Monday, January 23, 2006

A Year Ago Today....Bali

My creation



Aku masih gunakan diari tahun lepas kerana masih banyak nombor telefon dan alamat yang belum ditransfer. Tetiba terselak helaian 23 Januari 2005, ada sedikit catatan mengenai perjalanan dari Jogjakarta ke Bali. Mata terpaku membaca nota kecil yang diselitkan "Thanks abang! email me when you in Malaysia - Fahmy Al-Attas". Sepantas itu juga skrin memori memaparkan 'slideshow' QBar dan Kudos, tempat di mana aku bertemu Fahmy dan gengnya yang lain. Dipendekkan cerita, kenangan di Bali kali ni cukup indah. Sebenarnya tak merancang pun untuk ke Bali, memang tidak ada dalam Plan A ataupun Plan B. Pada mulanya hanya untuk ke Jakarta dan Jogja, entah mengapa tetiba bosan berada di Jogja, langsung terbang ke Bali dan Simon 'anak ikan' dari Jerman sudah pun menanti. Percutian kali ni lebih santai dan 'less hectic' berbanding tahun-tahun sudah kerana hampir semua tempat 'menarik dan wajib' dah aku jejaki sebelumnya. Apa yang menarik tentang Bali? Susah nak jawab, semacam ada suatu kuasa tarikan magis!

Fahmy banyak menunjukkan tempat makan yang sedap dan unik. Restoran Ketuphat misalnya, setting restoran di banglo lama ni memang cantik, especially pada waktu malam dengan pantulan cahaya di atas kolam renang. Gossip Restaurant, ini favourite aku, steak house dari Australia, big portion dan memang fresh dan sedap. Setting simple, cuma menggunakan perabut kayu lusuh dan canopy. Rata-rata pelanggan Gossip adalah omputeh dan harga makanan pun amat berpatutan. Desa Ramayana, cukup eksotik dan rasa seperti dalam 'alam kayangan' dewa-dewa Hindu. Makanan tempatan yang simple tetapi cara penyajian cukup teliti dan sempurna.

Suatu petang, aku sempat bermain beach volleyball dengan beberapa orang yang aku jumpa di QBar dan Kudos malam sebelumnya. Cukup meriah dengan jerit-pekik, hilai-tawa dan terasa sungguh keakraban. Mereka juga sempat jemput aku menghadiri parti ulang tahun salah seorang staff di Kudos. Vasstttt!!! One of the best birthday party I ever been. Segala macam manusia ada kat parti tu, siap ada show pelbagai, u know what I meant? figure it out. Bali- sentiasa dalam kenangan!

15 comments:

Asmadi said...

seronok membaca catatan perjalanan abg kat sana..cam best kalau dapat join bersama..kalau ada peluang dan rezeki nanti
blh saja abg nak add my blog kat blog list abg appreiate sgt..thanks
semoga abg juga bahagia dengan org tersayang di sana..mirikan saya ada branchkat sana ..nak tukar sana laa eheh!!

Rush Murad said...

jom lah tukar sini... abg stay sorang kat sini... kesian kan? jauh dari mak n abah kat JB. dah add kat list, semoga bertambah kenalan nanti.

Rho Mayda said...

Bali, senantiasa dalam kenangan? Betuuuuuuuuul....
Pulau tercinta. Paling seneng liburan ke sana. Jadi rindu... hehehehe...

Asmadi said...

terima kasih..insya allah madi akancuba usahakan..nak juga kalau ada kawan kat sana!!kalau kat miri sunyi gak takda sapa!!

Asmadi said...

hari ni 27 jan sy dah tanya hr.,kata ada kekosongan dan saya secara sukarela menawarkan diri nak ke sana..insya allah doakan saya bertukar ke Cawangan miri...abg sana pun semoga bergembira dan hati2 daki gua niah!!take care!!

Asmadi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
adi said...

perghh suka rela nie...power

travisfisher02730344 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. So please Click Here To Read My Blog

http://pennystockinvestment.blogspot.com

Asmadi said...

selamat kembali bekerja dan take care kat sana!!

Asmadi said...

eehh memang cam madi dah bapa saudara dia ehe..byk lagi koleksi gambar diorg semua!!nak nengok ke?mana gambar gua niah ni!!

Pnut said...

Ady camner ko kat sane..update le cerita terkini....ape la...

Rush Murad said...

ala pnut, bz laaa... parjo malas nak tolong aku.. :)
nanti ler aku nak download byk pic nih, pc opis tak leh nak download sesuka hati.. laptop aku plak buat hal...ishhhhh.... nak tgk blog kau plak...

Asmadi said...

entahlaa abg ni org dok tunggu ni citer gua niah..buktikan eheh..take care

Alina Chau said...

These are beautiful pictures!!

air ambulance england said...

I am here because of search results for blogs with a related topic to mine.
Please,accept my congratulations for your excellent work!
I have a air ambulance england site.
Come and check it out if you get time :-)
Best regards!