Thursday, September 08, 2005

AIDS: IS ANYONE POSITIVE?


HIV Logo
Originally uploaded by rushmooradt.

Sejak semalam aku menjadi begitu sedih dan runsing mengenangkan berita seorang rakan karib yang disahkan menghidap HIV/AIDS. Walaupun perkara ini dirahsiakan dari rakan-rakan, namun ada saja 'mulut tempayan' yang tak boleh ditutup. Ramai di antara kita ambil mudah perkara seks tanpa perlindungan atau 'safe sex' ini. Kerajaan dan NGO telah menjalankan pelbagai kempen kesedaran dan aktiviti bagi memberi maklumat kepada masyarakat. Peratusan yang menghidap HIV/AIDS di Malaysia semakin tinggi, ini bermaksud semakin ramai yang membawa virus ini dalam tubuh badan mereka dan kemungkinan untuk menyebarkannya kepada orang lain juga amat tinggi. Ada juga yang mengatakan angka sebenar penghidap HIV/AIDS ini berlipat kali ganda dari apa yang dihebahkan melalui media, dan Malaysia mempunyai penghidap HIV/AIDS tertinggi di Asia selepas Thailand. Sungguh mengerikan dan menginsafkan.

Kalangan penghidap pula bukan sahaja dari mereka yang menjadi penagih dadah, tetapi juga pengamal seks bebas - heterosexual, homosexual, bisexual etc. Ada juga segelintir pembawa virus ini dari kalangan mereka yang 'tidak bersalah' yakni mendapat virus dari pemindahan darah, dari suami/isteri/ibu HIV+ dan juga mangsa rogol/sumbang mahram. Kita masih tidak terbuka dalam membicarakan perihal HIV/AIDS. Ianya dianggap subjek 'taboo', isu yang cuba mereka elakkan dan jauhi. Mereka menganggap penyakit HIV/AIDS ini 'bala' atau 'balasan' dari Tuhan kepada mereka yang menderhaka atau pembuat dosa. Ianya tidak benar 100%! Ramai isteri solehah yang teraniaya akibat suami mereka yang mengamalkan seks bebas atau mengambil suntikan dadah. Isteri tidak tahu, anak-anak mereka pula sudah pasti tidak mengerti. Mereka menjadi mangsa HIV/AIDS kerana kesilapan orang lain.

NGO atau pertubuhan bukan kerajaan banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat memahami risiko, akibat dan kesan HIV/AIDS. Kerap kali mereka yang terlibat dengan NGO ini dipandang serong, sedangkan mereka ikhlas membantu penghidap yang memerlukan bantuan, sokongan, nasihat dan sebagainya. Saya sendiri terlibat dengan sebuah NGO berkaitan HIV/AIDS iaitu Johor AIDS Action & Research Society (JAARS) sejak 5 tahun dulu setelah menyedari dan menginsafi apa yang sedang dihadapi oleh masyarakat. Seruan saya kepada semua, amalkan gaya hidup yang sihat. Keseronokkan yang hanya beberapa minit boleh mengakibatkan penderitaan sepanjang hayat. Manusia masih belum menjumpai penawar kepada virus ini maka sentiasalah berwaspada.

9 comments:

Anonymous said...

Cool blog, I have added it to my list and will check in often!

Best Wishes,
Ken
Easy Speed Reading

Rush Murad said...

thanks Ken!

Edison said...

(unrelated 2 this post) hey T.S! thanks 4 dropping by! :D yea... that's y i said... now i noe that there's no place like home... :D

Nurlea Laurielle Lai Lee said...

I've just lost a close friend to AIDS/HIV also. He passed away semalam, pagi rasanya. Anyways... erm... I think its important that ppl understand the term SAFE SEX and also be mentally alert at all times when it comes to this matter. Jgn SUKA2 awal2, nanti SAKIT2 NANGIS kemudian hari...

Rush Murad said...

nurlea, i dah serik bab HIV/AIDS nih. thats why i join NGO kat JB ni, khas mengenai HIV/AIDS. end of this week we all organise 'counselling related to HIV/AIDS'. yg bagi talks pun pakar dlm bidang ni especially doctors, volunteers etc. Hope adik2 yg baru naik ni tau safe sex... selalunya depa pakat tibai ja...

Nurlea Laurielle Lai Lee said...

Betul tu. and bila ppl like ME being picky wicky and choosy segala bagai, MEN says that I nih kerek la, sombong la, old fashion needs johnny's cap lah and what not - better be safe than sorry, kan? HIKS!

me said...

erk!

Im i wrong or what..

please people who are we?
servent of Allah..

the problem is..
masalahnya bukan HIV basically,,,penyakit itu, andai kita bertaubat yang salah dan yang tak salah kita sam2 tolong bukan persoalannya..

in Islam..
there is no safe sex OUTSIDE MARRIAGE..

OUTSIDE MARRIAGE SEX, eventough it safe from hiv when do it safely, ADAKAH SELAMAT DARI MURKA TUHAN DI HARI PEMBALASAN NANTI>>>takutnya ya Allah...

TAPI. kalau org tu sakit hiv dia bertaubat, tentunya ALLAH ITU AMAT PENGAMPUN PENGASIH DAN PENYAYANG>.

i think we shouldn't promote safe sex..

BUt,,

no sex before marriage..dosa dan azab Allah lebih padah dari penyakit tu sendiri//

Telewizja przez internet said...

Best links to seks, seks video, seks filmy, seks free

seks video
seks free
seks filmy
seks
seks
Telewizja internetowa
Telewizja przez internet

hpv warts said...

Genital Warts Symptoms are pretty sick. Check out that genital wart site - their medicine really kicks butt, All you sufferers out there should listen up. We do not have to live like that anymore.