Saturday, May 27, 2006

Marrakesh: Day 2

Marrakesh

Baru balik dari souk, tersesat sampai lebih sejam dan berjalan beberapa kilometer. Sedar-sedar dah ada di luar kota, rupanya bandar ni dikelilingi kota yang cukup besar, beberapa kilometer, tapi seronok juga merentas lorong-lorong kecil di depan dan belakang kawasan kediaman. Ramai yang menegur disepanjang jalan, ramai ingat aku ni orang Japon, since semalam depa asyik jerit Japon! Japon! dan tak kurang juga terus tegur Malazia, bila beri salam, terus dipeluk, brother! we are brother, Malazie good people. Bangga jadi orang Malaysia!
Semalam sampai di Marrakech dah kul 5.15 petang waktu sini, 4 jam penerbangan dari Schipol, Amsterdam. Cuaca bagus, dingin tapi cerah, dekat dengan Pergunungan Atlas, so ada bayu dingin dari gunung. Lepas check-in kat Riad Sherazade, mandi (setelah 24 jam tak mandi), terus pi masjid dekat ni, solat dan pi dinner kat lapangan Jamaa El-Fna. Paling sedap ialah fresh orange juice, memang manis, pekat, refreshing, mereka jual dimerata lapangan, murah cu,a 3 dirham segelas. Makan salad tomato, kambing dimasak dengan kcang kuda, olive, carrot etc, cicah dengan roti keras. Macam2 pertunjukan ada, nyanyian, tarian, telek nasib..... until 2 pagi! Kemudian jumpa Charles dan rakan baik dia, Shiraz. Charles dari Paris dan Shiraz keturunan Tunisia dan Belanda menetap di Madrid, mereka jauh lebih muda dari aku but really fun dan sekejap jer dah ngam. We all merayau-rayau sekitar new city - moden, banyak cafe dan ramai orang-orang berpakaian lebih moden, seksi, upper class. Almost 2 pagi baru balik, aku sesat la pulak, sebab bandar ni macam maze, lorong-lorong kecil, sempit, semua nampak sama jer. Terpaksalah tanya budak2 yang masih ramai duduk melepak. Berhenti di sini dulu, susah nak menaip sebab keyboard ni tulisan Arab dan rumi plak berterabur tak ikut susunan, dekat sejam menaip ciput macam ni. Nak pi minum fresh orange juice lagi, for the 5th time hari ni, anyway, sekarang pukul 2 petang.

5 comments:

perjalanan hidup said...

bestnyer!

bitiqe said...

nice shoot .....

Rush Murad said...

bitiqe - will try to upload hundreds of nice photos, really exotic and beautiful. hope you r ok yaa....; muahhhh

perjalanan - ada rezeki, pi lah jalan2 kat morocco, memang mencabar!

Anonymous said...

i wanna go morocco .....

Anonymous said...

Nice colors. Keep up the good work. thnx!
»