Friday, July 14, 2006

Sambal Tumis Ikan Bilis Mak


Bukit Timbalan View
Originally uploaded by rushmurad.

Tu ler antara bekalan yang aku bawa balik ke Miri dari JB. Selain sambal tumis ikan bilis masakan mak, ada jugak sambal tumis sotong kering. Bukannya aku tak reti nak masak tu semua, tapi 'air tangan' masakan mak sendiri seperti ada kuasa 'magis', seperti ada ummmpphhh! tersendiri. Aku bawa balik kuih bahulu (beli kat Giant jer), roti Gardenia yang memang tak der jual kat Miri ni, my fav Toast'em Raisin Oatmeal, Banana QuickBites, Twiggies etc (dah macam budak-budak kecik plak aku ni ek). Tu belum kira 'jajan' yang merepek-meraban, naik penuh luggage dengan makanan. Tak citer lagi pasal shopping kat Singapore, it was really great with really superb bargain! Rasa macam tak cukup waktu bershopping kat sana.

Apa aku beli? Tok sah ler nak citer, apa yang aku hajat semua dapat kecuali kasut Timberland yang tak der saiz tuh, dah tu menyesal tak grab T-shirt Timberland yang sempoi. Butik Dunhill kat Takashimaya tu dua kali aku masuk, paling aku ralat dan still confuse ialah, macam mana underware Calvin Klein yang aku beli tu boleh ghaib! 2 pieces plak tu. Takan tertinggal kat kaunter? tapi kenapa plak undershirt Calvin Klein yang 4 keping tu ada dalam beg but not the underware? Jangan-jangan orang Bunian pinjam tak? uhukkssss......harus sexy!

Semua berjalan lancar seperti yang dirancang, mak terkejut tengok aku dah tercegat kat dining hall tu, Happy Birthday mak! After the fantastic Chinese dinner, we all berkaraoke, Linda siap nyanyi lagu-lagu Dangdut nih. Sabtu kenduri, ramai ler yang datang dari pagi sampai ke malam, macam sambut raya jer. Rupanya Tepak Sireh ada 'silent reader' kat jb, bila baca entry durian 1 lori, terus call my sister to confirm. Apapun, memang sedap durian dari Kampung Sawah, Gunung Pulai. Zaimi makan tak hengat dunia!. Saturday night dah ke Singapore with Jepun, Zaimi and Abi. Stay 1 malam kat sana, pepagi dah pi breakfast kat Arab Street, then terus sambung aktiviti shopping sampai ke malam. Monday tu lunch dengan ex-colleague PTP kat Saujana Seafoods, pi Menara Landmark beli laptop, malam plak dengan YAM Tunku kat C'Yew Restaurant, banyak sangat perkara nak disembang, again we end-up almost mid-nite. Selasa, pepagi dah ikut mak and Anita pi pasar, makan nasi lemak bungkus daun pisang, sedaaaappppp. Went to barber, potong rambut sampai pendek, crew cut katanya, yes I'm happy with my new look. Pic kat atas tu ialah kawasan Bukit Timbalan pada waktu malam, sempat snap masa pi beli DVD, have I told you that JB is the epicentre for pirated DVD in the world? lariiiiiiiiiiiii........................

7 comments:

perjalanan hidup said...

amboi! kemain lagi shopping sakan kat jb n spore. ari tu aku balik jb gak. carik dvd grey's anatomy season 1 tapi tak jumpa. so borong dvd ps2 jor. skang dvd kurang kat jb sebab banyak kali kena raid...

bitiqe said...

selamat ulang tahun buat mak nya bang rashidi ... semoga sehat dan panjang umur.
ummmm....kenapa tak bilang JB tu pusat nya DVD bajakan? pasti julia dah borong DVD when i was there ....hehehee

Iced Nyior said...

haha..dulu masa dok miri pon sll angkut balik gardenia Toast Em & dunkin donuts dari KL.

Serial Plant Killer said...

After reading about ur shopping spree, regret betoi tak shopping kat S'pore last week.....Isykh....isykh....isykh.

Rush Murad said...

pap - kenapa plak kau balik jb ek? kau orang JB ker?

Julia - makasih yang mbak ucapannya buat ibu. memang JB itu pusatnya DVD bajakan, malu deh mau kasi tau orang luar. pokoknya lebih murah dari di jakarta, lumayanlah. kapan mau ke jb lagi?

iced nyior - pernah duduk kat Miri ke? menangis tak stay kat sini? uwaaaaaaaa.......... nak balikkkkkkkkk.....

Nurul - u pi singapore jugak? minah ni memang tak habis2 jenjalan, sekejap kat Dubai, kejap kat Cambodia... dalam masa terdekat ni mana plak?

Anonymous said...

Your are Nice. And so is your site! Maybe you need some more pictures. Will return in the near future.
»

Anonymous said...

Very nice site!
» »