang kita mahu dalam hidup ini dan hari kemudian.

Sebenarnya situasi hampir serupa pernah berlaku 4 tahun dulu, maka terciptalah puisi "Dalam Getar Membara" yang serba sedikit menggambarkan apa yang ada dalam fikiran dan perasaan. Antara lain puisi ini menceritakan apa yang ada di dalam hati nurani, fikiran dan pengetahun agama yang sangat terhad. Sebelum kita lahir ke dunia ini, roh kita telah berjanji kepada yang Maha Esa bahawa kita akan akur kepada perintahNya. Kita tidak sabar-sabar untuk melihat dunia, tetapi setelah kita lahir, dari semasa ke semasa, kita lupa akan segala janji kita kepada Al-Khalid, kita engkar segala arahanNya, kita semakin jauh terpesong.... maka tiba-tiba kita tersedar, seperti ada 'unconcious signal' yang memberitahu bahawa kita wajib kembali memegang janji, kembali kepada fitrah.

Lagu 'Hikmah' yang kita dengar ini merupakan lagu nyanyian artis Indonesia, Netta KD Danii, hasil ciptaan Chossy Pratama, original sound track sinetron Hikmah. Setiap kali mendengar lagu ini, setiap kali itu juga perasaan menjadi sayu, insaf dan mengimbau peristiwa lampau. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ini, pasti ada hikmahnya, yakinlah.... Allah itu Maha Mengetahui!

8 comments:

Pnut said...

Najmi suka menonton cerita hikmah ni...dan dia suka lagu ni...siap boleh nyanyi-nyanyi sekali kan...

bitiqe said...

abang suka sinetron juga ya??? hehe gak sangka, kirain pria postmodernist seperti abang tidak interest with this kinda things.

by the way, bus way, subway....dapat downlod dimana tu lagu hikmah?
abang punya mp3 nya il divo itu? kirimin donk via email...aku sampai detik ini pun blun cari cd nya...heheee...bukan karena tak ada waktu tapi emang bokek!

perjalanan hidup said...

donk katanya kan? aku sker gila citer hikmah 2 tu. Jahat watak eva dalam citer tu but still aku sker sara dia bawak watak tu.

Rush Murad said...

pinta - terrer anak kau ek? cepat tangkap segala.... insaf dengar lagu hikmah ni..

julia - pria postmodernist juga punya 'the other side of feeling', cuman sinetron Hikmah doang koq. mau mp3 il divo, surf aja di site mbak maya http://mayakim.multiply.com/music

dirtypap - lagu hikmah tu cari kat site maya yg kat atas tu. si eva ni lebih benci aku tengok muka dia berbanding si fifi. kalau fifi tu kena buat2 muka, yg dia ni tak payah buat2 muka, memang tengok pun dah benci. aku selalunya terbawa2 lepas tengok citer ni, marah, geram... kekadang hilang mood...ehehheehhee....

blackpurple said...

Setiap sesuatu itu memang ada hikmahnya Rush..Cari maknanya yang tersirat...

Hidup ini lakonan. Dia dah bekalkan kita skrip AlQuran dan Hadith... Pilihlah watak kita. Samada hero atau crook..Dan tunggu anugerahNya 'di sana' nanti...

Rush Murad said...

blackpurple - "..... Dan tunggulah anugerahNya di sana nanti...." aku takut sangat.... yang amat sangat! sebab aku tahu.... siapa diri aku. Insaf!

Antonio Serrano Rubio said...

por favor traduzca este para mí? gracias!

Rush Murad said...

antonio - es sobre mí realmente. sobre quien somos, después de tantos años, de repente realizamos donde están nosotros dirigiéndose para parar. todas las malas cosas y volver a la vida buena, a Dios.