Tuesday, October 04, 2005

Ramadhan Is Coming!!!!!!!

sujud ramadhan


Ramadhan datang lagi! Inilah bulan yang amat aku nanti-nantikan. Aku sendiri pun tak pasti kenapa aku gembira sangat bila datang Ramadhan atau 'bulan puasa'. Mungkin juga disebabkan pengalaman dari kecil, aku sungguh beriya-iya ingin puasa walaupun baru berumur 7 tahun. Sejak itu, aku tidak pernah meninggalkan puasa setiap kali Ramadhan. Ramadhan kali ini tiada bezanya dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Segala-galanya berjalan dengar lancar dan tenang. Hari pertama berpuasa, aku sibuk memasak untuk keluarga. Aku dah beritahu adik-beradik yang lain supaya berbuka di rumah orangtua aja. Aku akan masak untuk semua, hidangan istimewa aku, nasi briyani. Lauknya dah tentulah briyani juga, tapi briyani ayam dan telur rebus. Aku buat juga sedikit pineapple salsa atau 'pencuk' atau kerabu nenas bersama tomato, timun, lada hijau, bawang dan daun ketumbar. Memacam juadah dan kuih-muih depa beli nak buat buka puasa, biasalah, hari pertama puasa, nafsu nak berbuka dan makan tu membuak-buak.
Sedang aku duduk di meja makan dan menghadap juadah berbuka, teringat pulak peristiwa masa kecik-kecik dulu. Pernah sekali tu aku merajuk semasa nak berbuka, aku tak pasti pulak sebab apa, mungkin masa tu aku menggomel yang makanan yang mak sediakan tak cukup pedas. Masa azan berbuka, aku masih duduk merajuk di luar rumah. Puas mak teriak suruh masuk ke dalam dan makan, aku buat bodoh jer. Selang beberapa minit, mak muncul kat depan aku sambil tangannya memegang sesuatu. Mak sekali lagi kata 'nak masuk makan atau tidak?!', aku jawab 'tidak!!!!' dengan sepantas itu juga mak menenyeh dan melumur sambal cili api ke mulut aku. "Nah! rasakan, nak makan pedas sangat!". Habis mulut aku dilumurkan dengan cili padi yang pedas menyala. Aku apa lagi la... meraung sekuat hati........................