Friday, August 25, 2006

Bagai Pinang DiBelah Dua.........

Mala & Hatta Wedding

Semenjak aku berpindah ke Miri, inilah kali pertama aku mengenakan baju melayu lengkap. Baju Kurung Teluk Belanga yang menjadi identiti orang Johor. Terasa seperti berada di semenanjung pula, lengkap berkain samping songket tenun dari Terengganu dan bersongkok baldu yang dibeli di Alor Setar. Teringat-ingat pula kampung halaman, kalau sebelum ni aku memang selalu berpakaian begini, sebab banyak majlis dan acara yang dihadiri mensyaratkan berpakaian batik atau tradisional. Dan memandangkan aku agak aktif dalam UMNO, NGO dan macam-macam lagi, maka setiap tahun pasti beberapa helai akan ditempah. Macam-macam koleksi warna ada, begitu juga dengan kain samping, selalunya yang ditenun tangan dari Terengganu menjadi pilihan.
Bercerita mengenai Baju Kurung Teluk Belanga ni, biarlah kita sorot sedikit sejarah mengenainya. Baju Melayu Johor 'Kurung Teluk Belanga' sudah dikenali sejak awal abad yang ke-18 dan diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar sebagai memperingati perpindahan pusat pemerintahan dari Teluk Belanga di Singapura ke Tanjung Puteri (sekarang dikenali sebagai Johor Bahru). Perpindahan pusat pemerintahan ke Tanjung Puteri pada 1866 tersebut makin memperkukuhkan gaya baju Melayu itu sehingga menerbitkan jati diri budaya orang Melayu Johor. Seperti mendapat suatu 'aura' setelah lengkap berpakaian baju kurung Teluk Belanga ni, rasa macam nak naik pelamin pun ada....how?
Semalam merupakan hari pernikahan Mala dan Hatta, staff di sini. Mala berasal dari Muar-Johor dan Hatta pula dari Kuching-Sarawak. Mulanya aku agak kurang pasti dan janggal nak mengenakan baju Melayu ni, sebab katanya cuma majlis 'makan-makan kecil' dan dari senarai nama jemputan tu, macam tak ramai. Disebabkan aku dah 'meroyan' nak pakai baju Melayu, maka dikuatkan juga semangat pakai baju 'raw silk' ungu dari India yang dah 3 tahun siap ni. Ternyata, majlis yang 'simple' ni menjadi meriah dengan paluan kompang segala. Ramai saudara-mara Mala dari Johor yang hadir berbaju kurung Teluk Belanga. Sebelum tu, aku memang dah berjanji dengan Suraya (she is a Geologist kat sini) untuk pergi ke majlis tu bersama-sama, pakai pakaian yang warna sedondon dan akhirnya sempat posing-posing kat dalam rumah aku. Lepas ni siaplah... gossip..... siap ada yang bertanya kat aku 'is she your girl friend?' dan dia pun juga ditalu soalan yang sama..... By the way, Suraya tu pun orang Johor, sebelah daerah jer.

18 comments:

Kroll said...

wah.. ko gitulah kan... tetap bergaya walau dimana jua berada.. campak kat hutan pun leh hidup...

Rush Murad said...

kroll - eh.... macam mana leh tersesat masuk sini??? miri ni tak ler hutan... marah orang miri kalau dengar. best apa stay sini... aman damai.... cuma kekadang boring tahap cipan hiksssss...

Xis said...

Rush
guess what.. it's cool to see you in baju melayu kurung teluk belanga. Nice color. Just like you have a collection of baju melayu as well. But those are just for Raya and wedding. :)

daribilikini said...

segak teruna berbaju melayu
ayunya dara berselendang merah
adakah dia cik mek yang satu
membuatEn. Rush tak tentu arah?

nampak macam tak perlu duromin pun...

Rush Murad said...

xis - ur turn now to put up on ur blog... wearing baju melayu. mesti segak bergaya....

dbi -

harum semerbak baunya gaharu
segar mekar di taman beradu
bukanlah dia cik mek yang baru
sekadar rakan teman mengadu

perut jer yg buncit sikit ni.. macam bapak2 orang dah... tak moh!

Serial Plant Killer said...
This comment has been removed by a blog administrator.
blackpurple said...

Anda nampak extra macho bila ber'teluk belanga'... betul2 nampak lelaki asli johor....

..ada gak baju teluk belanga tu 1-2 pasang, tapi lebih selesa bila memakainya bersampin di sebelah dalam... :)

:: samasam :: said...

segak !! =)

Serial Plant Killer said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Serial Plant Killer said...

Some women find buncit or botak tu seksi. Check out Pugly's posting on 10 Sexiest Attributes in a Man. Bukan ke dah sampai seru jadi bapak org :D. Duromin tu amendenye?

Kroll said...

ah ah rush... ko biler nak jadi bapak? dulu dgr nak bersanding tapi mcm dah jadi pelamin angan ku musnah lak..

perjalanan hidup said...

nape pakai samping kat luar? bukan ke kena pakai samping kat dalam kalo berbaju kurung teluk belanga? *matila fashion critic. hik!

Xis said...

Rush
insya'allah.. I will post it soon especially since Ramadhan and Raya are approaching.. I'll keep you informed.

Sleepless in Gelugoq said...

fuiyooo segak menawan kau memang da bomb..
heheh.. moga2 cepat sampai seru!

Rush Murad said...

blackpurple - macam mana 'extra' macho tu? ikut keadaan, samada nak pakai dagang luar atau dagang dalam. kalau samping tu panjang, selalunya pakai dagang dalam, dan kalau ke Istana Sultan, tak boleh dagang luar.

samasam - thanx! berkenan???

Nurul - i dah baca pretty ugly punya blog tu. interesting how woman look at man... from different perspective. apa pun, i tak nak buncit!

kroll - tu citer lama.... biarlah jadi kenangan... tak der jodoh

dpap - actually baju silk i tu agak pendek dan kain tu agak 'kejung', macam tak sesuai nak dagang dalam. kain samping pun macam tak cukup panjang sampai ke bawah lutut.

xis - sure u pun 'extra' macho kalau berbaju Melayu kan?

sleepless in gelugoq - ruffedge dulu pun bilang kat i 'u ni rush, really da bomb kalau pakai apa pun' yer ker? thanx for ur doa... amiinnn.... anak mami penang tak dak nak kenalkan ka?

Xis said...

Rush
as promised.. you may check it out at my site. Extra macho? that's only in the eye of the beholder.. :)

:: samasam :: said...

berkenan? erk..sikit la. hehe. =P

Anonymous said...

awal yang baik