Thursday, December 28, 2006

Check-list 2007 & Eid-ul Adha

This would be the final entry for the year 2006. It has been a productive blogging year for Tepak Sireh, 70 entries within 12 months and approximately 32,000 hits/visitors. Also, Tepak Sireh celebrated its 100th posting in August this year. In year 2006, I've been blogging from various part of the globe - starting from the Oil City in Northern Borneo Island, down to the tips of mainland Asia - Johor Bahru, acrossed the causeway to Metropolitan Singapore, right under the roof of the tallest twin tower in the world - Kuala Lumpur City Center or KLCC, as far as Mystical Marrakesh in Morocco, accompanied by the sunshine of first day of Summer season in Scheveningen-The Hague, in 5 different branches of Coffeebean cafe, and of course - the comfort of my queen size bed. I would like to take this opportunity to thank all of you who have supported this blog and ultimately keep me blogging.

Happy New Year 2007

Sesekali kita perlu 'review' pencapaian kita sepanjang tahun, dan seterusnya merancang untuk menjadi lebih baik pada tahun akan datang. Mungkin sebahagian dari kita mempunyai azam tahun baru setiap kali tahun berganti, kadangkala azam tersebut tinggal azam atau janji kosong sahaja. Mungkin juga yang terlaksana cuma beberapa peratus, tetapi selagi kita mencuba dan ada usaha, insyaAllah... lambat laun akan tercapai jua, mungkin di waktu yang berbeza. Apa azam aku untuk tahun 2007 nanti? Aku ni memang jarang berazam segala, sebab akhirnya azam jadi pekasam.... tapi, nak juga buat check-list untuk tahun 2007. Jom....
1. Nak jejak kaki ke Makkah ul-Mukkarramah dan Madinah al-Munawwarah
2. Nak ziarah ke negara yang ada salji atau 4 musim
3. Nak langsaikan loan kereta yang masih puluhan ribu tu
4. Nak ziarah ke negara yang ada antara benda ajaib di dunia
5. Nak ambik lesen surfing & yachting
6. Nak kurangkan berat badan
7. Nak berpuasa Ramadhan di 3 buah negara berbeza
8. Nak belajar guna camera secara professional + beli camera canggih
9. Nak naik pelamin
10.Nak menjadi hamba yang lebih sempurna kepada Tuhannya, anak yang lebih soleh dan insan yang lebih kamil.

kaabah

Tidak ketinggalan juga, aku nak ucapkan selamat menyambut Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat di mana jua berada. Tahun ni sekali lagi aku tidak beraya di kampung halaman, tetapi di negeri orang - pengalaman baru, suasana baru tetapi tetap meriah juga rasanya. Awal tahun ni Raya Korban jatuh pada bulan Januari, aku sambut sorang-sorang kat dalam hotel di Miri ni - sedih banget. Tahun lepas pula aku sambut di sebuah kampung bernama Kulon Progo di Jogjakarta - syahdu sesangat tengok orang-orang kampung berjalan kaki dan berbasikal sahaja ke masjid (kalau kat tempat aku, segala macam kereta dan motorsikal ada). Solat di tengah-tengah padang luas beralas tikar/kanvas dan sejadah, kabus tebal, dingin dan.... rasa insaf sesangat. Tidak ada makanan yang istimewa dan hanya upacara menyembelih haiwan ternakan saja yang nampak meriah sikit, maklumlah ni kawasan petani dan pekebun. Apapun, sekali lagi ucapan selamat menyambut Eid-ul Adha kepada semua, maaf zahir dan batin!

Tuesday, December 26, 2006

Similajau National Park, Sarawak

Situated in Bintulu Division (about 30km from Bintulu Town and 2 hours drive from Miri) the national park provides recreational ground for the people within the central region of Sarawak. It has one of the most beautiful coastal areas in Malaysia with miles of unspoiled white and golden sand and rocky beaches facing the South China Sea. Similajau National Park initially gazetted with an areas of 7,064 hectares of virgin forest, starting from Sungai Likau in the south and as far as 30km stretch to Sungai Similajau to the north. Another 1,932 hectares of areas was extended to the park on 17 February 2000 this made the total areas to 8,996 hectares. Even though it's a small area of strip land running from North-South direction, approximately 30km, but it is rich in flora and fauna that provided nature lovers with rich experience and activities.

Similajau Trip Dec 2006

The flora consist of three main types namely; Beach, Kerangas and Mixed Dipterocarp Forest, which provide Home to various species of plants, trees and wildlife. Among the well-known plants found here are the Tongkat Ali (Eurycoma longisolia) and Bintangor trees (Barringtonia Asiatica). The terrestrial fauna of the park boasts 24 Recorded species of mammals, such as gibbons, banded langurs and long-tailed macaque. The Park records the presence of 185 species of birds, which include hornbills and migratory water birds like Storm's Stork. A very noteworthy reptile found here is the Saltwater Crocodile. Lucky visitors may be able to sight dolphins out amongst the waves. Occasionally, green turtles come ashore to lay their eggs. Visitors are advised that turtles are totally protected animals and that it is an offence to disturb them or their eggs.

Similajau Trip Dec 2006

Aktiviti hujung minggu kami sempena dengan cuti Krismas - Antz, Ella, Wanna, Yatee, Rhoni, Nizam dan Yus. Cadangan asal ingin bertolak seawal jam 8 pagi, tetapi akhirnya hampir jam 12 tengahari baru bertolak dari Miri, itupun setelah masing-masing mengisi perut dengan Nasi Briyani dan roti canai. Perjalanan yang lancar dan tenang mengambil masa sekitar 2 jam tanpa henti, ditemani cuaca yang sungguh sempurna dan pemandangan hutan sekunder dan ladang kelapa sawit. Setelah selesai 'check-in' di Chalet No. 5, kami langsung ke bandar Bintulu - satu lagi bandar minyak/gas di Malaysia. Selesai makan dan bersiar di sekitar pantai yang berombak deras, kami pulang semula ke Similajau. Pemandangan petang di Similajau sungguh mendamaikan dan tenteram. Bunyi unggas, serangga, desiran ombak..... terasa amat jauh sekali dari 'dunia luar'. Makan malam kami sediakan sendiri, berBBQ...elok hampir selesai makan, hujan turun mencurah-curah sehingga lewat pagi. Malam itu dipenuhi dengan gelak-tawa dan pelbagai cerita sambil bermain 'board games/card games'.

Keesokannya, ada yang awal-awal pagi sudah bangkit untuk jungle trekking dan morning walk. Beberapa orang antara kami menjelajah hutan Similajau, ke View Point sahaja, kerana jalan yang licin dan persiapan yang kurang lengkap membuatkan kami berfikir beberapa kali untuk melakukan jungle trekking 18km. Dalam perjalanan pulang, kami cuba membuat jalan pintas, tetapi denai telahpun dinaiki air laut, mau tidak mau kami terpaksa melalui kawasan 'sarang buaya'!!!!!!!!!! To Antz, aku memang respect kau sebab tak takut meredah hutan bakau, walaupun telah ada signage 'Awas Ada Buaya'. Acara terakhir hari kedua ialah mandi air laut yang keroh.... kerana hujan lebat dan monsoon. Selalunya air laut dan sungai di sini jernih, hijau dan membiru... menjadi tempat permainan beberapa spesis ikan dolphine. Terasa ingin ke sini lagi, meninjau ikan Dolphine, buaya air masin dan penyu. Ada yang berminat ikut serta?

Background Song: La Camisa Negra by Juanes

Thursday, December 21, 2006

Banjir.... Banjir..... Banjir.....

Cerita fenomena hujan lebat luar biasa dan bah besar di Johor Darul Takzim belum selesai. Aku mengikuti setiap butir berita perkembangan yang berlaku di negeri kelahiran. Hati semakin tidak tenteram apabila setiap kali keluar berita, air semakin melimpah, hujan tidak henti-henti, penduduk semakin ramai dipindahkan, jalan terputus, jambatan roboh dan macam-macam lagi. Terharu, sedih, cemas, gusar berbaur dengan simpati dan ikhsan. Kalau aku masih di Johor tatkala ini, mau saja aku membantu di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir. Kawasan atau daerah tempat keluarga aku tinggal sedikit terjejas, beberapa kampung tenggelam....tak dapat nak aku bayangkan teman-teman yang ramai tinggal di kawasan tersebut, apalah nasib mereka sekeluarga. Ini petikan perbualan aku dengan dua orang adik perempuan yang sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Kota Tinggi, Johor - kawasan Parlimen Tenggara di mana adik aku menjadi Ketua Puteri UMNO Bahagian. Rabu 20 Disember 2006. 11.30pm.

banjir 2

TS : Assalamualaikum. Noreen kat mana?
NN: W'salam, kami kat pusat pemindahan mangsa banjir. Along, kau tau tak..dah dua hari we all kat sini, dah tak larat ni, penat sangat sampai sakit-sakit pinggang. Hujan tak berhenti, cuma hari ni kurang sikit. Anita pun ada. Kat mana?
TS: kat Miri, saja nak tanya pasal banjir kat sana. I know that you all akan bantu kat pusat banjir, dah agak dah. Habis tu you all tidur sana ker? makan macam mana? YB H ada sekali?
NN: tumpang tidur rumah kawan kat Sibol, nak balik Kulai tak boleh, jalan terputus, kena ikut Simpang Renggam, Kluang.....masuk highway, jauh. Sungai Telor tak boleh lalu. Kesian tau diorang ni...Anita nak cakap ni...
AN: YB H dan Datuk B ada tadi, diorang pun sama-sama sibuk. Aku penat sangat ni, tidur tak cukup, dari pagi dah bangun siapkan makanan diorang, masak ramai-ramai. Makanan macam tak cukup, ada tempat tu diorang makan telur sebiji kongsi 4 orang, kesian sangat. Orang yang masuk tempat ni tak putus-putus, yang tua kena usung, yang kaki patah lah, yang sakit lah.... kesian sangat. Ramai orang tua kat sini.... yang terperangkap pun ada lagi.
TS: teruk sampai macam tu? kenapa tak cukup makanan? tak der bantuan ker?
AN: lori nak bawa makanan tak boleh masuk sini, jalan terputus. dah tu semua stesyen minyak habis bekalan petrol, tinggal yang merah jer. Lori tank tak boleh masuk. Semua budget dah hantar ke Kelantan dan Terengganu, diorang ingatkan kat sana ada banjir besar tak lama lagi, bantuan dah sampai sana. Yang kat Johor ni kena tunggu bantuan baru. Eh! semalam kau tengok tv tak?
TS: apasal? tengok jugak selang-seli TV3 ngan TV1
AN: muka aku masuk TV1, masa tu aku dengan YB H dan Datuk Nazri Aziz. Diorang melawat pusat. weii... kawasan kat Kulai pun banyak yang tenggelam, banyak kampung dah naik air. Rumah Mak Jah tu pun naik air dah, tak pernah-pernah sebelum ni. Kampung Rahmat, Jaya Sepakat, Seelong semua dah banjir, kawasan Sayong lagi teruk.
TS: rumah kita ok jer kan?
AN: Tak der masalah, tapi bandar Kulai dah banjir, abah terperangkap kat tengah bandar....heheehee, tu lah tengah hujan-hujan lebat masih nak merayap kat bandar, ada orang tolong hantar dia balik rumah. Jalan pi Taib Andak (kampung Mawi) tu banjir jugak, tak boleh jalan....
TS: Kalau aku kat sana, sure lah aku pun tengah sibuk jaga pusat pemindahan ni kan? Budak-budak UMNO tu sure dah cari aku.... kesiannya..... you all take care........................

banjir satellite

Image form MTSAT satellite - Malaysia Meteorological Department. 18 December 2006.

Harap-harap bencana alam semulajadi ni tidak berlarutan dan berpanjangan. Kalau ikutkan ramalan keadaan cuaca hujan akan mula reda mulai esok, tetapi kawasan sepanjang pantai timur semenanjung pula akan menerima hujan yang lebat. Aku doakan semoga semua mangsa banjir dan mereka yang terlibat dalam misi menyelamat dan membantu mangsa banjir tetap tabah, sabar dan cekal.

Monday, December 18, 2006

Hashing In Brunei

I was in Brunei last weekend, for the 5th times this year, and this time for few sensible reasons - first being so bored in Miri, secondly to meet up with friends in Bandar (Lady 'S' and Deng) and finally tour guided my friend who just joined the Company in Miri. Promised Deng that I will put a night at his new place, but due to unforeseen (or is it my own ignorance?) circumstances, we (Nizam "crab-crab") settled at Centrepoint Hotel in Gadong. We arrived in Bandar after less than 2 hours drive from Sungai Tujoh check-point, 2 hours later we already at Taman Peranginan Tasik, doing the hashing/jungle trekking with Lady 'S' as our leader. I found that I'm not fit enough (not a shock thingy as I've didn't do any regime exercise since Ramadhan) to climb the not-so-stiff hill, it's not that I got exhausted easily or lack of stamina, but while we halted at one of the pit-stop, my vision suddenly became sooooo blurred.... what I can see was a black-dotted-squared visionary. I almost pass-out! Ok, leave the full story behind... the Tasik (I can't see any tasik/lake around though, only a not-so-tall waterfall with big inviting natural pool) is well maintained with pleasant surrounding. Later, Lady 'S' brought us to this Italian Restaurant in Kiulap called Capers for dinner, I had lamb shank on top of penne and shared a sizeable 8 toppings's pizza plus good conversations, it was an absolute treat indeed! Dessert was Cafe Latte with cinnamon powder at Coffeebean before we moved on for our Saturday matinee at Gadong Mall. The Holiday starring Cameron Diaz, Kate Winslet, Jude Law, Jack Black (click here for the trailer) is such a perfect movie to watch around this festive season and thats complimented our lovely (plus hectic) day.

Taman Tasik

Disebabkan 'malu' tak boleh nak habiskan panjat bukit semalam, maka aku sarankan kepada Lady 'S' supaya kita buat sekali lagi di sebelah pagi Ahad. Kami tiba di tasik sekitar pukul 7.30 pagi, hari dah begitu cerah dan ada juga yang sudah selesai jogging, hashing dan beriadah. Kali ini aku berjaya sampai ke puncak bukit tanpa berhenti di mana-mana 'pit-stop'. Lenguh sungguh lutut yang kekurangan cecair/lubricant ni, karat semacam. Dari atas bukit boleh nampak sebahagian Bandar, especially kubah emas Masjid Wakaf yang cantik dan unik. Naik-turun bukit ikut jungle trail, kemudian langsung ke kawasan air terjun. Kami bersarapan di coffee house hotel selepas dari Tasik. Berehat sebentar sebelum ke Bangunan Yayasan. Lunch di Nyonya restaurant - dah lama tak rasa cendol sedap macam ni, siap ada cendol purple/keladi.

Patchi Chocolates

These are what Lady 'S' gave me from her business/umrah trip to Jeddah last 2 weeks. 2 boxes of Patchi chocolates made in Lebanon (but you can find it around the world, incl.Kuala Lumpur), 1 box of dates and a tasbih made of Kokka wood from Turkey (Noah's ark and Moses walking stick was made of Kokka wood). I love chocolates, any chocolates except some white chocolate with funny flavoured. When Lady 'S' mentioned Patchi (click the word Patchi to go to the link) to me, straight away my mind projecting a vision of an exclusive, tempting and high quality decorated chocolates. Thanks to Lady 'S' for your great hospitality. Satu perkara yang amat jelas nampak pada orang-orang Melayu Brunei ni (I've been to Brunei since 2003 and have met a bunch of them along the way) ialah cara mereka melayan tetamu. Karakter orang Melayu Brunei mencerminkan budaya dan adat Melayu yang sebenar (yang semakin hilang di kalangan Melayu Malaysia, apatah lagi Singapura - maaf kata). Ciri-ciri yang jelas pada Melayu Brunei ni, antara lain: Mereka amat mengutamakan tetamu, apatah lagi jika tetamu itu sebangsa dan seagama. Cara mereka berpakaian, yang lelaki lengkap bersamping, bersongkok bila keluar bersiar-siar bersama rakan atau keluarga dan apabila menghadiri majlis perkahwinan dan seumpamanya. Sifat lemah-lembut apabila berbicara. Sopan tingkah laku bila bergaul, terutamanya dengan orang luar/asing. Keikhlasan (bukannya berlakon atau pura-pura) dalam membantu atau memberi sesuatu hadiah/cenderamata/senyum...... dan banyak lagi. Bukan ingin memuji tinggi melangit kerana ada teman-teman di sana, tetapi itu hakikatnya dengan bangsa Melayu di Brunei.

Thursday, December 14, 2006

Berkelah BBQ Bersama Taufan Utor

Typhoon Utor struck the Philippines on December 9, 2006. Coming just a week after Super Typhoon Durian passed through the island chain on a parallel path just to the north, Utor brought heavy rain and strong winds to sodden ground and swollen rivers. Typhoons Xangsane, Cimaron, and Chebi earlier in the year had also followed very similar tracks to Utor. The National Diaster Coordinating Council reported exavuations over over 60,000 people from provinces on or near the storm’s track, particularly in areas where rain from Durian had caused mudslides. As of December 10, the Associated Press was reporting that no deaths in the mudslide areas had been recorded, though Typhoon Utor was responsible for some loss of life elsewhere as tree fell on houses. Like Durian before it, Utor was expected to cross the South China Sea and come ashore in mainland Asia along the Vietnam coast.

utor_amo_

This photo-like image was acquired by the Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) on the Aqua satellite on December 9, 2006, at 12:55 p.m. local time (4:55 UTC), just hours before the storm’s center crossed the shoreline. The storm system did not have the well-defined shape of a powerful typhoon, with no clear eye, though powerful thunderstorm clouds can be discerned in the heart of the storm, and the spiral arms also show towering thunderheads reaching above the clouds around them, and casting shadows. Sustained winds were around 160 kilometers per hour (100 miles per hour), according to the University of Hawaii’s Tropical Storm Information Center.

Picnic At Tanjung Lobang 3

Berkelah ceritanya hujung minggu lepas. Pagi tu cuaca elok jer, on the way nak ke pantai Tanjung Lobang, dengar berita kat radio pasal amaran hujan lebat, laut bergelora di utara Sarawak dan sebahagian pantai Sabah disebabkan oleh taufan Utor. Elok jer selesai dengar berita tu, hujan mencurah kat bandar Miri, lebat dan berangin. Segala bahan untuk buat BBQ dah tersedia, terpaksalah tunggu beberapa jam sehingga hujan reda dan matahari menyinar kembali. Memasing dah seronok bila hujan berhenti, mulalah kami bakar arang, bentang tikar dan makanan - tetapi cuma dapat bertahan dalam masa kurang 2 jam. Hujung horizon nampak gelap - sungguh gelap, mendung dengan tiba-tiba, angin semakin kencang, kami semua berlari berteduh di bawah gazebo yang disediakan. Ramai yang meninggalkan kawasan pantai, tetapi kami masih bersungguh untuk tunggu dan lihat. Makanan yang dibawa belum bersentuh, makanan yang sedia untuk dipanggang masih tersimpan rapi. Alternatif, guna portable grill untuk memanggang, bentang tikar di dalam gazebo - dalam cuaca sejuk, perut memang lapar, semakin ramai rakan-rakan yang datang, walau dalam hujan. Hampir 20 orang kesemuanya termasuk 5 dari Filipina, ada yang bawa makanan 'home made', tetapi bbq juga yang menjadi tumpuan - ayam, kepak ayam, lamb shoulder dan sosej. Makanya, perkelahan kali ini tidak begitu ceria, malap, dingin dan ditemani oleh taufan Utor. No more picnic in December!!!

Thursday, December 07, 2006

Getting The Maturity.....

Terasa muda kembali apabila bercampur gaul dengan orang yang jauh lebih muda dari diri. Majoriti umur mereka yang menghadiri majlis New Professional Dinner ni 10 tahun lebih muda dari aku. Dari segi fizikal, tak begitu ketara perbezaannya (kesan Botox? atau 'Air Beras' dari Jepun itu?), dan dengan perangai aku yang kadang-kadang macam 'budak-budak' ni juga dapat mengaburi umur sebenar. Ramai orang bilang 'apa ada pada umur? it's just a number, yang penting apa yang ada di dalam hati....blablablabla.... Mungkin juga ayat-ayat macam ni hanya untuk menyedapkan diri mereka sendiri yang semakin dimamah usia. Secara peribadi, umur itu penting, semakin meningkat umur, semakin menunjukkan kematangan berfikir - 'maturity' , matang dalam tingkah-laku, matang dalam membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain (jika diperlukan), stabil dari segi ekonominya, luas pengalaman, asam-garam hidup telah dilalui, bak kata John 'been there done that'. Tetapi orang lelaki ni, se'macho' mana pun, pasti ada sedikit (if not much) sifat manja dalam diri mereka - sebuah survey mengatakan kebanyakan lelaki-lelaki yang kacak mempunyai perangai keanak-anakan.

Shell NP Dinner 2006

Semasa muda, tak banyak perkara yang hendak dirisaukan, apatah lagi semasa di alam persekolahan/universiti, risau apabila dah nak dekat exam atau dah 'due' untuk submit assignment etc. Masuk alam pekerjaan, risau lain pula. Risau bagaimana hendak 'mula' kerja, hendah bergaul, hendak 'execute'.....lagi sedih kalau risau 'tak dapat' kerja. Mula kerja, pasti teringin hendak berkereta sendiri, rumah kena sewa, pelbagai bil kena bayar, tambang LRT/Bas/Teksi, duit petrol, duit makan etc. Apabila dah lama sikit kerja, teringin nak punya harta sendiri, beli rumah, tukar kereta yang lebih selesa, fesyen kena tukar - lebih-lebih lagi tinggal di bandar besar dan pengaruh persekitaran kerja, yang perempuan takan nak beli kain harga RM20 sepasang, yang teruna takan masih nak jengah kedai Bata untuk beli kasut kerja. Masa ini juga sepatutnya sudah kena menabung sikit-sikit untuk wang hantaran/nikah, ada juga yang menabung untuk hantar ibubapa ke Mekah atau bantu adik-adik menyambung pelajaran.

Just for thought...............

A student asks a teacher, "What is love?" The teacher said, "in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick." The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders.... may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... but may be there is an even bigger one waiting for him. Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted. So, he ended up went back to the teacher with empty hand. The teacher told him, "...this is love... you keep looking for a better one, but when later you realize, you have already miss the person...."

"What is marriage then?" the student asked. The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick." The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher. The teacher told him, "This time you bring back a corn.... you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... this is marriage."

Tuesday, December 05, 2006

Celik IT: Anonymity

Lap Top & PC

Maksud ANONYMITY secara mudah ialah kaedah atau proses menyembunyikan identiti sebenar seseorang di internet. Bagi memahami konsep penyembunyian identiti ini, penulis menyediakan beberapa sub-topik dan teknik-teknik yang berkaitan untuk diteliti.

Degree of Exposure: Setiap kali kita melayari internet kita perlu mempunyai pengenalan diri iaitu IP Address (contoh IP 60.53.53.195 atau 60.51.50.181 ataupun 60.49.122.86) yang diberikan secara automatik atau disewa daripada ISP (Internet Servis Provider seperti Jaring - ada rakan akrab yang masih setia bekerja di sini). Maklumat ini adalah sebahagian daripada maklumat yang boleh dikesan oleh sesuatu server yang kita layari. Antara maklumat lain yang boleh dikesan ialah jenis browser, OS, Hardware Configuration dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini jika dikumpulkan dan dibandingkan dengan data log time dari ISP anda akan mendedahkan siapa pemilik akaun tersebut (sebagai bahan bukti atau 'evidence' kat mahkamah nanti - ingat kes Siti Nurhaliza vs Sharifah Aini?), ke mana anda berlayar, apa anda lakukan dan sebagainya. Juga kemungkinan untuk mendapatkan nombor telefon yang menggunakan akaun berkenaan termasuk alamatnya adalah tinggi dengan kerjasama pihak Telekom seperti di Malaysia (kalau nak mintak Telekom atau TMNET cari maklumat ni semua tak mudah, kena buat 'police report' kemudian baru boleh minta dedahkan siapa pemilik etc. Pernah buat dah dulu, bantu rakan yang selalu kena ganggu dengan panggilan lucah tiap-tiap malam).

Teknik ini semakin meluas digunakan bagi mengetahui pendirian, sokongan dan pergerakan sesuatu individu dalam negara yang terkawal sistem politiknya dan menjaga keharmonian masyarakat serta individu tertentu. Ini kerana teknik yang digunakan ini kurang memerlukan kakitangan, tidak banyak membuang masa serta mudah untuk mengawal banyak pergerakan di satu tempat sahaja (habislah Mr. Bond 007 tak dapat cari makan..... mudah katanya!)

Browser Security: Terdapat dua kaedah utama mengintip pergerakan seseorang netter (pelayar internet) melalui browser yang mereka gunakan iaitu melalui IP address dan cache snooping serta cookies (ada orang lupa yang aku ni graduan IT..... aku ni tak ler hebat mana pun, tapi celik lah juga agaknya).

IP Address and Cache Snooping: Setiap kali anda melayari sesebuah tapak web, anda akan meninggalkan jejak yang dipanggil trail. Sejauh mana trail anda di tapak web berkenaan bergantung kepada setakat mana ia diprogramkan. Sebagai contoh, maklumat tipikal yang direkodkan oleh sebuah server UNIX yang menjalankan perisian Apache ialah: 60.51.53.218 [04/December/2006: 10:12:10 .0625] "GET/HTTP/1.1" 401 362
Bagaimanapun terdapat sesetengah server diprogramkan untuk merekodkan maklumat yang jauh lebih terperinci termasuk hostname (nama komputer), ISP, jenis Browser, OS dan sebagainya.

Thursday, November 30, 2006

Metrosexual: Eau De Toilette, Cologne & Parfum

Perfume or Parfum: A substance that emits and diffuses a fragrant odor, especially a volatile liquid distilled from flowers or prepared synthetically. A pleasing, agreeable scent or odor. French parfum, from Old Italian parfumo, from parfumare, to fill with smoke.

Cologne: A scented liquid made of alcohol and various fragrant oils. Also called eau de cologne . Originally the name applied to light refreshing citrus scented fragrance. Now more widely used to relate to a solution of about 3% Perfume Compound in an alcohol/water base. Much lighter than a concentrated perfume
The word cologne, denoting toilet water, is from Cologne, the French (and English) name of the German city Köln, where cologne has been made since the beginning of the 18th century. The first use of cologne for toilet water is recorded in English in 1814, with the word being used in the compound cologne water, a translation of eau de Cologne, the French name for this liquid. The ultimate source of the word lies in the history of the city, which stretches back to the Roman Empire: its Latin name was Colnia, meaning "colony."

What is the difference between Eau de Toilette, Cologne and Perfume?
Cologne (Women's). A light form of a specific fragrance with about 3% concentration of perfume compound in an alcohol water base.
Cologne (Men's). More concentrated than women's colognes (5-8%), similar to the strength of toilet water (Eau de Toilette). After Shave by comparison will usually only have 3 - 5%.
Eau de Parfum. An alcoholic perfume solution containing 10 to 15% perfume compound.
Eau de Toilette. An alcohol/water based perfume solution containing 3 to 8 % perfume compound.
Perfume (or Parfum). Most highly concentrated form of fragrance, containing between 20 - 50% perfume compound. The strongest and the longest lasting.



My Parfum

Pictures arranged and downloaded by Rush Murad, using flickr.com Clockwise from upper left:

Kenzo Cologne: Ini merupakan antara koleksi awal Cologne yang aku ada, sekitar awal tahun 1990'an. Yang unik mengenai Cologne ini ialah bentuk botolnya yang seakan daun dan bau 'green tea' serta 'sandalwood' yang lembut.

L'eau D'issey by Issey Miyake: Aku rasa ini merupakan di antara Cologne lelaki paling popular di Malaysia, if not di seantero dunia. Baunya sungguh terserlah, ada 'keyakinan' dan pada masa yang sama 'mengaum'...... tiga kali aku 'repeat order' Cologne ni.

Dunhill Man Cologne: Hampir kesemua produk Cologne Dunhill menepati citarasa aku, tak ingat pula berapa banyak koleksi Cologne/Eau de Toilette Alfred Dunhill aku dah pernah pakai. Masih ingat baunya yang fresh dan 'sensual' sebab ada bau Lemon dan Cedarwood. Belum habis guna, jatuh pecah di sebuah Spa di Singapura tahun lalu.

Versus: Haruman dari Versace memang menusuk deria bau sesiapa pun. Versus ni aku guna bila nak pergi 'clubbing' sahaja, itu dulu-dulu.... masa zaman muda belia. It reminds me of my close buddy - Rizwienta.

Ralph Lauren Romance Silver: Inilah Cologne pertama yang aku beli semenjak tinggal di Miri. Masih ada saki baki yang kadang-kala disembur sebelum masuk tidur - memberi ketenangan seakan aromatheraphy.

Obsession by Calvin Klein: Baunya sungguh 'pekat', maskulin dan 'padat'. Antara bahan-bahan baunnya ialah tangerine, grapefruit, bergamot, nutmeg (buah pala) dan cinnamon (kayu manis). Bila terpandang atau tercium bau Obsession, kenangan terus melayang teringat kepada seseorang yang sungguh budiman dan penyayang.

Black Code by Giorgio Armani: Cologne terkini yang aku beli. Kenangan semasa mengambil bahagian di Perarakan Hari Kebangsaan 2006 di Kuching. Bau yang sederhana tetapi segar dengan campuran citrus dan Guiac wood.

Escape by Calvin Klein: My forever favourite Cologne/Parfum. Terlalu banyak kenangan tersangkut dengan Escape. Haruman yang tidak pernah jemu dan mengundang nostalgia. In my wishlist for Birthday's gift.

Escada Gold by Escada: Bila lihat botol minyak wangi ni di shopping complex, pasti teringat akan Paris. Kali pertama jejak kaki ke Paris, aku beli sebotol Escada Gold dan beberapa botol jenama lain. Namun pada aku, Escada tetap sinonim dengan Paris. Masih simpan botol Escada Gold walau dah berbelas tahun!

Male by Jean Paul Gaultier: Speechless.... terlalu semerbak, sesuai dipakai waktu malam sahaja untuk ke parti atau disko.

Polo Sport by Ralph Lauren: Teringat zaman menuntut di UiTM dulu. Antara Cologne kegemaran kalau hendak ke kuliah.

Safari by Ralph Lauren: Selain Dunhill, Ralph Lauren merupakan jenama Cologne kegemaran aku. Selalunya lelaki Eropah gemar akan bau woods (kayu-kayuan), spices dan herbs, berbanding orang Asia yang lebih gemar citrus dan bunga-bungaan. Safari ni mengingatkan aku dengan hantaran pertunangan aku dulu.

Pic besar kat tengah-tengah tu ialah Chaleur D'Animale by Parlux : Koleksi paling terkini, dan aku sedang guna tatkala ini. Pemberian dari seorang sahabat di KL baru-baru ini. Baunya segar, sensual dan maskulin, sesuai guna untuk ke pejabat.

Note: Gigih mencari segala gambar-gambar Cologne tu. Terlalu banyak Cologne kegemaran sebenarnya, termasuklah dari Salvatore Ferragamo, Bulgari, D&G, Burberry, Givenchy, YSL, Hugo Boss dan lain-lain. Macam tak lengkap rasanya kalau keluar rumah tidak mengenakan Cologne - terasa macam 'telanjang'.......

Tuesday, November 28, 2006

Kisah Suami Isteri.....

Noris Wedding Nov 2006

Tahniah kepada pasangan Noris dan Norman, majlis persandingan yang berlangsung di Kelana Jaya berjalan lancar dan penuh warna-warni. Beberapa rakan sekerja (Suraya, Yatee, Homerson, Izzat, Anura & Izzat) dari Miri menghadirkan diri untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis. Aku pula ke sana dengan rombongan 4 orang jejaka - Aidil, Kyrie, Rhon dan Nik. Tepat pada masanya kami sampai, pasangan mempelai sedang diarak dengan kompang dan bunga manggar, langsung semayam di atas pelamin. Kami doakan semoga mereka bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dua hari sebelum tu, aku dah sampai di KL, lewat malam. Esoknya Nik temankan aku ke IKEA, selepas kami bersolat Jumaat di Masjid Kinrara. Dah lama mengidam nak makan Swedish Meat Ball, tetapi kenapa sausage yang panjang tu depa dah tak jual lagi? Ni mesti ada kena mengena dengan kekecohan isu sausage yang diragui kehalalannya (tergeliat lidah nak sebut...). Selepas IKEA, sambung pula ke Curve, tak jumpa sandal yang sesuai bagi menggantikan sandal yang dicuri semasa bulan Ramadhan kelmarin. Sambung melepak ngopi cafe latte di Starbucks sambil perhati orang lalu-lalang, tetiba terpandang rakan lama yang entah dah berapa belas tahun tak jumpa, dia dah jadi Pengurus hotel sekarang. Tetiba mengimbau kenangan bekerja sebagai 'waiter' di sebuah hotel di JB, belasan tahun dulu. Mungkin ramai yang sudah berjaya menjadi 'hotelier'.

Rhoney Twin Tower

Rhon menyambut hari lahir yang ke ?? di Malaysia. Memandangkan tiada sesiapa di Batam, beliau turut serta 'libur' di KL. Lumayan libur di KL kalinya.... makan Tomyam pedas, makan nasi Briyani di kenduri kahwin (makanan-makanan kegemaran Rhon), nonton Casino Rayale di bioskop KLCC, makan malam di Little Penang dan ketemu teman-teman yang sudah lama tidak dihubungi. Semoga dipanjangkan umur untuk melakukan ibadah dan amal kebaikan di dunia ini, dan ditambahkan rezeki untuk berbakti ke jalan yang diredhaiNya...Amiinnnn....

Petang Ahad, aku sepatutnya menaiki pesawat pukul 7pm, bergegas Nik hantar aku ke KLIA, masa nak check-in tetiba staff tu kata "nama encik tiada dalam senarai penumpang", "eh! yer ker? cuba awak periksa lagi....", "betul encik... nama encik tiada dalam sistem ni, emm..... oooo..ada...ada ni encik, tapiii.... ni untuk penerbangan pukul 4.25 petang tadi', 'what!!!!!!... siapa pula yang tukar jadual saya? saya buat booking pukul 7... macam mana ni? masukkan jer la nama saya dalam pukul 7 tu", "tak boleh encik, ni dah kira miss flight... maaf encik". Panik ler sekejap, tak der flight lagi untuk hari tu, makanya kena beli tiket lain yang bertolak awal pagi esoknya, pasrahhhhhh.... Nasib baik ada Nik, yang dapat 'cool down' the temperature. "Nik, I need to get some coffee... to cool me down". We ended that night at Bora Ombak.... tercapai misi 'jalan-jalan cari makan' kali ni.

Wednesday, November 22, 2006

Seiring Sejalan......Serumah...

Dinner at PBC

Left to right: Yusri, Me, Izzat and Esmi

I threw a small dinner at Piasau Boat Club last Thursday evening. This is my first dinner at PBC after the month of Ramadhan and long Eid Mubarak's holiday. I invited Esmi as he is going to leave us for another Project with the Kuala Lumpur's team, Izzat as he just celebrated his 26th birthday (I can't compare with his birthday bash in Phuket a few days ago, aren't those 'go-go girls/boys' fabulous dude?...hiksss....) and Yusri, as he just got back from a long courses (vacation + parties + orgies?) in Europe. So, here we are enjoying ourselves at the beach front ala-resort club house in Miri. Thought of throwing a Bachelor party as well that very night with some Dayaks girls swinging and swirling around the PBC cafe's pole...just kidding people...... not me! NO! NO! NO! not even in Bangkok or Phuket.

Let's talk about my dear Esmi, I got to know Esmi during my Uni years, as we were in the same faculty and stay in the same Delima hostel in UiTM Shah Alam. Infact his room is next to mine, and he always treated my room as his 'pantry' (I stocked McVities Oat Biscuits, Maggie Mee, Silver Bird Fruit Cakes, maruku Haja Haliq, Cadbury Chocolates, instant Nescafe.... you name it!) and I treated his room as 'Game Room'. You will see all sorts of electronic and computer games in his shared room. His roommates - Farish or Fuad is a computer games addict, while Esmi more to cards. I hardly went to their room, why? I can't stay more than 5 minutes or so if I'm in their room as the smell of rotten cigarettes mixes with long-not-wash jeans and smelly football boots+socks+jocks that fill-up the air makes my asthma recurrence. Just for the record, we always called him PARJO (sort of Javanese name), as he hailed from Banting, where the Javanese community dominates the area. His Honda Kapchai will 'serenade' us each morning, together with Farish's. I really hates those noises from the 'broken engine/ exhaust' - bunyi enjin/ekzos pecah. Ok, this is getting nostalgic....gotta stop here.

SAMBUNGAN CERITA-CERITI RAYA

Balik dari kerja tadi, tergerak hati nak jenguk 'Letter Box' kat rumah. Sebenarnya malas nak tengok segala bil dan surat-surat dari Bank dan brochure. Naik terkejut pulak tengok surat-surat yang dah melambak, eh! ada kad raya... selak-selak, ada satu lagi ditujukan kepada Rush Murad, kombah lagi, jumpa lagi.... tetiba terasa macam artis pulak dapat kad raya banyak... feeling-feeling jadi artis yang ramai peminat - perlu ke? Berkobar-kobar buka segala surat-surat tu sebab nak tau siapa pengirimnya...... rakan-rakan (peminat?) Tepak Sireh rupanya.... terima kasih kepada semua penghantar, tak tau ler bila dapat balas kad-kad raya ni.... ni senarai pengirim;

Sue @ Miss Kulai - siap beri alamat rumah di Kulai, andainya kad ni diterima sebelum balik kampung hari tu, insyaAllah akan sampai juga, sebab dah memang beraya kat kawasan tu.

Dirtypap - pap, kau kena tulis semula alamat apartment kau kat Labuan tu, apa nama tempat tu? Kurangan? Kirungan?

The Honourable Shah - sedap nama penuh dia... teruja. dah tu siap sisipkan gambar berukuran paspot, ooo si X-xis yang suruh titipkan pic tu yer? motif?

Leftenan M dan p/kbr? dari TLDM - eh.... sapa ni ek? siap beri nama penuh, tapiii.... apa nama nickname atau alamat blog? peminat Tepak Sireh jugak ler rupanya, cantik kad raya tu, very the ada pic helicopter dan kapal laut... sukaaaa..... sebab tak pernah dapat kad raya ada gambar benda-benda tu semua.

fendiosman - thanks adi..... seronok kerja kat tempat baru di Putrajaya??? hiksss.... sabar.....

fera525 - nama penuh budak ni pun sedap dan menarik. email tu macam tak boleh nak faham ler, sebab ada conteng-conteng sikit, macamana nak email? u email me ya....

Sangkuriang - ayooooo.... takutnya namaaaa.... macam nama hantu, betul ker ni nama hantu/pontianak? dah tu ada nombor telefon sekali, macam takut pulak nak call... takut ada yang mengilai, tapi kalau tengok alamat stamp... orang Ipoh....

Samasam - terkejut jugak dapat kad raya dari adik kita ni... yer lah, kan Tepak Sireh antara penyokong kuat Samasam masa pertandingan Bloggers Idol '06 hari tu... study rajin-rajin naaaa...

DBI - Doc.... kenapa tak beri alamat kat Terengganu? takut kena 'serang' yer? Doc, you ker yang digembar-gemburkan mencabul seorang pesakit di Terengganu?????

Kak Pahz @ Petronas KLCC - macam sama jer kad raya Petronas every year.... recycle ke?

Azli Syah - thanks! orang Gelang Patah... i owe you belanja makan... bila la ek nak jumpa lagi?

Sebelum raya, dah terima dari X-xis, Nurul, Diana, Akashah (tak ingat dah siapa dia nih.....hiiikkksss), Shahril Alley ......

Monday, November 20, 2006

Ramah-Tamah Aidilfitri 2006

Hari Raya Miri 2006

Left to right upper: My 'pet brother' Ejan, the 'rombongan' at Petronas Carigali's open house, Kompang troupe at Shell's open house,

Left to right below: Me, Yus & Izzat - "the housemates", kacau dodol session, the Raya's rombongan - Yus, Izzat, Antz, Miss Cha & Me at Shell's.

Bila dapat email dari Miss Cha yang mengatakan 'usherer' kena berada di KSL (Kelab Sukan Lutong) seawal 8.30 pagi, aku dan Izzat macam dah terkejut 'tupai'. Tetapi disebabkan 'ikhlas' nak menolong, kami pun sampai juga seawal 9 pagi, siap berkain samping segala. Yusri pula masih didodoi mimpi indah di pagi Sabtu. Jadilah kami penyambut tetamu yang asyik tersengeh macam 'kerang tak gosok gigi'. Macam-macam acara ada, dari zapin (life muzik, siap dengan penyanyi dan pengacara), gendang Sarawak, kompang, joget etc. Tetiba macam bosan (setelah kenyang makan rendang, ketupat, lontong, kek lapis etc semuanya dah dijamah). Acara seterusnya ialah berkunjung ke majlis yang sama tetapi anjuran Petronas Carigali, 5 minit jarak dari KSL. Wahhhh............. kat sini meriah banget, ramai tetamu datang berpakaian baju Melayu, kami cuba nak seludup masuk senyap-senyap, tetapi disergah oleh penyambut tetamu bak hulubalang "silakan masuk!!!... aarrrrr.... you all ni semua budak Shell kan? i pernah nampak you semua!!!.... silalah.. open house, semua orang boleh datang..."... kami senyum-senyum sopan jek. Makanan kat sini lebih banyak dan beragam, kerana cuaca yang panas terik, kami serbu kaunter ice-cream dulu, berebut-rebut dengan budak-budak kecik (Izzat jadi wakil kerja berebut tu). Kami pun mula memasang radar masing-masing.... tak ramai pula staff yang muda-muda kat Carigali ni. Ada pentas besar, ada life muzik juga, ada karaoke lagu-lagu raya, dan akhirnya Antz menyambut 'challenge' Chairman Carigali untuk menyanyi atas pentas. Sebelum tu, my 'pet brother' si Ejan, menyanyi bersama student Curtin University, interesting dan sesuai dengan lagu-lagu Nusantara.

Selesai beramah-tamah di majlis tu, kami bertukar venue, ke rumah office-mate di Lutong Baru, open house juga. Teruja tengok cheese-biscuit/cake yang sedap bersira Philadelphia cream cheese. Kek lapis Sarawak pelbagai corak, semuanya sedap belaka. Hari untuk makan-makan tidak berakhir di situ.... Malamnya kami ke Taman Selera di Tanjung Lobang untuk makan malam - terasa seperti berada di resort ala-ala Tioman atau Pangkor. Selesai makan, kami ke pantai Esplanade, mengecapi keindahan pantai di Miri, sambil mencari 'shooting star'. Tenang, aman dan damai..... dengan petikan gitar Antz dan Yusri, dan dengan bunyi kunyahan kacang menglembu Ngan Yin.....

Thursday, November 16, 2006

Halwa Telinga.....

Ruth & DSA

CD cover of newly released 'Jiwaku' album by Indonesian Songbird - Ruth Sahanaya and CD of Malaysian evergreen female singer - Datuk Sharifah Aini, compilation of 40 songs called "Anugerah".

Semenjak pulang dari bercuti Eid Mubarak beberapa minggu lepas, dua buah CD di atas menjadi 'halwa telinga' aku. Pertamanya CD Anugerah, dari DSA (Datuk Sharifah Aini) - beberapa CD diberikan oleh seorang sahabat dari KL. Aku memang dari dulu lagi serasi dengan lagu-lagu nyanyian DSA, terlalu banyak lagu-lagu beliau yang menjadi nostalgia, seakan bercerita dan bergurindam seloka. Kompilasi 40 buah lagu-lagu 'evergreen' dari beliau seakan menjadi pengubat rindu dan seakan mengimbau kenangan lampau. Paling terkesan ialah sebuah lagu yang aku dengar semasa sedang memandu di Brunei, Ramadhan lepas. Lagu nasyid yang sebelum ini tidak kedengaran di corong radio-radio Malaysia. Syahdu dan menginsafkan. Akhirnya album nasyid DSA (plus lagu-lagu Aidilfitri DSA) ini telah dihadiahkan oleh X-xis - terima kasih daun keladi - I will treasured all DSA albums that you've given me!

Terima kasih kepada Rhoni (titip salam buat Pak Madi yang ternyata fan Ruth jugak - keren deh!) kerana sudi menghadiahkan album terbaru nyanyian Ruth Sahanaya berjudul 'Jiwaku'. Lagu bertajuk 'Jiwaku' yang sedang kedengaran ni agak unik melodi dan muzik arrangementnya... cuba dengar betul-betul. Ada dua buah lagu lama yang dinyanyikan semula, 'Layu Sebelum Berkembang' dan sebuah lagu nyanyian Aishah dari Malaysia 'Camar Yang Pulang' ciptaan Adnan Abu Hassan. Ruth dapat menyanyikan lagu ini dengan baik sekali dan dengan gaya beliau yang tersendiri. Tak puas kalau dengar setakat sekali (lagu ini akan dimainkan dalam entry yang akan datang). Ada sebuah lagu disco beat bertajuk 'Rubalah Hatiku' - lirik ringkas dan senang dihafal, instantly became my favourite song. Sebuah lagu Inggeris juga dimuatkan dalam album ini, menjadikan 10 buah lagu kesemuanya. It seems that she is singing for me whenever I listened to her songs... with another person smiling from afar....... a person which will always in my heart......

Berselang-seli mendengar kedua-dua album ni.... selalu lagu Ruth dipasang semasa sedang memandu dan di ofis, lagu DSA di rumah, semasa sedang bersantai sebelah malam atau masa nak lelapkan mata........'Seri Dewi Malam' sedang mendodoikan diri yang kesepian ini. 'Permaidani' beradu di tabur 'Bunga Tanjung'. 'Kau Tinggi Di Awan Biru', mahu saja diri ini menjadi helang yang terbang tinggi mencarimu...'Terbang Helang '... terbang mencarimu. 'Seksa' diri ini jauh dari mu, adakah ini 'Penyakit Cinta'? Jika kau menangis.... maka 'Hapuslah Airmatamu', kerana kau akan sentiasa ada di hatiku. 'Pahit dan Manis' dalam perkenalan adalah lumrah hidup, 'Jatuh Cinta' dan 'Putus Kasih' menjadi rencah kehidupan. 'Malam' semakin larut mengheret diri......

Atas permintaan, disertakan link untuk download lagu-lagu dari album Jiwaku - Ruth Sahanaya dan juga download lagu-lagu popular dari Indonesia. just click this link Lynnross

Tuesday, November 14, 2006

Photo-essay: The Lonely Bench

Lone Bench

Title: The Lonely Bench. Location: Tanjung Lobang, Miri, Sarawak. 25 March 2006. Taken by Rush Murad with Canon Powershot A400. Effect: Black & White, Soft Focus, Film Grain, Colour Saturation.

Anak kucing kurus. Cari-cari ibunya di bawah pohon ara. Pohon ara tua di tepi pantai. Mungkin lapar. Pandangan ke lautan. Luas dan tenang. Sesekali deruan ombak memecah kesunyian. Daun-daun kering gugur. Berselerak di atas rumput hijau. Awan bergumpal. Langit tetap cerah. Matahari kurang panas. Petang jingga. Ada cengkerik menyanyi. Lagu apa? Sekurang-kurangnya menghiburkan. Sunyi dari riuh manusia. Dan enjin mereka. Burung merpati bertenggek. Sepasang. Bercengkerama agaknya. Burung pipit sibuk terbang sana sini. Buat sarang. Cari makan. Ada sebaris semut atas meja. Tekun. Kerengga juga. Menggigit. Mana datangnya nyamuk ramai? Nyaring bunyi. Seekor kumbang hitam hinggap. Terhenjut-henjut. Ku jentik. Jatuh bergolek. Busuk baunya. Sambung menggunyah. Nasi lemak bungkus. Daun pisang. Sedap sambalnya. Kopi sejuk. Dalam tin perang. Kenyang. Bingkas. Ramai yang menemani. Terima kasih. Sudi menyanyi dan menghibur. Tidak keseorangan. Kasihan bangku. Tinggal kosong. Sabar. Yang lain akan datang. Tumpang duduk. Aku pulang dulu.

Friday, November 10, 2006

Kata Rasa

Kata Rasa I

Diam itu lebih bijaksana
Dari tutur yang tak terjaga

Ajuk hati menggulir pergi
Getar jiwa pedih terasa


Kata Rasa II

Menjadi pesat dalam benak
Memikir yang tidak selesai

Khilafku menebar pesona
Hingga runtun jiwa manusia


Kata Rasa III

Hanya satu yang ku punya
Ada mereka yang gundah gulana

Diam itu lebih bahagia
Dari menebar kata rasa
************************
Rush Murad
18 Syawal 1427 Hijrah, Miri

Tuesday, November 07, 2006

........... Eid Mubarak's Mood

School Childrens

Pelajar sekolah sedang bersantai ceria di atas Jembatan Barelang.

Masih lagi cerita-ceriti Aidil Fitri. Kalau tahun-tahun sudah, aku cuma sempat berhari raya beberapa hari sahaja kerana desakan kerja, tapi kali ini aku ambil cuti sampai 2 minggu - cuti panjang yang tidak membosankan bahkan cukup mengesankan. Hari raya ke-4 aku sudah berada di Singapura bersama-sama teman, sempat menjenguk Vivo di Harbour Front, menang cerita dari rupa. Makan siang di Arab Street memang menyelerakan, Murtabak daging dan ayam yang bersaiz gergasi, Nasi Briyani Kambing dan teh tarik cukup untuk mengubat 'rindu'. Berhari raya di Kuala Lumpur lain pula ceritanya, bermula dengan lunch di Chilli's KLCC - terima kasih to Kak Pah yang sudi belanja (Petronas dapat bonus 4 bulan sebelum raya.....), dinner pun di KLCC juga, di favourite restaurant 'Little Penang'. Esoknya, 'lunch date' di sebuah kediaman keluarga Di-Raja Johor-Negeri Sembilan, berakhir setelah hampir 4 jam berkongsi cerita di atas meja makan. Acara makan yang eksklusif buat kami berempat, termasuk Xis, Alymiey dan Airry. Bersambung pula ke Masjid India membeli ole-ole yang tak sempat dibeli semasa bulan Ramadhan, dan akhirnya kami sampai awal dari waktu jemputan, ke rumah terbuka Serial Plant Killer - Nurul. Segan pun ada sebab tuan rumah belum 'buka' pintu, tapi kami dah tercongok. Makanan semuanya sedap-sedap belaka, terima kasih sebab bekalkan 'Badam Potong'.

Pantai Sepi

Pantai Melur yang berpasir putih halus menghadap laut luas - sunyi sepi di kawasan perkampungan nelayan.

Setelah beberapa hari di KL, masa untuk berangkat ke Indonesia. Rencana asal mahu ke sebuah pulau (sebuah pulau??? bukan ke Indonesia tu ada beribu-ribu buah pulau? Propah?) bersama beberapa orang teman yang memang berasal dari sana. Di saat-saat akhir, rencana bertukar.... tidak jadi ke sebuah pulau itu, tetapi ke sebuah pulau ini (pulau ini? Biarlah Rahsia......pulau mana tatau?). Memandangkan ada teman akrab menetap di sana, maka berlabuhlah aku di pulau ini untuk beberapa hari. Banyak sungguh pembangunan dan perubahan ketara kat sekitar pulau ini. Semakin moden dan semakin ramai orang, dan semakin mahal berbanding tahun-tahun sudah. Untuk beberapa hari di sini, aku hanya mereharkan diri, ke pantai, ke Mall..... 'puter-puter keliling kota', makan Sate Padang yang lazat dan pedas, minum Es Teler 77 (ais parut yang berisi avocado, nangka, isi kelapa etc), Batangor (yer ker spelling macam nih?), Bakso etc. Sempat lagi shopping segala di Matahari, pokoknya murah meriah.

Bridge

Jambatan-jambatan yang menghubungkan 6 buah pulau jelas kelihatan disebalik kabus. My dearest friend - Rhoni: Thanks very much for everything...... 'kapan lagi bisa puter-puter di pulau ini ya?'

Sehari sebelum berangkat pulang, sempat lagi bermain pasir halus di tepian pantai. Untuk ke pantai tersebut, kena melalui 5 jambatan dari 6 buah yang dibina khusus untuk menghubungkan pulau-pulau berdekatan. Jambatan paling besar diberi nama Jembatan Barelang, besar, tinggi dan mempunyai pemandangan yang indah. Air laut di sekitar kawasan pulau-pulau ini masih bersih dan jernih, sesekali terlihat nelayan memandu dan mendayung sampan di bawah jambatan, ada juga yang berjualan Sate, ayam goreng, ketam goreng, jagung bakar di sepanjang jambatan. Suasana petang di sepanjang jambatan-jambatan tersebut sungguh syahdu.... lautan yang membiru-hijau, matahari warna jingga pekat, langit yang redup dan kabus dingin tebal. Malam itu, di pulau ini diakhiri dengan semangkuk Bakso hangat, sebotol Teh Sosro dingin dan......................

Monday, October 30, 2006

Eid Mubarak's Rendevous

Doa Raya

Malam sebelum raya, kami sekeluarga sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut Aidil Fitri. Sudah terasa kemeriahan sambutan sejak pulang ke JB, pada masa yang sama juga punya perasaan sedih dan terharu dengan pemergian Ramadhan Al-Mubarak. Selepas selesai membantu memasak (kali ni aku cuma masak Ayam Tomato Mutiara, dibantu oleh beberapa 'male cook' yang lain termasuk Wan dan Rhon), kami sempat melepak 'ngeteh' kat bandar JB dengan beberapa orang rakan - rutin setiap malam semenjak aku pulang ke 'kampung' halaman. Sempat juga berjumpa dengan beberapa orang 'bloggers' dan 'silence readers' yang pernah menjenguk ke Tepak Sireh ni.

Seperti tahun-tahun sudah, agenda di pagi raya sama sahaja - dimulai dengan 'sarapan' berat, ketupat (ietot dan aku yang menganyam ketupat ni), lodeh, rendang daging, ayam tomato, sambal kacang dan macam-macam lagi. Kemudian acara bermaaf-maafan dan nangis-nangis...... tahun ni 'Ratu Nangis' berpindah tangan, bukan pada adik bongsu si Nina tetapi pada Noreen, semua orang jadi konfius dan pelik serta terkejut. Pic kat bawah ni ialah 'Ratu Nangis' sedang bersalaman dengan mak (ayooo... kalau student dia kat UTM nampak ni, harus kecoh seyyyy...)

Salam Raya

Tahun ni agak lewat ke tanah perkuburan, kami dah siap-siap untuk keluar rumah, tetiba ada jiran dah berkunjung, eh! pepagi lagi dah datang.... over excited apa? maka kami pun layan ler mereka sekeluarga, dan ketua rombongan tu sempat bersuara 'tak pergi kubur ke?', 'belum lagi, kami pergi kemudian...eh! makanlah lagi' mak aku menjawab dengan senang hati, tetapi kami semua dah resah hati, dah mula berpeluh-peluh segala nak keluar rumah. Florist kat town mesti dah lama tunggu aku datang ambik bunga ros putih 12 kuntum yang aku tempah semalam, nak bawa ke kubur. Segala saudara-mara pasti tertanya-tanya kenapa keluarga kami tak muncuk-muncul lagi. Aku pun tengah berpinar-pinar cari akal nak suruh jiran tu balik awal, yer lah.... lama pulak tu dia dok bersembang segala, dan dia pun dah tau yang kami dah lambat. (jiran ni depan rumah jer, tak raya pun hari-hari mai datang....).

Wednesday, October 18, 2006

Previous Year Eid Mubarak Celebration..............

Istana Pasir Pelangi
Lokasi: Istana Pasir Pelangi - Kediaman Rasmi Tengku Mahkota Johor. Aidilfitri 2005.
Duduk barisan hadapan dari kanan: YAM Tunku Hjh Shahariah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Puteri kepada Yang Di-Pertuan Agong Pertama, adinda kepada Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan adinda kepada Almarhumah Sultanah Bahiyah dari Kedah), di tengah YAM Raja Zarith Sofiah, Puteri Sultan Perak- Sultan Idris Shah, consort kepada Tengku Mahkota Johor, YM Tunku Yan Nazihah atau lebih popular dipanggil Tunku Tekwa.
Yang baju biru muda berdiri kat belakang tu... puteri Tengku Mahkota - Tunku Ina. yang lelain tu... panjang ler pulak nak explain, apa pun, dah semua orang posing, makanya aku ler yang jadi cameraman....
Rumah Tunku Bakar
Lokasi: Kediaman rasmi YM Tunku Abu Bakar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman (Penasihat Di-Raja Sultan Johor dan juga anakanda saudara Sultan). Bediri kat tengah-tengah tu Tunku Shahariah (kira ni rumah anakand dia lah). Ni sehari sebelum berangkat ke Miri, ala-ala macam majlis meraikan 'pemergianku' jerr....
Memandangkan atas sebab-sebab tertentu, posing bersama Sultan pada majlis ni tak boleh disiarkan. Eh... macam mana ada Juliana Banos terselit kat belakang tu...????? Mamat kat sebelah kanan sekali tu sapa tatau???
Rush & Tunku Ina
Dari kiri: YM Raden Adjeng Gusti Putri Astrini (adinda kepada Sultan dan Gabenur Solo, Indonesia. Berkahwin dengan YAM Tunku Abu Bakar ibni Tunku Abdul Rahman). Syarifah Zahra Al-Juneid (nama Al-Juneid ni famous serata Singapore, tu tok wan dia lah, berkahwin dengan Syed Faisal Al-Kaff, 2 pupu dengan Sultan Terengganu dan anak saudara Sultan Pontianak, Indonesia), mamat kat tengah tu sapa tatau???. Tunku Ina.. cucunda Sultan Johor. Syarifah Amal - anak Syed Faisal dan Syarifah Zahra.

Monday, October 16, 2006

Once Upon A Ramadhan in Brunei.....

Inspiration 2

I was in Brunei last Saturday, having plan to do some small shopping since last 2 weeks and managed to do that at last. I left around 11am and steadily drove through the border which took me less than 45 minutes to reach the first town - Kuala Belait. It was too early for me to stop for the Zohor prayer and later saw me stopped at next small town called Lumut just in time for that. The day was blessed with an excellent weather, the sun almost invisible surrounded by heavy clouds which carries small particles of H2O and ultimately made the ride more enjoyable. I went straight to Bandar Seri Begawan, specifically the Yayasan Building, bought most of the intended stuff plus the 'not intended' as well. Who can resist when one 'subornment' by some banners spelling '70% discount on all Versace item' or '50% less for Calvin Kline' or even 'Levi's jeans $50'? and not forgetting the 70% discount on most of Bohemia Crystal and glasswares. Confusing enough, you can't see any mad rush to these counters, and the first question popped-up was 'where does the Bruneian go for their Eid Mubarak shopping?' Definitely for branded items you can't find any in Miri nor Kota Kinabalu, so would it be London then? Paris? Dubai? Singapore or 'cikai-cikai' to KL?
The newly erected Gadong Mall was the next stop after Yayasan's, first priority is to recce the 'added intended' stuff although the top mission almost accomplished. I was trapped by my own self-centred mind and shopaholic dysfunctional disorder or whatever you might called it.... at the end, I still can't satisfy my 'added intended' thingy and got to rush back to Yayasan's. The last piece of black Samsonite 'Freeminder' series bagpack still sitting on the shelf waiting for me to bring home - and I did. The majestic floating golden dome mosque was the next pit stop before I rushed back heading to the toll-free-hassle-free-traffic-free highway. My happily ever after smiles suddenly deteriorating when awaken by the blinking fuel indicator, goshhhh! I forgot to fill-up the fuel and now I'm on the highway of nowhere, and the nearest town that I know is more than 50km. Can my car survive this journey?
To cut it short, I exited via Tutong after nearly 9km driving with that disturbing blinking as though it says 'fill me up! fill me up now you moron!'. Stumbled upon a T junction....I turned left as my inner soul whispered, after almost 3km enjoying the Kampung Keriam's late afternoon view I saw a big Shell logo from afar... the word 'alhamdulillah' automatically burst from my mouth. But... it was closed... tried to figure it out... it almost 6pm, probably they close for Iftar, again tried very hard to console myself. My inner soul whispered once more, 'turn back Rush, go as far as you could, at the end of the road you will see the fuel station...' (now it's getting really scary...hiksssss). Another 9km drive, passing-by the T junction and yes.... another Shell fuel station closed! and another one just few hundreds yard closed as well for Iftar. I was left high and dry in Tutong town just a few minutes before Iftar (initial plan was to have my Iftar in Kuala Belait - the big fat mutton Murtabak from a 70's deco Malbari Restaurant). As I'm chasing the time (the border post close at 10pm), I did my Maghrib at Masjid Tutong, took my meal at a restaurant next to the mosque and just across the fuel station, followed by 150kmph ala-F1 style drive, until I arrived at Lumut mosque for my Isya' and Tarawih (I thought the Imam in Masjid Jamek Miri is the bullet train, but he definitely can't beat the Imam in Lumut, he is super-bullet train!!!).

Friday, October 13, 2006

Philosophical Gestures..........

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.....
agar dapatku lalui dengan sempurna.....
ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan.....
ku merayu pada Tuhan diterima amalan.....
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar.....

Inspiration 1

Kata-kata di atas ni ada betulnya apabila difikir-fikir, pada pendapat aku... aku cukup takut kalau orang misunderstood kita, salah anggap, silap tafsir atas sesuatu yang kita lakukan. Makanya apa yang kita lakukan jadi serba tak kena di mata pandangan mereka. Buat baik salah, buat silap lagi lah dipandang serong dan di chop jahat. Jumud kadangkala pemikiran manusia di sekeliling kita. Pada aku, sentiasalah kita bersangka-sangka baik....

Semenjak awal minggu badan ni terasa kurang selesa, akhirnya terpaksa berjumpa doktor dan bercuti sakit. Dua hari beristirehat di rumah sahaja, sambil tu sempat menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh, sempat pergi ke pejabat KWSP, mendaftar perkhidmatan online (semakin cekap dan menuju e-govt), ke LHDN pula kerana tak declare lagi untuk tahun 2005, macam-macam borang kena isi tetapi perkhidmatan LHDN kat Miri cekap, staff yang melayan tu pun very informative dan friendly. Sempat juga hantar laptop yang tetiba buat hal sebab tak boleh nak connect guna streamyx, terpaksalah tunggu beberapa hari untuk di 'investigate' masalah.

Walau kurang sihat, puasa tetap puasa, selalunya pening-pening kepala ni datang setelah selesai solat Tarawih, nak kata migraine, tak pernah pula terjadi, nak kata high blood pressure, Doktor tu kata normal, mungkin kerana cuaca yang tidak menentu dengan jerubu (kabut asap), atau body system still adjusting. Cerita pasal tarawih ni, for the last few days, aku ni asyik bertukar-tukar tempat tarawih, Masjid Jamek Miri (Pak Imam yang dah berumur tu laju semacam, macam bullet train), Masjid At-Taqwa (Imam muda dari madrasah di Terengganu, kesian dia asyik tersekat-sekat membaca), Masjid Lutong (Imam muda dari madrasah di Terengganu juga, lancar dan santai), dan surau SK Senadin, masa awal Ramadhan jer tarawih kat sini. Kelmarin, sandal kulit yang baru beberapa minggu dibeli (dah ler bercongak-congak tunggu gaji baru leh beli...) kecurian di Masjid Lutong, geram.... tapi sabar. Nak buat macam mana dah hilang. Pada masa yang sama ada Pak Cik ni pun hilang selipar dia, sehari sebelum tu ada yang hilang kasut baru etc. Apalah nak jadi dengan budak-budak Melayu/Islam ni, kat masjid orang sedang beribadah pun jadi tak senang hati dibuatnya dek perangai mereka ni. Ni baru beli selipar getah murah pun tak tentu lagi selamat, sebab selipar getah ni ada corak 'zebra' dengan tali kaler 'olive green' (macam adik-adik ker?)... sah-sah menarik perhatian si pencuri..... tawwakal.........

Monday, October 09, 2006

Kad Hari Raya Virtual vs Realiti

Alhamdulillah, sudah 2 minggu umat Islam berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Maghrib hari ni pula akan masuk hari ke-17 Ramadhan, hari dimana kitab suci Al-Quran diturunkan semasa Nabi Muhammad s.a.w sedang berkhalwat di gua Hira' Jabal Nur. Perbanyakkanlah amalan-amalan mulia di 2 fasa terakhir ini.

Eid Mubarak Greetings Card

Minggu lepas, seorang kenalan baru (baru tapi mesra....) mengirim kad Hari Raya, kad Hari Raya yang pertama aku terima tahun ni (foto kat atas tu). Semasa berada di syarikat lama, banyak juga dapat kad raya, tetapi semuanya bukan bersifat 'personal', lebih kepada hubungan 'profesional'. Aku suka menerima dan memberi kad raya, tetapi semenjak adanya Internet, sudah berkurangkan koleksi kad raya 'realiti' kerana diganti dengan kad raya 'virtual' yang beranimasi segala. Kad raya 'virtual' ni senang di'pos', sekali tekan butang papan kekunci 'sent', berpuluh-puluh orang akan menerimanya sekaligus - mudah, cepat dan cost-effective (atau zero cost jika menggunakan komputer syarikat). Walaupun begitu, aku masih memilih kad Hari Raya 'realiti' yang boleh dipegang, disentuh, yang boleh dibuka-tutup, yang ada tandatangan menggunakan pen, yang boleh digantung di dinding atau disusun atas meja dan ada 'personal touch'. Sedihnya... tahun ni cuma kad yang di atas tu sahaja yang aku dapat (kepada pengirim kad ni, terima kasih sahabat).
Niat untuk mempelawa rakan-rakan sekerja berbuka puasa di rumah terlaksana juga akhirnya. Majlis tersebut berlangsung hari Sabtu lepas, ringkas tetapi terasa ukhuwah semakin kuat dan mesra. Dari awal pagi lagi aku dah berkemas rumah, kemudian ke pasar dan terus memasak. Menu kali ini juga ringkas - ketupat segera, rendang ayam, sayur lodeh (siap letak tempe dan tauhu goreng), nasi briyani, couscous vege dan air sirap bandung berserta buah-buahan dan kurma Maryami (kurma ni pun ada yang tolong belikan di KL... orang yang sama beri kad Hari Raya tu). Sebelum tu, ada seorang rakan siber yang selalu singgah kat tagborad ni 'TYAH', tetiba muncul depan rumah, aku macam 'kaget' sekejap kerana seorang gadis manis bertudung bunga-bunga berdiri di luar pagar sambil memegang/menghulur sesuatu. "rush, maaf I tak dapat join, ada hal.... ni ada cream caramel...". Terima kasih banyak-banyak to 'tyah'! Terima kasih daun keladi, cream caramel tu sedap sekali, bila nak bagi lagi?
Berpuasa di sini berbeza dari cara atau 'lifestyle' aku berpuasa di Johor Bahru sebelum ni. Inilah yang aku katakan setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, dan aku terlontar di Miri ni pun ada hikmahnya. Berbuka puasa di JB penuh dengan acara-acara makan di Restoran, Hotel, rumah-rumah VIP, Istana, Rumah-rumah kebajikan etc. Hanya beberapa hari sahaja aku akan berbuka puasa di rumah atau di rumah parents, selainnya di luar bersama rakan-rakan, kenalan, sahabat-handai atau strangers. Jadual berbuka puasa selalunya penuh dengan undangan, tak kira hujung minggu atau hari bekerja. Samada jemputan ke rumah kebajikan berbuka puasa bersama anak-anak yatim, majlis berbuka anjuran UMNO, atau berbuka di Hotel atas jemputan 'client' atau wakil-wakil Hotel, atau memang dirancang bersama rakan-rakan yang pelbagai. Fasting month dah jadi Feasting month akhirnya. Di Miri ni, aku Iftar seorang diri di rumah - ala-kadar sahaja. Cuma sekali tu berbuka bersama rakan di Restoran Muara yang ada menjual hidangan ala-Jawa - Nasi Lelapan, kemudian 2 kali di Cafe Dudok (sekali atas anjuran Ketua Jabatan, bertahlil etc) dan Jumaat lepas bersama rakan sekerja di sebuah Restoran Itali. Tetapi masih ada lagi 2 minggu berpuasa, mungkin ada jemputan, mungkin ada anjuran, mungkin balik JB nanti Iftar di Hotel bersama keluarga - acara wajib setiap Ramadhan. Rindu nak beriftar ramai-ramai bersama mereka....
p/s: saja nak sertakan alamat, manalah tau ada yang simpati nak kirim kad raya...Lot 4375, Lor. Desa Senadin 2C-1D, Desa Senadin. 98100 Miri. Sarawak.

Wednesday, October 04, 2006

Diari: 11 Ramadhan & 3 Oktober 1988

Awal pagi tadi semasa cuba mencari sesuatu dari kotak-kotak simpanan barang lama, terjumpa pula diari lama yang dah berhabuk, diari tahun 1988 dan 1990. Aku selak beberapa helaian..... ahhhh... nostalgia! Sengaja aku selitkan 2 mukasurat, bertarikh Hijrah dan Miladiah. Segala ejaan dan susunan yang dipaparkan mengikut seperti apa di dalam diari tersebut, kecuali komen berhuruf kecil berwarna biru di dalam kurungan.

SMSI Kulai 1988
Berkenaan gambar: Sempena Minggu Sains Malaysia Pertama di PWTC, Kuala Lumpur 1988. 3 projek Sains (Kimia, Biologi, Fizik) terbaik peringkat kebangsaan akan berkumpul mempamerkan projek mereka. Projek Fizik kami "Aruhan Elektromagnetik" dari Johor berjaya ke peringkat akhir kebangsaan. Bergambar bersama peserta dari Sek. Men. Hamzah Machang, Kelantan. Aku yang bediri sebelah kanan sekali berkaca mata tersengeh.
11 Ramadan 1408 Hijrah bersamaan Khamis 28 April 1988. [aku di tingkatan 5, bersekolah di sebuah pekan di Johor]

Tak sahur lagi - malas.
pergi sekolah dgn bike Cik Odin [salah seorang pakcik yang rapat dengan aku, aku selalu jahanamkan motorbike dan kereta dia] - Lewat
Guard [Pengawas sekolah, kena jadi macam Pak Guard] . Masa P.K [aku macam dah lupa P.K ni apa, Pendidikan Kesihatan ke? ada ke subjek tu?] gelihati - bebudak kena berdiri kat depan!! cikgu Geo ganti Bio [subjek kegemaran aku; Geografi dan Biologi].
Relax 1 period - gebang2 dengan Azhar [antara kawan paling rapat dengan aku sebab dia ni jenis 'cool' dan ada style, dah berapa orang anak dia ni ek? gebang=sembang=berbual] -
pasal 'pengantin' tu tak habis [rahsia kami sehingga ke hari ni...] - syok.
Ambil kad raya dari ustazah. jual dalam
kelas. Dapat kad raya dari Aniza Azura [antara perempuan paling cantik kat sekolah, dah tu syok kat aku, sampai ke saat ini walaupun dia dah 2 kali bernikah!!! still hunting me...].
Boring masa ugama [not my favourite ustazah].
B.M relax. [relax sebab cikgu ni dia seorang je yang bercakap depan kelas, kita ni semua cuma mendengar je lah, dari awal sampai akhir]
Balik R.M. [nama singkatan bagi kawasan perumahan tempat aku tinggal. RM=Raja Melewar? RM=Rumah Mewah? RM=Rialto Market?]
tidur [aku memang kuat tidur, sampai sekarang].
Buka puasa. bincang - esok cadang nak
cat rumah [hobi mengecat rumah ni terbawa-bawa sampai sekarang, rumah 5 bilik aku tu pun aku cat sendiri, dengan sedikit pertolongan]- o.k!
tidur lewat - tonton t.v. [tinggal di selatan Johor ni dapat siaran t.v dari Singapura, macam-macam program ada, dah tu siaran habis lewat malam]
Boring! [kalau dah tidur petang, pasti malamnya susah nak tidur, makanya dengar radio siaran Bahasa Inggeris dari Singapura, sambil berkhayal...]
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!
Boring!

SMSI Kulai 1988

Berkenaan gambar: Dari kiri ke kanan. Aku berkacamata hitam dan berdiri macam model senget, Dr. Shamsul Abd. Rahman - rakan dari kecil, sama-sama berkubang dalam sungai belakang rumah mak tok, kini membuka klinik sendiri di pekan kami, Norazmi Tukiman- rakan aku dari darjah satu sampailah ke sekolah menengah, sekarang menjadi akauntan di Public Bank JB & Mohd Khalis Sulaiman-mak bapak dia terkenal sebagai guru yang sangat garang, kerja dengan Pelangi Berhad agaknya sekarang. Depan sekolah kami tahun 1988.

Isnin 3 Oktober 1988. [mukasurat bertarikh 4 Oktober kosong tidak ada sebarang catatan]
S.P.M - 38 [ditanda di atas mukasurat menunjukkan bilangan hari akan bermulanya peperiksaan S.P.M]

Awal bangun. Solat subuh - dah lama tak
solat subuh [macam liat sikit kalau bab solat Subuh ni, sebab SPM dah dekat, rajinlah sikit solat sambil berdoa]. Hujan pagi ni [hujung tahun, biasanya memang hujan hampir setiap hari, termasuklah pada tahun 1988 ni ada banjir besar sehingga peperiksaan SPM ditangguhkan]. Peperiksaan S.R.P [SRP dah jadi PMR]
tukar kelas. dapat Fizik = failed [aku antara pelajar Melayu terbaik dalam subjek ni, tetapi boleh failed pulak masa trial exam]. B.M - o.k juga C3 [ini dah tahap maksimum pencapaian BM semasa di sekolah, tetapi aku dapat keputusan yang lebih cemerlang pada SPM yang sebenar].
Recess - senyap tuckshop [entah kenapa aku suka gelarkan kantin sekolah "tuckshop"]. Bio - boring, ngantuk [boring sebab semuanya hanya mengulangkaji].
Math II - failed dgn teruk [Matematik memang mencabar sebab ramai budak Cina dalam kelas, high standard, tapi untuk SPM lulus la pulak].
Balik R.M - leceh no bike - tidur -
petang - K.M. [nama singkatan bagi kawasan tempat tinggal mak tok, cuma sebatu dari rumah kami]
Lunch - tidur - letih [entah apa la yang letih sangat ni].
Malam - buat kerja sikit [kerja? kerja? kerja mengulangkaji pelajaran sebab nak exam] - tonton t.v. [belajar sekejap, tengok tv yang lama, sebab tu mata rabun]
buat surat untuk Hadijah [ini lah antara perempuan yang aku paling minat, dari dulu sehingga....emmm... tahun lepas terserempak dia dengan hubby, dah kureng... tapi tetap menawan, mixed Pakistan, kira taste aku la tu]
Pergi bandar beli mee kejap [bandar mana? mee mamak kat pekan ni memang superb!]. Tanya atuk lagi pasal nak pindah [aku cadang nak tinggal dengan atuk masa ni].

Monday, October 02, 2006

Nostalgia Ramadhan 70'an-80'an.....

Bulan Ramadhan merupakan waktu yang senantiasa ditunggu-tunggu. Pertamanya, di bulan Ramadhan ni, dapat makan yang sedap-sedap, luar biasa cara masakan mak, resepi yang dah lama tak keluar akan muncul semula, ini termasuklah my favourite ‘ayam engkong’ – masakan jawa, ayam satu ekor yang dipanggang dalam oven atau digoreng, kemudian disira dengan segala rempah-ratus dan santan pekat. Mak memang rajin memasak, sehinggakan 'fishball', cendol dan air tauhu pun dia buat sendiri. Lebih meriah kalau berbuka puasa di rumah mak tok yang jaraknya cuma sebatu dari rumah kami. Di rumah mak tok ramai orang, maklumlah rumah besar, keluarga besar dan masih ramai yang bujang (yang dah berkeluarga pun gemar berbuka sekali). Riuh-rendah dengan bunyi gurau senda anak cucu dan pinggan-mangkuk periuk-belanga, bayangkan sekitar 20-30 orang ada di dapur bersedia untuk berbuka puasa, macam kenduri kendara. Rindu sangat-sangat dengan suasana macam tu, tetapi setelah mak tok meninggal dunia kira-kira 15 tahun dulu, semuanya telah berubah.
Kedua, memang seronok berpuasa, tak tahulah kenapa, walaupun letih, dahaga, lapar… tetapi seronok, tak der lah merengek nak berbuka segala walaupun umur baru 7 tahun. Semasa hendak berbuka puasa, ramai-ramai duduk mengelilingi meja yang penuh dengan beraneka makanan (masa tu kami 5 beradik), jiran-jiran saling bertukar-tukar juadah (zaman sekarang ada ke?), aku akan jadi ‘porter’ pergi dari satu rumah ke satu rumah menghantar kuih atau juadah, “Mak Aniiii….. ooooo mak Aniiii… mak bagi kuih niiii…”. Masakan dari Mak Eton paling aku tunggu-tunggu, sebab semua masakan dia sedap, maklumlah dia dan suami keturunan Arab-Melayu Singapura. Ketiga, sebab selepas Ramadhan, masuk pula Syawal, kanak-kanak mana yang tak suka menyambut Hari Raya. Sebelum tiba Hari Raya, sudah tentu akan berbelanja pakaian baru, walaupun tidak semewah mana, tetapi ada dan cukup. Kasut baru pasti dicari di kedai BATA, selalunya aku pilih sandal yang warna cokelat tu, kadang-kala abah akan pilihkan kasut ‘keras’ kulit. Baju Melayu kena warna sedondon dengan adik lelaki yang sorang tu, adik-adik perempuan warna baju tak boleh sama dengan yang lelaki, songkok pun kena beli yang baru sebab yang tahun lepas dah tak muat, lagipun dah ‘out of shape’ sebab selalu diguna ke sekolah agama. Yang jual songkok ni selalunya orang-orang Minang dari Sumatera, tak pun orang-orang Pakistan yang tinggi lampai berjanggut panjang beruban. Stokin dan saputangan pun baru, stokin beli yang warna putih sebab boleh pakai ke sekolah dan saputangan penting sebab aku tak suka mulut comot dan selalunya buat kesat hingus. Nyonya kat pekan tu dah tau sangat perangai aku, mesti minta saputangan corak kotak-kotak. “Nyonya, yang bunga-bunga saya tak mau lah, ini perempuan punya!!!!”. "Aiyaaa... wa ingat lu pelempuan lorrrrr... soli arrr..." !#$%^&*!

bata

Sepanjang malam bulan puasa, mak rajin buat biskut, macam-macam biskut yang dia buat, walaupun dari siangnya mak dah penat memasak dan buat kerja rumah, malamnya pasti tak ketinggalan buat biskut. Aku sudah tentulah jadi assistant Chef, tolong klim tart nenas, tabur ceri, letak kismis, susun atas dulang, simpan dalam balang etc. Sambil buat biskut, mak selalu bercerita, cerita masa dia muda-muda dulu, cerita sambut raya orang dulu-dulu, susah senang zaman dulu. Sambil tu mak selang-seli memberi nasihat supaya belajar rajin-rajin (bukan belajar buat biskut ek!), bila besar boleh jadi orang senang, tak merempat..... dan boleh bawa mak pergi melancung/wisata (ini 'penyakit' keturunan suka melancung). Bab bangun sahur, akulah orang paling mudah bangun sahur, tak macam adik-adik yang lain tu, kecuali Anita. Kalau harapkan lelaki yang sekor tu dan si Linda….. tahan tak nak makan sebab nak ‘titun’, tak pun ada yang menyuap nasi ke mulut sambil mata tertutup. Aku dengan cerianya akan bersiap-siap untuk makan sahur, aku tak begitu cerewet dengan makanan sahur asalkan panas, lagipun semua masakan mak memang sedap, minuman wajib untuk bersahur ialah Milo panas. Itu dulu-dulu.... masa kecil-kecil bersekolah rendah.