Friday, July 28, 2006

Am I Ready For Marriage Now?


Surah An-Nisaa'. Ayat 25
Originally uploaded by
rushmurad.

"If any of you have not the means wherewith to wed free believing women, they may wed believing girls from among those whom your right hands possess: and Allah hath full knowledge about your faith. Ye are one from another: wed them with the leave of their owners, and give them their dowers, according to what is reasonable: they should be chaste, not lustful, nor taking paramours: when they are taken in wedlock, if they fall into shame, their punishment is half that for free women. This (permission) is for those among you who fear sin; but is better for you that ye practise self-restraint. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful". Surah An Nisaa'; Ayyah 25.

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu. Hadis Sahih Muslim.

Sejak dari kelmarin, aku memikirkan pasal nikah especially bila Rollie hantar sms "I should get married, get a nice and good husband, have kids, I feel so lonely...I dont want to live like this". Dia depressed sesangat sejak break-off dengan Sam. Pagi tadi semasa menghadap sarapan, Siti Salina bersuara 'Rush, its nice kan to be single?!, you can do whatever you want, go wherever you wish...tak der sesiapa nak larang....", confuse pulak aku, sebab dia ni lagi sebulan nak naik ke jinjang pelamin. Dan banyak lagi perkara bersentuh pasal nikah kahwin ni sepanjang minggu membuatkan aku berfikir serius pasal nak nikah. Memang sepatutnya aku dah ada keluarga sendiri dalam usia sebegini. Apa sebabnya aku tak nikah-nikah lagi??? Ramai sedara-mara, tok2 sedara, jiran-tetangga, teman2 yang tertanya-tanya, dengan pelbagai spekulasi dan saranan. Kekadang tu dah macam tak der modal nak tepis asakan mereka, tiada alasan konkrit.

Sebelum ni aku teragak-agak dan kurang pasti, tapi sekarang aku dah 100% bersedia untuk masuk ke alam perkahwinan. Alhamdulillah dan insyaAllah, aku boleh ' bela' anak orang, aku ada kerja yang stabil, ada sedikit wang simpanan, ada kenderaan 4 roda, ada beberapa buah rumah sendiri di Johor, sifat kasih sayang dan bertanggungjawab semakin menebal, especially bila tengok budak2 kecik, dalam hati berdetik bilalah agaknya aku nak ada anak sendiri, nak main2 dengan anak sendiri, bawa pi shopping, bawa pi travel etc. Bila balik kerja, nak sangat dengar suara budak2 kat dalam rumah, bukan macam sekarang.... sunyi sepi. Alhamdulillah juga, aku dikurniakan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat, semuanya berfungsi dengan normal, dijamin mantap!!!

Aku cerewet? tak jugak, setiap kita pasti ada 'citarasa' tersendiri. Aku nak cari yang macam mana? Tak der yang specific sebenarnya, asal sedap mata memandang, ada chemistry. Aku cepat tertarik dengan mereka yang mempunyai adab bercakap, ada sopan dan santun, kemudian baru tengok penampilan. Tak suka yang selekeh dan pengotor (tengok jari-jemari dia, kuku panjang? ada daki? rambut kusut masai? tengok gigi, berkarat? hehehehehe...), tak kisah ler pakai tudung ke tidak, kena pandai bergaul - boleh dibawa ketepi dan ketengah, berdikari - kalau aku outstation, dia pandai manage anak2 dan diri sendiri. Apapun aku sendiri adalah manusia biasa, serba kekurangan dan penuh kejahilan. Kena terima seadanya aku ni, tapi aku tetap berusaha keras menyempurnakan diri sebagai insan kamil.

Pokok persoalannya masih aku tak jawab, kenapa lambat nikah??? Firstly, sebelum ni kedudukan kewangan tak stabil - yer lah baru masuk 6 tahun aku bekerja dan aku tersangat boros. Kedua, aku masih nak enjoy alam bujang sepuas-puasnya (sekarang ni dah puas, sampai naik muak). Ketiga, aku tak jumpa wanita yang betul2 dapat membuka hati aku ni. Bohong kalau aku kata tak pernah suka sesiapa, memang ada beberapa orang wanita sepanjang hidup aku ni. Pertama, Hadijah - teman sekolah menengah, lepas masuk Universiti, dia terus lenyap, tahun lepas jumpa dia setelah lebih 10 tahun menghilang, dah jadi isteri dan mak orang, out of shape sesangat hiksss. Then, classmate aku dari sekolah rendah sampai ler menegah - Suzana, aku memang rapat dengan dia, tapi tak pernah nak cintan-cintun. Setelah lebih 10 tahun terputus hubungan, Aidilfitri tahun lepas kami reunion, dia maintain ceria, semakin anggun dengan kebaya ketat, kulit makin cerah dan gebu, cantik sungguh. Lepas tu masa kat Universiti, dengan Along - aku angggap biasa jer walaupun dia 'wanita mithali', sopan, cerdik dan lemah-lembut, tapi aku tak der chemistry. Kesian dia tunggu aku bertahun2, keluarga dia tak dapat terima hakikat yang aku tak nak menyunting anak dara mereka. Dan paling tragis, aku pernah jatuh hati kat wife orang yang sebaya dengan aku (atau dia yang jatuh hati kat aku?). Hubby dia kenalan aku dan 'rahsia' kami terbongkar, hampir2 aku nak disembelihnya, kena maki hamun segala.... kami tak buat apa2 pun, cuma sms jerrrrrr................ itu pun bertanya khabar.

Solution? Aku masih mencari, kali ni aku betul2 nak cari, suri di hati yang dapat bersama hingga ke akhir hayat. Resume? siapa yang nak hantar 'resume' tu, dipersilakan, aku amat mengalu-alukan. Nak rekomen adik, kakak, anak sedara, mak sedara, jiran-tetangga, sepupu-sepapat atau diri sendiri. Tak kira dari negara mana - Indonesia, Brunei, Singapura etc. Aku ni macam buat iklan murahan pulak, segan pun ada.... tapi bak kata orang tua2, kalau segan tak merasalah gamaknya........ Merasa apa tu??? Hadis Uqbah bin Amir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Syarat yang paling berhak kamu sempurnakan ialah perkara yang menyebabkan faraj iaitu kemaluan wanita menjadi halal untuk kamu. Hadis Sahih Muslim. Melopong besar mulut aku bila baca hadis nihhhhhhh..........................

21 comments:

Squeezy said...

Marriage is a sunnah & well-encouraged, but at the same time something which one can't force oneself to commit to. But, when you think you are ready & you have the right candidate, grab the chance while it's still 'hot!' Hehehe .... tapi apa-apa pun kita buat, jangan terburu-buru.

Enjoy your weekend!

Sham (Brunei)

Squeezy said...

I totally agree with Sham. Sometimes we do think .. "Why do i have to get married and burden myself with all the commitments?!" In this modern world, people think that being single is good. Few comments from Female friends saying " We dun need man?! We can live without them!" To think about it, there is a fact there in short term, but not in the long term. You will be old and alone! Think about it....

Ricardo

Mira Edora said...

Rush, I thought you were engaged before, what happened? Can you confirmed this please?

Ps: Your ex-school mate in Kulai.

Serial Plant Killer said...

Bold and honest posting....straight from the heart. There are a lot of ppl out there who are in the same boat you are in, especally when u r in ur 30s. The funny thing is u'll get this question 'Bila nak kahwin' from married ones. Am not in the position to give advise, since I also have to endure the same situation but u've got my empathy. Let's perform 'sembahyang hajat' and hope we'll find our compatible life partner.

Anonymous said...

Rush, all da best!

ali wacaaaaaaaaaa said...

woiii! anak aku dah beso, dah masuk darjah 4 dah, ko ni wife pun tarak.. ady, ko cekup mana2 awek Miri... wife aku kirim salam kat ko, bila nak turun Jb? seafood beb jangan lupa

syafrina-siregar said...

Same situation as i'm facing now:-)
But again, berserah diri pada-NYA.
Setiap insan ada jodohnya masing-masing. Terserah kita yang kena buka mata lebar-lebar dan berusaha.

Salam dari Batam

Anonymous said...

Abang, kuatkan semangat... tabah selalu. I know you can do it, sedih pula baca citer abang ni, lagu background pun sedih mendayu2. InsyaAllah.... Allah Maha Mengetahui.

Sleepless in Gelugoq said...

kena doa banyak2. moga cepat muncul org yg dicari tu.

mmg seronok idup bujang. tapi kalau dah umur baya kita ni..jemu dan sunyi tu sampai naik tepu, tak larat dah...
masa ni la kita terpikir nak carik teman idup.gud luck!

zali said...

Alhamdulillah... me as well... now preparing to get married i.e. mencari2 calon yg sesuai... hopefully within the next 2 years... InsyaAllah

miss semut said...

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman". (Al-Baqarah (2): 223)

---------------------------

so rash, carilah kebun yang ko berkenan utk tinggal. byk kebun2 kt dunia ni. kebun berpagar, kebun tak berpagar, kebun slekeh, tp banyak durian. kebun terjaga, tp buah takde. kebun terjaga dan buah sodap pun ader. kebun yg dah banyak bertukar tuan pun ader, kebun yang tak pernah bertuan pun ader. carilah kebun yg best. tapi jangan cari kebun yg dah ader tuan dah ler ;) kang kene tembak dengan tuan kebun hehehe

blackpurple said...

Kita mungkin agak serupa....

InsyaAllah...niat yang baik Allah akan permudahkan...

Anonymous said...

Ady, are you really sure you are ready? 100% sure? Jangan main2kan perasaan kaum hawa, tapi if you dah betul2 bersedia, baguslah macam tu. Aku tumpang gembira - knowing you my friend.....
(terharu aku baca entry kau ni...I'm happy for you)

Teman dunia dan akhirat... (kau tau aku siapa)

Rush Murad said...

To all, thanks a lot, terima kasih banyak2 for ur advice and support. Aku hanya berserah kepadaNya sambil cuba berusaha sedaya upaya. Mudah-mudahan ada rezeki berjodoh, kalau boleh nak tahun ni jugak (macam dah tak sabo plak...hiksss). Bukan terburu2, tapi macam dah dapat seru plak, macam orang nak pi naik haji, kalau dah sampai seru, tak leh tidak, nak pi jugak walau duit tak cukup... huikssss..
Ya Allah, semoga kau pertemukan aku dengan insan yang solehah dan mengamankan jiwa dan diri ini... Amiiinnnnn.....

Again to all, terima kasih sekali lagi.

Han said...

what do you think? If you think you're ready...physically,emotionally...go ahead.Hope all is well.

bitiqe said...

aku antar resume buat abang.. (BUKAN RESUME KU TAPI KAWANKU,hahahaaahaa)

Mencari jodoh ini susah susah gampang, bukan macam mencari kerja..cocok salary langsung sign! harus cocok segala lah... (aihh macam expert pulak aku di bidang jodoh ini!)

Mazudi said...

At last berjaya jugak baca entry yang panjang ni.
Kita takkan tau dunia orang kawin sehingga kita kawen, tapi bila kita dah kawin susah pulak nak jadi single balik.

aggressive alpine skiing said...
This comment has been removed by a blog administrator.
air business travel panama said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rush Murad said...

Han - yes I'm ready, but masih tak ada calon!

Julai - still waiting for the resume. pasti ramai cewek2 Indo yang mau ama abang ni.... hehehehe... perasan.

mazudi - statement 'mengerikan'.... dah kawin susah pulak nak jadi single balik. Bukan senang nak 'berhijrah' nih, perlukan pengorbanan...

nanieyghanie said...

yup..kawin ni mcm seru, bila Tuhan buka pintu hati kita, walaupun dulu x pernah terfikir/rasa utk berkahwin. entahlah, mungkin sebab faktor umur or persekitaran, buat kita rasa lonely. sebnyak mana pun kejayaan yg dicapai akan rasa lebih bermakna if dpt dikongsi dgn org tersayang.

tetapi biarla niat berkahwin tu ikhlas kerana Allah dan tuntutan agama, bukan semata-mata kerana nafsu.

wallahuam, banyak2kan berdoa kerana Dia Maha Mengetahui, supaya kita sentiasa redha dgn segala ketentuan-Nya.
Gud luck for you.
btw, if the resume offer still valid, let me know..haha