Banner blog Tepak Sireh by Rush Murad

Sunday, April 07, 2013

My Confession In New Orleans

New Orleans
Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di bumi Amerika Syarikat, genap setahun dulu sekitar pertengahan Mac aku telah ke kota San Francisco untuk tujuan yang sama dan singgah bercuti di kota New York dalam perjalanan pulang ke Qatar. Aku menyertai persidangan antarabangsa bagi para professional dalam bidang Pengurusan Maklumat atau Information Professional yang dianjurkan oleh sebuah badan terkemuka dalam bidang ini iaitu AIIM yang berpangkalan di sana. Selain menyertai persidangan, aku juga mengambil beberapa kursus singkat serta perlu menduduki peperiksaan untuk layak dalam sesuatu bidang khusus. Pemergian aku ditaja oleh Syarikat di mana aku berkhidmat sekarang.


New Orleans
Kali ini persidangan diadakan di kota New Orleans yang terletak dalam negeri Lousiana, selatan benua Amerika Utara. Kota ini merupakan antara kota tertua yang didirikan oleh bangsa Eropah terutamanya penjelajah dari Peranchis dan Sepanyol yang mana mereka telah membawa masuk hamba-hamba abdi dari benua Afrika. Penduduk asli berketurunan Red Indian serta pelbagai bangsa lain tidak putus datang bermigrasi ke sini termasuklah mereka yang berhijrah dari kepulauan Carribean yang berdekatan. Ini menjadikan kota New Orleans sangat unik dari segi budaya, bahasa, seni bina bangunan, makanan serta penduduknya yang telah bercampur-baur dengan pelbagai bangsa yang juga dikenali sebagai Creole.


New Orleans
Aku menetap di tengah-tengah kawasan komersial, bersempadan dengan French Quarter yang menjadi titik tumpu pelancong dan segala kegiatannya yang menjadikan kota ini mahsyur serta dikenali ramai. Pelbagai sambutan perayaan dan persidangan sedang berlangsung, maka harga hotel-hotel di sini berlipat kali ganda mahal dari hari biasa. Kebanyakkan hotel di sini sudah penuh ditempah, sedangkan aku cuma membuat tempahan pada saat-saat akhir kira-kira seminggu sebelum berlepas ke sana. Penerbangan dari Doha ke Houston masih mempunyai tempat duduk kosong di bahagian business class, begitu juga dengan penerbangan selanjutnya dari Houston ke New Orleans. Selama hampir 16 jam aku terbang tanpa henti, transit selama sekitar 3 jam di Houston dan akhirnya aku sampai di New Orleans sekitar jam 11 malam. Walaupun waktu sudah lewat, aku mengambil kesempatan meninjau-ninjau kawasan sekitar hotel yang masih sibuk dengan manusia yang lalu-lalang.


New Orleans
Persidangan berlangsung selama 5 hari, manakala sehari sebelum dan selepas itu dikira sebagai hari bertugas rasmi, bermaksud Syarikat memberi wang saku (untuk penginapan hotel dan makanan) atau per diem untuk 6 malam, dan aku pula menambah lagi 3 malam untuk berehat sambil bercuti di sana yang tidak dikira sebagai hari bertugas. Selama 6 malam tersebut, pihak Syarikat memberikan per diem (tidak termasuk tambang kapal terbang) sebanyak QR22,400 (RM18,000). Jumlah yang hampir sama juga diberikan semasa aku ke persidangan di San Francisco serta ke London dua tahun lepas. Memandangkan aku mempunyai penyakit 'shopaholic', selalunya wang tersebut habis semuanya sebaik aku mendarat pulang di Doha. 


New Orleans
Agak sukar juga mengawal tabiat suka berbelanja aku ini, ada sahaja yang ingin dibeli, terutamanya apabila ke luar negara. Tetapi kali ini aku betul-betul bertekad untuk tidak banyak berbelanja seperti tahun lepas di mana aku benar-benar berbelanja besar di kota New York sehingga perlu menambah membeli sebuah beg pakaian yang besar dan sebuah beg bersaiz kabin. Lagi pula kali ini, aku baru sahaja pulang berbelanja di kota Dubai sekitar sebulan yang lalu, di mana aku membeli lebih sedozen pakaian selain dari beberapa pasang kasut dan barangan lain. Beberapa minggu yang lalu juga aku baru sahaja membeli sebuah jam tangan berjenama Rolex yang dihiasi dengan beberapa biji berlian asli yang berharga hampir QR40,000. Selain itu, beberapa hari sebelum berangkat ke USA, aku sempat membeli sebuah kamera kompak Sony Alpha NEX-N5Y yang berharga sekitar QR2600 untuk menggantikan kamera kompak yang sudah uzur. Foto-foto yang dipaparkan di entri kali ini merupakan hasil dari kamera canggih NEX-N5Y tersebut.

new orleans
Berbalik kepada kisah di New Orleans, aku membuat tempahan di Cotton Exchange hotel yang bertaraf 3 bintang sahaja. Maklumbalas atau review dari bekas pengunjung hotel di booking.com ini amat memuaskan serta harganya juga berpatutan. Memang benar hotel ini dijaga dengan bersih dan rapi, jauh dari keriuhan French Quarter walaupun jaraknya cuma sekitar 10 minit berjalan kaki. Hotel ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan rekabentuk asli masih dikekalkan. Ianya berhampiran dengan semua tempat tumpuan pelancong di sini, dengan hanya berjalan kaki beberapa minit sudah boleh sampai di tebing Sungai Mississippi, River Walk, French Market, CBD di mana persidangan dianjurkan, Bourbon Street, Aquarium, Superdome dan banyak lagi. Ada sekali aku menaiki Street Car atau tram menuju ke kawasan Garden District untuk melihat rumah-rumah agam penduduk di sana yang dikelilingi taman-taman serta pohon besar yang menghijau.


New Orleans
Ada sebuah restoran makanan halal di sini yang diusahakan oleh warga Pakistan dan Sudan. Restoran Salt N' Pepper ini menghidangkan makanan Pakistan dan India serta Pizza pelbagai jenis. Restoran ini terletak tidak jauh dari hotel penginapan aku, hanya berjalan kaki sekitar 10 minit menuju ke sebuah pusat beli-belah barangan ternama di sini. Aku mencuba nasi briyani kambing pada hari pertama, dan beberapa hari kemudiannya aku ke sini lagi dengan mencuba nasi putih berlaukan kari ikan. Waktu siang selalunya aku hanya mengambil buah-buahan, cereal dan sandwich vegetarian berserta keju. Manakala sebelah malamnya aku lebih gemar ke restoran yang menghidangkan makanan laut, terutamanya ke Oyster House yang menghidangkan tiram segar yang dipanggang bersama parmesan cheese dan sedikit herba. Selain dari itu aku juga mencuba ikan keli (cat fish) dari sungai Mississippi yang terkenal ini, yang digoreng rangup serta crawfish atau udang sungai yang hanya direbus begitu sahaja. 


DSC00257
Aku benar-benar tidak dapat menahan ‘nafsu’ berbelanja bila terserempak dengan pusat beli-belah Saks Fifth Avenue yang berdekatan dengan restoran halal yang aku ceritakan tadi. Aku berniat hanya ingin melihat-lihat sahaja barangan yang dijual di sini terutamanya koleksi terkini Gucci dan Salvatore Ferragamo, namun tidak banyak barangan yang dipaparkan kecuali koleksi Ralph Laurent yang juga menjadi kegemaranku. Dek kerana harga pakaian jenama Ralph Laurent di Amerika Syarikat lebih murah dari tempat lain, aku terpaksa mengalah dengan membeli beberapa helai baju dan sehelai seluar jeans jenama Hugo Boss. Selain dari itu, aku memang sudah bercadang untuk membeli beberapa jenis produk Kiehl's di sini kerana jenama ini tidak dijual di Doha. Selalunya aku membeli dengan kuantiti yang lebih semasa pulang bercuti di Kuala Lumpur. Selain dari itu, aku juga berkunjung beberapa kali ke Hard Rock cafe untuk membeli t-shirt dan koleksi cenderamata yang dipesan oleh rakan-rakan di Doha.

new orleans musicians
French Quarter menempatkan berpuluh-puluh (jika tidak ratusan) buah pusat hiburan seperti pub dan kelab malam selain dari deretan restoran, kedai-kedai menjual pelbagai produk kraftangan dan cenderamata, cafe, kedai barangan antik serta pusat hiburan dewasa. Kebanyakkan pub-pub ini menghidangkan persembahan muzik secara langsung atau live dengan pelbagai genre dari Jazz yang sinonim dengan New Orleans, Rock, Balada, Oldies, Reggae, Cabaret sehingga kepada muzik dari pancaragam atau brass band. Pusat disko pula berselang-seli dengan pub-pub ini memainkan muzik rancak sehingga ke jam 4 atau 5 pagi. Setiap malam tempat-tempat ini dipenuhi dengan pengunjung dari pelbagai bangsa dan mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk. Jalan-jalan dipenuhi dengan pemuzik jalanan atau Busker pada waktu siangnya dan penarik beca serta kereta kuda berada di merata sudut. French Quarter memang hidup dan meriah setiap hari dan sepanjang tahun, walaupun di luar musim perayaan Mardi Gras yang terkenal itu!


New Orleans
Hampir setiap malam aku berada di sekitar French Quarter terutamanya Bourbon Street dan Royal Street atau Rue Royal dalam bahasa Peranchisnya ataupun dalam bahasa Sepanyol dipanggil sebagai Calla de Real, untuk berkunjung ke pub-pub  mendengar live music dari pelbagai genre dan kumpulan. Muzik Jazz lahir dari sini, betul-betul di French Quarter ini, maka ramai pemuzik dan penyanyi Jazz terkenal karier mereka bermula di pub-pub ini. Ianya seakan memorial atau muzium hidup yang mendendangkan genre Jazz yang memang menjadi kegemaranku. Pengunjung yang datang ke sini memang untuk berpesta dan menikmati muzik hebat serta makanan lautnya yang segar. Semua tempat hiburan di sini dibuka sehinga ke jam 4-5 pagi dan ianya penuh dengan pengunjung yang rata-rata semuanya mabuk dengan minuman keras yang dijual merata-rata. 


New Orleans
Walaupun aku ke sini hampir setiap malam, namum aku tinggalkan kamera di bilik hotel, demi keselamatan takut disamun atau keciciran. Berjalan malam di kota-kota besar perlu lebih hati-hati, tinggalkan kamera, telefon bimbit, dompet serta barang berharga di hotel. Aku cuma membawa sedikit wang untuk belanja, yang diletakkan di beberapa bahagian poket seluar dan baju atau jaket (kadangkala diselitkan di stokin). Kad kredit pula aku selitkan di dalam saku depan seluar manakala jam tangan selalunya aku hanya guna yang murah sahaja. Berjalan pulang di waktu malam kadang-kadang amat membimbangkan lebih-lebih lagi jika terserempak dengan kumpulan-kumpulan lelaki yang mabuk atau ketagihan dadah, atau kutu rayau. Aku tidak akan sesekali cuba pandang tepat ke arah mereka, berjalan seperti biasa tetapi dengan agak pantas tanpa gopoh-gapah. Kalau boleh elakkan dari berjalan di kawasan yang gelap dan kurang manusia lalu-lalang. Jika ada yang cuba menegur, katakan 'No' dan terus berlalu sambil membuat muka sedikit marah atau selamba. Cuba berlagak seperti penduduk tempatan tanpa memperlihatkan kejanggalan.


My creation

Memang tidak merugikan apabila aku memanjangkan cuti di kota ini kerana banyak tempat yang dapat aku lihat serta merasai hujung minggu bersama-sama pelancong tempatan. Hujung minggu itu diadakan Pesta Makanan seluruh Lousiana yang berlangsung di French Market. Ianya seakan-akan pasar tani selain menjual produk makanan tempatan, ada juga yang menjual pelbagai kraftangan yang menarik. Memandangkan sukar mendapat makanan yang halal, aku duduk di sebuah kafe terkenal di sini sambil menikmati kopi campuran New Orleans serta Beignets, sejenis kuih tradisional tempatan seakan donut tetapi dipotong segi empat dan ditabur degan gula halus yang banyak. Malamnya pula aku  menghabiskan masa dengan beberapa orang pemuda tempatan dan rakan-rakan mereka yang datang dari Seattle, California dan Chicago. Kami berkenalan sambil aku bercerita tentang Malaysia yang mana mereka agak arif dengan kemahsyuran menara kembar Petronas, pulau-pulau yang cantik serta penduduknya yang majmuk. 

New Orleans

Aku rasakan amat pantas masa berlalu semasa berada di New Orleans namun cukup puas menyelurusi setiap jalan dan lorong di French Quarter tanpa rasa jemu. Kota ini tidak terlalu sibuk seperti New York, tidak ramai kutu rayau dan pengemis di jalanan seperti di San Francisco, bahkan penduduk di sini sangat ramah-tamah serta sentiasa melemparkan senyuman. Bagi peminat muzik pula, di sini memang tempatnya bagi mendengar live music dari pemuzik amatur mahupun professional, pemuzik jalanan atau busker serta muzik Jazz yang amat berlainan. Di akhir konferens AIIM 2013 itu, panel telah bersetuju untuk menganjurkannya pada tahun hadapan di sebuah 'kota keriangan' yang tersohor iaitu Orlando di mana terdapatnya Disneyland, Universal Studio dan pelbagai lagi. Jumpa di sana pula InsyaAllah!

Labels: AIIM, AIIM 2013, AIIM Conference 2013, beignets, bourbon street, french quarter, lousiana, new orleans, rush murad, Tepak Sireh, USA

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 10:34 pm 4 comments links to this post

Wednesday, March 13, 2013

My Parents Trip To Doha & Dubai 2013

Ini merupakan kali ke dua Pak Murad dan Mak Sinah berkunjung ke Qatar. Tahun lalu perancangan untuk melawat anak sulong mereka di sini rancak dibuat tetapi akhirnya tidak kesampaian kerana dek kesuntukan masa serta mereka sibuk dengan pelbagai hal termasuklah pemergian mereka menunaikan umrah. Tidak semua waktu sesuai untuk datang melawat Qatar, sebuah negara Arab timur tengah yang mempunyai iklim panas melampau ini. Bermula dari bulan Jun sehinggalah September, suhu di sini amat panas, kering dan ada ketikanya mencecah sehinggah 55’Celcius! Waktu terbaik melawat Qatar ialah bermula dari Disember sehingga April sahaja. Sekitar bulan Januari dan Februari, suhu di sini amat nyaman, waktu siangnya sekitar 15’-25’Celcius dan malamnya serendah 10’-8’Celcius.

Kedatangan mereka dinanti-nanti oleh rakan-rakan yang menetap di sini, pelabagai cerita aku khabarkan kepada mereka dan pelbagai aturcara sudah siap aku susun. Hari ketiga mereka di sini, aku anjurkan majlis doa selamat sempena sambutan hari lahir abah yang ke 69 tahun. Ramai rakan-rakan yang hadir dengan membawa pelbagai juadah. Selalunya jika di Malaysia, hari lahir Abah hanya disambut oleh anak-anak, menantu dan cucu sahaja tetapi kali ini berlainan dan pastinya sungguh meriah. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dan semoga Abah diberikan kesihatan yang bagus dan ceria serta dilimpahi kasih-sayang oleh anak-anak serta cucu-cucu dalam meniti hari-hari tua yang mendatang.

DSC04086
Beberapa hari di Doha, kami bertiga terbang pula menuju ke Dubai untuk berbelanja bersempena dengan Dubai Shopping Festival 2013 serta melihat keindahan kota besar serba mewah di Emiriyah Arab Bersatu ini. Penerbangan kami tertunda beberapa jam di lapangan terbang Doha, maka hari pertama di Dubai hanya dihabiskan di sekitar hotel yang terletak di Al-Rigga. Esoknya seawall pagi lagi kami sudah keluar, bersarapan ala-Barat di Dubai Mall sebelum meneruskan misi berbelanja.
My creation
Semasa di Dubai, kami juga berkesempatan untuk mengikuti pakej Dhow Night Cruise, menaiki tongkang Arab yang sudah diubahsuai menyusuri sungai dan muara di tengah-tengah kota Dubai pada waktu malam. Sungguh menarik dekorasi tongkang ini yang boleh memuatkan sekitar 100 orang penumpang. Juga disediakan makan malam ala-Arab berserta dengan pertunjukkan tarian unik berlatarbelakang muzik padang pasir. Kami meneruskan agenda malam itu dengan berjalan-jalan sekitar kawasan Al-Rigga yang meriah dengan pelbagai kedai serta restoran.
My creation
Aku merancang untuk membawa mereka menyertai Dessert Safari tetapi kerana faktor usia dan kesihatan, aku batalkan rancangan itu dan meneruskan dengan aktiviti membeli-belah di Mall of Emirates pula. Sehari suntuk kami habiskan masa di situ sambil bersantai. Dubai memang sebuah ‘syurga’ membeli-belah, pelbagai pilihan jenama antarabangsa ada di sini dengan harga yang sungguh berpatutan. Restoran dengan pelbagai tema dan menu terdapat di merata tempat dan tema al-fresco menjadi pilihan kami untuk minum petang. Hari terakhir di sini, kami berkunjung semula ke Dubai Mall untuk membeli sedikit cenderamata serta manisan untuk dibawah pulang.
makan
Aktiviti di Doha dipenuhi dengan undangan ‘makan-makan’ yang tidak kunjung henti, dari acara sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, sambutan hari lahir, tahlil, supper sehinggalah berpiknik di taman dalam cuaca yang sungguh nyaman. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjemput kami dan menghidangkan makanan yang sedap-sedap belaka.

DSC04229
Di kediaman Datuk Fatimah Saad, bersempena dengan 'farewell party' beliau. Majlis meriah dengan pelbagai aneka makanan yang dimasak dan dibawa oleh para tetamu termasuklah Satay dan BBQ. Dikesempatan ini juga Diba membuat 'surprise' menyambut hari lahir Latiff.

DSC04281
Kak Sham yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Doha juga tidak ketinggalan memanggil kami menjamu pelbagai juadah lazat ala-kampung di kediaman beliau di ZigZag Tower yang mewah itu. Kami juga sempat berkaraoke sambil beramah mesra.

DSC04300
Sam baharu sahaja kehilangan nenda beliau, maka acara makan petang hari Jumaat itu ditukar kepada majlis tahlil. Acara makan yang ringkas tetapi ada pengisian. Saujana mata memandang ke arah lautan dari kediaman kondo Al-Seal di West Bay ini.

DSC04368
Abang Zahar dan Kak Ipah menyambut hari lahir mereka yang kebetulan tarikhnya berdekatan. Pasangan suami isteri yang sentiasa ceria ini sudah seperti ibubapa angkat aku di sini. Mak dan Abah paling rapat dengan mereka berdua semasa di Doha kali ini. Ramai tetamu yang hadir dan Kak Ipah yang memang terkenal dengan kepakaran memasaknya menyediakan pelbagai juadah sedap.

DSC04390
Azaidi dan Treesna serta anak lelaki kecil mereka merupakan rakan baru di Doha. Mereka yang baharu berpindah ke kediaman di Al-Areen menjemput kami semua menikmati masakan Melayu sambil menjenguk rumah mereka yang agak luas dan mempunyai pemandangan yang menarik sekitar West Bay yang padat dengan bangunan pencakar langit.

DSC04429
Kami sempat juag berpiknik di hujung petang di Museum of Islamic Art walau ketika itu ramai pengunjungnya. Perkelahan yang sangat ringkas dan singkat ini bersempena dengan Qatar Naional Sport Day 2013, di mana penduduk di Qatar diberikan cuti khas untuk beriadah dan bersukan.

DSC04243
Pasangan muda Zaky dan Atie yang mempunyai anak kecil comel Mika menjemput kami sebanyak dua kali ke rumah banglo mereka. Kali pertama untuk bersarapan ala-Malaysia, dan kali kedua sebelum Abah dan Mak berangkat pulang ke Malaysia. Meriah pada majlis makan malam yang dimulai dengan acara BBQ dan pelbagai juadah yang dimasak sendiri oleh Atie mahupun yang dibawa oleh para tetamu pada malam itu. Selesai makan, kami menyambung pula dengan acara menonton cerita seram menggunakan projektor yang dipancar ke dinding kosong. Malam itu kami pulang lewat dengan cuaca yang agak dingin.

Doha
Percutian Abah dan Mak kali ini ke Doha dipenuhi dengan pelbagai undangan dan aktiviti sehinggakan mereka tidak terasa sudah hampir sebulan di bumi Qatar ini. Dato' Dr. Sayed Abd Azizi yang memang sudah mengenali kedua orang tua aku, juga sempat menjemput kami makan malam di rumah mereka. Mereka juga menambah kenalan yang ramai berbanding sebelum ini. Pendek kata, lawatan Abah dan Mak ke Doha akan menjadi acara tahunan buat mereka selepas ini. InsyaAllah, semoga mereka diberikan kesihatan yang baik, kelapangan waktu dan rezeki untuk berada di sini lagi.

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 6:47 pm 8 comments links to this post

Wednesday, December 12, 2012

The Unspoken Fascinations In Lisboa, Portugal.

DSC_3782
Siapa yang tidak maklum akan epik penjelajahan (kristianisasi) dan penjajahan (penjarahan) bangsa Portugis ke seluruh pelusuk dunia bermula dari abad ke 13 Masehi sehinggalah perang dunia pertama? Selama beratus-ratus tahun bangsa dari semenanjung Iberia ini memecah samudera dan mengharungi pelbagai rintangan di lautan mahupun daratan demi cita-cita menakluki dunia ketika itu. Kesan dari tinggalan ilmu pengetahuan cendikiawan Islam (Portugal diperintah oleh kerajaan Islam selama 500 tahun) dalam bidang astronomi, pelayaran, dan kemahiran membina bahtera hebat memungkinkan eksplorasi bangsa Portugis ini. Tidak hairanlah jika bangsa Portugis dan Sepanyol ketika itu yang juga bekas negeri-negeri Khalifah Islam berlumba-lumba mencari ‘benua baru’ sehingga tersasar di pantai barat benua Amerika dan  merintasi kepulauan Nusantara sehingga sejauh pesisiran pantai barat Jepun di Asia Timur.

DSC_3675-001
Percutian di ibukota negara Portugal, iaitu Lisbon dibuat 2 hari sebelum aku berangkat terbang ke kota Madrid di Sepanyol. Perancangan pada saat-saat akhir ini dibuat kerana beberapa perubahan besar dalam perancangan awal percutian di Sepanyol . Aku dan Hafiz sampai di lapangan terbang Lisbon pada lewat petang 14 November 2012. Ketika itu amat susah untuk mendapatkan kenderaan awam menuju ke ibukota kerana adanya piket besar-besaran. Namun seorang pemandu teksi tempatan berjaya dipujuk untuk membawa kami ke Avenida Almirante dengan bayaran yang minima.

DSC03676
Setelah selesai merehatkan diri di kamar hotel, kami berjalan keluar menjenguk kawasan sekitar sambil menyesuaikan diri dengan koordinat persekitaran kota ini. Kami terserempak dengan dua buah restoran Muslim di sini. Lenguh juga berjalan kaki menuju ke pusat bandaraya, walaupun ada Metro yang berdekatan namun kami memilih untuk berjalan sahaja. Kita dapat melihat dengan jelas aktiviti-aktiviti dan bahagian-bahagian terlindung sesuatu kota itu sekiranya berjalan kaki menyusuri jalan atau lorong.
My creation
Malam pertama di sana kami habiskan dengan berlegar-legar di tengah kota sehinggalah ke kawasan Praca Dom Pedro (IV) di Rossio yang juga terdapat bangunan berwarna merah jambu tertera perkataan ‘Hard Rock Café’. Tiada apa yang menarik dengan pengunjung terlalu sedikit jumlahnya di sini. Agak sepi sebenarnya, dengan kota yang seolah-olah kurang bermaya, ditambah pula dengan hujan gerimis yang mencurah serta lampu-lampu jalan yang malap. Banyak kelihatan bangunan lama yang berusia ratusan tahun, masih berdiri kukuh namun tidak di jaga rapi, dibiarkan lusuh dimakan usia. Perancangannya aku hanya ingin berada di kota ini selama 2 malam sahaja dan kemudian ke kota Faro yang terletak di bahagian selatan Portugal.

DSC03627
Aku bercadang untuk melawat seberapa banyak monument di Lisbon keesokkan harinya dan merakam foto-foto bersejarah serta menarik untuk dijadikan kenangan percutian kali ini. Malam itu setelah puas kami berjalan di sekitar Baixa, Rua Aurea sehingga ke pintu gerbang Terreiro do Paco, kami singgah makan di sebuah restoran India yang menghidangkan masakan istimewa dari Goa – bekas kota dan pusat pemerintahan  Portugis pertama di benua Asia. Ada beberapa buah restoran India (Goa) dan China (Macau) di sini, menandakan hubungan sejarah mereka dengan Portugal yang sangat panjang, namun kebanyakkan kedai-kedai menjual cenderamata pula dikuasai oleh pendatang dari Bangladesh yang beragama Islam.

My creation
Keesokannya cuaca agak baik di awal hari. Kami menjamu selera di satu-satunya restoran yang mempunyai logo ‘100% Halal’ tanpa menghidangkan alkohol. Restoran kepunyaan warga Turki ini menghidangkan pelbagai makanan yang sungguh sedap dan sangat berpatutan. Restoran ini terletak di antara stesyen metro Anjos dan Intendente. Sesampai kami di tengah pusat kota terutamanya di Baixa-Chiado, kelihatan ramai pelancong dan penduduk tempatan sibuk dengan aktiviti mereka. Baharulah terasa kemeriahan dan suasana ibukota sebenar. Restoran-restoran gaya al-fresco boleh kelihatan di merata ceruk kota, begitu juga dengan kedai menjual barangan kulit seperti sepatu dan cenderahati. Gedung membeli-belah dengan jenama antarabangsa juga ada di sini. Dekorasi sambutan Krismas juga kelihatan di setiap kedai. Kota Lisbon mula menggamit rasa ‘ingin tahu’ aku, banyak yang tersembunyi di kota ini dan perlu untuk aku cungkil sedikit khazanahnya.

DSC_3643
Petang itu cuaca tiba-tiba menjadi mendung dengan hujan lebat mencurah-mencurah, ditambah pula dengan suhu yang semakin dingin. Kami masih seronok berlegar-legar di tengah kota Lisbon terutamanya di kawasan membeli-belah. Aku mengambil keputusan untuk berada lebih lama di sini, lantas membuat tempahan bilik hotel di tengah-tengah kota di Rossio, secara tepatnya di bangunan lama ratusan tahun umurnya yang menjadi sebahagian dari ikon kota ini. Malam itu kami berjalan kaki mendaki bukit dari sekitar Restauradores, melihat keindahan kota dari aras lebih tinggi. Lorong-lorong ‘cobblestone’ di sini menghiasi landskap Lisbon, dan apabila tirai malam dilabuhkan menjadi seakan bergemerlapan disimbah cahaya. Pusat-pusat hiburan  mula timbul di celah-celah bangunan lama ini, dengan pengunjung pelbagai umur dan bangsa. Muzik-muzik dimainkan secara langsung, kebanyakannya dianggotai oleh 2-3 orang pemuzik bergitar. Meriah dan unik!

My creation
Sistem pengangkutan di Lisbon amat bagus dan tidak rumit. Masih ada kenderaan Tram elektrik di sini terutamanya di kawasan tumpuan pelancong dan lorong-lorong lama yang sempit. Kami menaiki Tram lama untuk ke kawasan berbukit Chiado, yang mengambil masa sekitar 15 minit untuk sampai ke Bairro Alto yang juga kawasan tinjau di sini. Pemandangan kota Lisbon dari atas sini amat cantik, dengan rumah-rumah atap genting tersusun rapi rapat-rapat, kapal yang berlabuh serta pohon-pohon hijau yang besar-besar saiznya. Kami meninjau kawasan sekeliling, tenang dan tidak sibuk walau ada beberapa rombongan pelancong. Bangunan yang berusia dari abad yang berbeza dibina sebelah-menyebelah dengan senibina yang berbeza juga. Aku cukup puas berada di sini! Menghayati senibina bangunan, struktur bangunan, ukiran-ukirannya, jubin-jubin pelbagai corak di dinding bangunan, nilai-nilai estetika, sejarah serta nostalgia setiap satunya.

DSC_3865
Esoknya, kami mengikuti rombongan kecil 8 orang dalam pakej ke Sintra yang terletak sekitar sejam dari kota Lisbon. Sintra merupakan sebuah kawasan berbukit bukau dan bergunung-ganang yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan udaranya yang segar. Tidak hairanlah seawal abad ke15 sehingga 18 Masehi gologan bangsawan sudah membina istana-istana besar nan indah, taman-taman bunga serta estet-estet mewah. Ahli geografi Islam ketika itu Al-Bacr pertama kali mencatatkan akan kewujudan penempatan di sini dan orang-orang Islam pada abad ke-11 telah pun membina kubu militer di atas kawasan pergunungan yang kini dikenali sebagai Castelos do Mauros atau Moors' Castle.
DSC_3901 
Pemandu van merangkap pemandu pelancong kami sangat fasih berbahasa Inggeris serta arif akan selok-belok sejarah dan tempat-tempat di sini. Beliau yang berkelulusan sosiologi amat tertarik dengan hal-ehwal sejarah, sosio-masyarakat, ekonomi, budaya dan negara-negara ahli rombongan yang dibawanya. Kawasan Sintra telah diiktiraf sebagai salah sebuah kawasan UNESCO World Heritage pada tahun 1995. Di Sintra banyak istana dan monumen boleh dilawati seperti National Palace of Sintra, Monserrat Palace, Pena Park, Moors Castle, Botanical Park dan pelbagai lagi.
My creation
Kami dibawa berjalan kaki menyusuri lorong kecil dan sempit di celah-celah kawasan perumahan lama. Kami singgah di sebuah kedai menjual keju, wain dan jem yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Kemudian kami ditunjukkan dengan beberapa monument peninggalan kerajaan Islam dahulu yang pernah menjadikan kawasan Sintra ini sebagai markas dan kota mereka.  Sambil berjalan, kami diterangkan akan setiap peristiwa bangunan, monument dan lokasi. Sungguh bermaklumat dan bermanfaat!

DSC_3928 

Kami seterusnya berhenti di sebuah bangunan agam yang tersergam di atas bukit - Quinta da Regaleira. It consists of a romantic palace and chapel, and a luxurious park featuring lakes, grottoes, wells, benches, fountains, and a vast array of exquisite constructions. The palace is also known as "Palace of Monteiro the Millionaire", from the nickname of its first owner,António Augusto Carvalho Monteiro. Dari luar tidak begitu jelas apa yang tersembunyi di sebalik tembok besar kompleks ini namun sebaik sahaja kami melepasi pintu masuk yang dikenakan bayaran beberapa Euro ini, barulah kelihatan taman yang luas berserta tumbuhan-tumbuhan dan pohon-pohon besar yang agak berusia.


Sintra 

Ada kisah Illuminati dan Freemason di atas kompleks bangunan ini (With the assistance of the Italian architect Luigi Manini, he designed the 4-hectare estate with its enigmatic buildings, believed to hide symbols related to alchemy, Masonry, the Knights Templar, and the Rosicrucians). Kompleks ini ada keunikannya dan agak luas dengan pelbagai seksyen yang berbeza serta taman-taman yang seakan ‘labyrinth’. Ada menara tinjau, ada gua gelap yang mempunyai lorong bawah tanah menuju ke terowong yang seakan perigi. Ada pintu rahsia yang membawa ke kawasan tasik atau sungai buatan yang menjelmakan air terjun kecil. Ada deretan patung-patug Tuhan Greek yang menjadi mitos. Pokoknya ada bermacam-macam senibina buatan berbaur yang asli di kompleks ini. Tidak ketinggalan ialah Istana utama yang menempatkan foto serta artikel sejarah bangunan ini. Rumah gaya Eropah yang mewah untuk golongan bangsawan.
My creation
Diakhiran lawatan, kami dibawa ke Copa de Roca atau Cape of Rock. Angin yang bertiup sungguh kencang di tanjung ini, sehingga kami seakan ingin melayang jika tidak betul-betul kuat memasang kekuda di bumi. Ahli rombongan kami yang semuanya perempuan ada yang sampai tergolek-golek jatuh di atas rumput kerana angin kencang yang bertiup dari lautan Atlantik itu. Ada batu peringatan di sini yang menandakan bahawa ini merupakan tanah paling hujung ke sebelah barat di tanah besar benua Eropah. Juga diceritakan oleh pemandu pelancong kami bahawa di sekitar kawasan ini juga Nabi Yunus dibawa ke pantai oleh ikan paus yang menelannya. Hanya Allah yang tahu kebenaran lokasi peristiwa tersebut.

DSC_3999
Hari terakhir di Lisbon, kami berkunjung ke monumen wajib di Lisbon, sebuah kawasan yang dipanggil Belem, terletak sekitar 20 minit perjalanan menaiki Tram moden. Di sini ada sebuah jambatan yang dibina mengikut spesifikasi jambatan Golden Gate di San Francisco. Tidak jauh dari situ terdapat tugu besar berbentuk sebahagian bantera dan anak-anak kapal yang mengikuti eksplorasi menjelajah dunia. Di sini kapal pertama Portugis berlepas meninggalkan pelabuhan sekitar abad ke 13 Masehi dahulu. Aku berasa sayu dan sedih dengan tiba-tiba bila mengenangkan bagaimana Melaka yang sedang makmur ditawan, dijarah dan sebahagian penduduknya dibunuh serta dipaksa menukar agama. Selain Melaka, mereka juga menyerang beberapa buah pulau di Nusantara.

My creation
Ramai pelancong di sekitar kawasan Belem ini, dan memandangkan cuaca yang cukup baik dan cerah kami mengambil kesempatan ini berjalan kaki di sekitar kawasan dermaga lama ini. Ada deretan kedai dan restoran di sini, paling menarik ialah sebuah restoran yang menghidangkan tart telur (egg tart) tersohor di dunia yang sudah beroperasi hampir 300 tahun! Kami tidak membelinya kerana ada seorang rakan di FB memberitahu bahawa ianya tidak halal kerana dicampur ‘lard’ atau lemak babi. Memang penuh sesak restoran ini sambil ramai yang beratur panjang di luar. 
My creation Kami sempat juga mengunjungi Archeological Museum of Portugal semasa di sini. Senibina bangunan muzium ini sungguh cantik serta memaparkan ciri-ciri khas Menuelin asli Portugal. Di dataran muzium ini terhampar rumput hijau dan pohon-pohon rendang serta boulevard untuk pengunjung. Menarik sejarah panjang mereka yang bermula sebelum kedatangan tentera Roman pada sekitar 223 Sebelum Masehi sehinggalah kejatuhan empayar Islam. Di muzium ini juga disisipkan pameran khas dari Mesir, keranda-keranda mumia Firaun serta perkakasan yang berkaitan.
My creation
Kami mengunjungi ‘flea market’ yang kebetulan berada di hadapan kawasan tidak jauh dari muzium. Kami membeli beberapa cenderamata dan aku seperti biasa akan mencari pinggan-pinggan antik yang unik dan sukar didapati. Kami berhenti minum di Starbucks untuk mengalas perut kelaparan sambil berehat sebentar sebelum pulang ke hotel. Suasana senja di sekitar Belem sungguh menarik ditambah pula dengan keriuhan pelancong dan alunan muzik Fado yang mendayu-dayu kebanggaan warga Portugal yang dimainkan oleh sekumpulan pemuda di sekitar muzium.

DSC_3719
Kami berada selama 6 hari dan 5 malam di kota Lisbon yang penuh dengan pelbagai kesan sejarah ini yang dapat dilihat dari monument-monument dan bangunan lama di sekitarnya. Terlalu singkat rasanya aku berada di kota ini sedangkan banyak lagi yang hendak aku jelajah dan terokai. Selain dari bersiar-siar mengunjungi pelbagai monument dan tempat, kami juga seronok berbelanja di sini kerana barangan di sini sedikit murah dari negara EU lainnya. Banyak dijual barangan kulit dan aku suka akan sepatu-sepatu kulit dari Portugal atau Sepanyol. Namum sayang seribu kali sayang, 99% dari sepatu ini diperbuat dari kulit babi. Selain barangan kulit, cenderamata dari jubin dan porselin juga banyak dijual di sini.

DSC03823
Kalau berpeluang, ingin sekali lagi aku mengunjungi negara Portugal ini, tetapi berkunjung ke kawasan-kawasan lainnya terutama di Algarve di sebelah selatan yang banyak menyimpan monument tinggalan pemerintah Islam terdahulu. Selain dari itu, pantai-pantai di sebelah selatan ini cukup popular dengan keindahan alam semulajadi dan cuaca Mediterranean. Pagi itu, selepas bersarapan beberapa keping roti bakar dan telur rebus, aku dan Hafiz berangkat meninggalkan Lisbon di hujung sebelah barat, terbang menuju ke Barcelona, Spain yang terletak pula di hujung sebelah timur semenanjung Iberia. 

Labels: belem, cabo da roca, lisboa, lisbon, moor, portugal, sintra

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 11:59 pm 12 comments links to this post

Thursday, November 29, 2012

The Promises - Edinburgh and Aberdeen Short Trip


Scotland

Penerbangan dari Barcelona menggunakan pesawat tambang murah Ryanair mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai ke Edinburgh, ibu kota negeri Scotland. Tanggal 21 November 2012, kami menjejaki kota ini dalam pekat malam yang disirami hujan sejuk musim luruh. Aku merenung jauh ke luar jendela teksi, kelihatan sayup-sayup struktur bangunan di kota ini, yang mengingatkan aku akan kota-kota lama bandar Eropah lainnya. Teksi malam itu menyusuri jalan-jalan sempit, ada pohon-pohon besar di kiri-kanan jalan, limpahan lampu sepanjang jalan malap-malap cahayanya. Hotel di mana kami menginap The Point, di Bread Street menghadap istana lama yang tertenggek di atas bukit. Kamar kami cukup selesa dan agak besar saiznya. Tiada pemandangan menarik dari sini, kecuali tingkap-tingkap dan bumbung-bumbung bangunan bersebelahan.

Scotland

Selesai membersihkan diri, kami keluar berjalan kaki tanpa arah tujuan. Hanya menyusur jalan besar, melewati kedai-kedai dan restoran yang sudah pun tamat operasi untuk hari itu. Sunyi-sepi, hujan renyai-renyai masih menyiram bumi, sejuk sekitar 1’Celcius, sesekali ada kenderaan dan manusia yang lalu-lalang. Dari kejauhan sudah kelihatan istana-istana dan gereja lama di atas bukit. Awan masih berarak disinari cahaya rembulan yang sudah separuh penuh. Kami kelaparan, maka berkesudahan membeli mee segera Koka, sardin di dalam tin, buah-buahan, kerepek kentang, susu dan minuman lain. Berselera sungguh kami makan di dalam kamar hotel!

DSC03969

Keesokan harinya, hujan mencurah-curah dari awal pagi sehinggalah membawa ke malam. Kami gagahi juga untuk keluar setelah lewat tengahari kerana bosan di dalam hotel dan merasa rugi tidak menggunakan peluang sehari ini untuk meneroka kota Edinburgh. Kami ke tengah kota, cuma beberapa minit berjalan kaki, sambil berhenti di beberapa buah kedai menjual cenderamata. Kami menuju sehingga ke Waverly Railway Station untuk mengambil tiket keretapi yang telah dibeli melalui online. Di sebelah stesyen ini, terletak pula Princes Mall yang menempatkan sedikit butik pakaian dan medan selera. Kami berhenti makan di sebuah restoran Fish & Chips yang terkenal di sini. Setelah itu, kami meneruskan berjalan kaki meredah hujan gerimis yang tak kunjung henti, membeli sedikit ole-ole Scotland. Setelah selesai minum petang di sebuah café, kami pulang ke hotel sementara menunggu untuk makan malam bersama rakan warga Malaysia yang menuntut di sana.

Scotland

Hafiz berkenalan dengan Syilla semasa sama-sama membuat visa untuk melanjutkan pelajaran di UK. Syilla yang baru 3 bulan mendirikan rumahtangga (mereka baru 2 bulan di UK) ditemani oleh sang suami yang mempunyai kenalan yang sama dengan aku. Seronok berbual dan bercerita dengan pasangan muda ini, sentiasa ceria dan nampak positif dalam hidup. Kami makan malam  di sebuah restoran Cina berasal dari Malaysia, makan makanan laut dan sayur-sayuran. Kami tidak dapat meluangkan masa terlalu lama kerana masing-masing ada komitmen keesokan harinya. Kami pula sudah kepenatan berjalan seharian meredah hujan dan gerimis di sekitar kota Edinburgh. Esoknya kami perlu bersiap agak awal, perjalanan menaiki keretapi ke Aberdeen menanti kami. Sepanjang berjalan kaki sekitar 30 minit dari hotel ke stesyen, aku sempat merakam gambar-gambar sekitar Edinburgh. Ini sahajalah yang sempat dibuat kenangan dari kota ini.

Scotland

Kami sampai di stesyen Waverly tepat pada masanya untuk keretapi bertolak, awal sekitar 5 minit sahaja. Termengah-mengah juga kami mencari koc yang tertera di tiket, semuanya kami redah asalkan dapat melompat masuk ke dalam perut keretapi ini. Beg sandang aku yang beratnya hampir 10kg amat memeritkan bahu, begitu juga dengan beg pakaian yang hampir mencecah 20kg ketika itu, aku heret sepanjang jalan. Cemas dan seronok berbaur, cemas takut tertinggal keretapi dan seronok berkejar-kejaran antar aku, Hafiz dan keretapi! Pemandangan di sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam ini amat menarik dan cantik. Kehijauan kawasan padang ragut, lapangan golf dan bukit-bukaunya memukau pandangan. Beberapa kali keretapi melalui jambatan yang dibina di atas air, melewati kawasan perkampungan dan bandar-bandar kecil.

Scotland

Kami sampai di Union Station, Aberdeen sekitar jam 1 petang pada 23 November 2012. Langit sedikit kelam dengan awan hitam bergumpalan. Seketika turun pula hujan renyai dan kami yang sedang menunggu bas untuk ke rumah Hafiz dimandikan hujan. Kerana kelaparan, kami bersetuju untuk makan dahulu sambil mengheret beg-beg turun-naik jalan yang berbukit di tengah kota Aberdeen, mencari sebuah restoran Pakistan. Sesampai di sana, kami kehampaan kerana restoran belum dibuka. Kami mengheret lagi beg-beg berat tersebut sambil mulut aku tak henti-henti mengadu akan keletihan kaki, tangan dan seluruh anggota badan. Akhirnya Hafiz berjaya menemukan bas menuju ke kawasan tempat tinggalnya – Kittybrewster (comel sungguh nama tempat ini). Kami berehat seketika sebelum keluar semula membeli makanan di Sainsbury yang berdekatan.

DSC03997

Esoknya kami menuju ke University of Aberdeen yang terletak sekitar 10 minit berjalan kaki dari kediaman Hafiz. Sebelum itu, kami sama-sama memasak untuk makan tengahari, dibantu oleh rakan serumah Hafiz, Zubir yang juga baru sampai di Aberdeen untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Cantik bangunan di sekitar kampus King’s College, bangunan berusia ratusan tahun yang kaya dengan peristiwa dan cerita pencapaiannya. Selesai di sana, kami menaiki bas menuju ke tengah bandar Aberdeen. Cuaca amat cerah hari itu, namum suhu sekitar 3’Celcius itu benar-benar membuat aku menggigil kesejukan. Aku gunakan kesempatan dengan cuaca baik ini untuk merakam panorama melalui lensa Nikon D7000.

Scotland
Memandangkan ianya hujung minggu, ramai penduduk Aberdeen keluar bertumpu di bandar ini. Kedai-kedai serta restoran kebanyakkannya dipenuhi pengunjung, dan kemeriahan sambutan Krismas sudahpun kelihatan dengan dekorasi menarik di sekitar bandar ini. Aku sempat membeli sedikit cenderahati buat kenang-kenangan. Sepetang itu, kami hanya berlegar di sekitar Union Square, menghirup kopi panas sambil menikmati biskut mentega asli Scotland. Kami tidak mahu pulang kerana belum puas bermesra dengan kota ini, kami lanjutkan acara malam itu dengan menonton di pawagam. Waktu yang ada sangat singkat bagi meneroka banyak bahagian dan aktiviti bandar ini. Esoknya aku harus pulang pergi meninggalkan Aberdeen menuju ke London dan seterusnya Doha.

Scotland

Dalam gerimis awal pagi, aku menaiki teksi dari Ashgrove Road ke lapangan terbang ABZ. Pemandu warga tempatan dengan selanga pekat Scottish, kira-kira setengah abad umurnya, peramah dan mudah pula diajak berbual. Tidak sampai 15 minit perjalanan, kami sudahpun sampai ke destinasi. Aku tinggalkan Hafiz dan Aberdeen buat sementara, insyaAllah ada jodoh, rezeki dan kelapangan dariNya, aku akan datang lagi ke sini, di musim yang berbeza pula.

DSC04003


Labels: aberdeen, edinburgh, ezyjet, ryanair, scotland, Tepak Sireh, UK, Wan Mohd Zulhafiz

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 5:05 pm 16 comments links to this post

About Me

My Photo
Name: Rush Murad

View my complete profile

Countries I've visited so far!
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

:::::MALAYSIA TRULY ASIA::::

  • Malaysia Tourism Board
  • Malaysia Tourism Centre
  • Lonely Planet: Malaysia
  • National Geographic Traveler
  • KL International Airport
  • Malaysian Airlines
  • AirAsia Airlines
  • Firefly
  • Malaysian Railways Services
  • Transnasional Buses Online
  • Kuala Lumpur City Guides
  • Kuala Lumpur Guide
  • Kuala Lumpur Hotels
  • Sarawak Tourism - North Borneo
  • Palace of Culture (Istana Budaya)
  • Malaysian Philharmonic Orchestra
  • Malaysian Handicraft Centre
  • :::::MY LINKS:::::

  • King's College London
  • Universiti Teknologi MARA
  • University of East London
  • Shell Exploration & Production
  • Al-Quran & Hadis Online
  • Utusan Malaysia Online
  • Berita Harian Online
  • New Straits Time Online
  • Singapore Straits Time
  • Borneo Post Online
  • Kompas Indonesia Online
  • Telegraph UK
  • Johor Government Website
  • Flickr Photo Collection
  • Japanese Lesson On The Net
  • Merriam-Webster Dictionary
  • -----AMAN PALESTIN-----
  • Dunia Melayu Se-Dunia
  • Sang Tawal Sakranta
  • Malay Folk Prose (Digitized Manuscripts) - Hikayat-Hikayat Melayu (Manuskrip Digital)
  • e-Solat Malaysia
  • Follow this blog
    sultanahmet
  • ISTANBUL - expectations & surprises collided! 2011 - click here
  • prague
  • PRAGUE, when can I see you again? 2011 - click here
  • DSC00533
  • Down Memory Lane in London 2011 - click here
  • GRANADA
  • Memorable Cordoba, Granada & Barcelona 2010 - click here
  • Plaza Espana
  • Seville Oh! Seville 2010 - click here
  • DSC_0218
  • How Can I Forget MADRID?! 2010 - click here
  • Langkawi
  • Langkawi Island - Malaysia's Treausre 2010. click here
  • DSC_1771
  • Lovable Phuket Trip 2010. click here
  • Humayun's Tomb
  • Incredible India Trip 2010-DELHI. click here
  • Incredible India Trip 2010-DELHI 2. click here
  • Taj Mahal
  • Incredible India Trip 2010 - AGRA. click here
  • Gold Coast
  • Gold Coast Trip 2009. click here
  • Auckland
  • New Zealand Trip-Finale 2009. click here
  • Franz Josef Glacier
  • New Zealand Trip-Greymouth-Hokitika-Franz Josef 2009. click here
  • Christchurch
  • New Zealand Trip-Christchurch 2009. click here
  • Singapore
  • Short Singapore Trip 2009. click here
  • Tip of Borneo
  • Trans-Borneo/Sabah trip 2009. click here
  • Pura Batu Bolong
  • Enchanting BALI I 2008. click here
  • Hanuman
  • Enchanting BALI II 2008. click here
  • Enchanting BALI III 2008. click here
  • Makkah
  • UMRAH 2008 - Lorong-Lorong Makkah I. click here
  • Umrah
  • UMRAH 2008 - Lorong-Lorong Makkah II click here
  • Madinah AL-Munawwarah
  • UMRAH 2008 - Kota Madinah. click here
  • BANDUNG
  • BANDUNG 2008. click here
  • Dunia Fantasi Jakarta
  • JAKARTA 2008. click here
  • Macau1
  • Nostalgic MACAU 2008. click here
  • Shenzhen11
  • Culturally SHENZHEN 2008. click here
  • My creation
  • Magic in HONG KONG 2008. click here
  • IMG_0026-2
  • Memorable Phuket 2007. click here
  • Chiang Mai
  • My Trip to Chiangmai 2007. click here
  • Masjid Nabawi Madinah
  • My Umrah 2007:Makkah 1. click here
  • My Umrah 2007:Makkah 2. click here
  • My Umrah 2007:Madinah. click here
  • Moroccon Sahara

    My Sahara-Marrakesh-Morocco Trip 2006 View slideshow

  • MARRAKECH STORY 2006. click here
  • EXCURSION TO SAHARA DESERTS. click here
  • Essouira

    My Essouira-Morocco Trip 2006 View slideshow

  • ESSOUIRA BY ATLANTIC SEA. click here
  • ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

    The Netherlands June 2006

    Holland 2006

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

    ====My Birthday Trip May 2005==== Sydney & Melbourne

    www.flickr.com
    This is a Flickr badge showing photos in a set called Sydney 2005. Make your own badge here.

    Bangkok & Pattaya Trip Aug 2005

    www.flickr.com
    This is a Flickr badge showing photos in a set called Bangkok 2005. Make your own badge here.

    BOROBUDUR, JOGJAKARTA 2005

    Travel Magazine - Borobudur

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

    ::BLOGGER'S SPHERE::

    • Tun Dr. Mahathir Mohamad's Blog
    • Dato Sri Mohd Najib B. Tun Abd Razak Prime Minister of Malaysia
    • YB Zulkifli Bin Noordin's Blog
    • 5th_E - Petaling Jaya
    • acrossplanet - Kuala Lumpur
    • addyholix - Wangsa Maju
    • Adthely - Kuching
    • Adyri - Kuala Lumpur
    • Afeez - Shah Alam
    • Ahau-Dee - Auckland/Kuala Lumpur
    • Aladdin - Putrajaya/Penang
    • Aled - Saudi Arabia/Kuala Lumpur
    • idiosyncrasies - Land of the Headhunters
    • Andhika Tharuna - Putrajaya
    • Angie's Thought - Dunya
    • AngrianiWorld - Tawau
    • Anne's Prelude - Shah Alam
    • Antz - Miri
    • Arep - Putrajaya
    • Arsaili - Perth
    • Artisticklytouch - KL
    • Aslismail - Kota Marudu
    • Astakona - Shah Alam
    • Axim - Penang
    • Baba Khayr - Shah Alam
    • Babblings of Serial Lunatic - Shah Alam
    • Benedict Bernard - Singapore
    • Beruang Madu - Kota Kinabalu
    • Bila Sang Penyu Bersuara - Shah Alam
    • Cahaya - KL
    • Cat Women - Penang
    • Chef Aduka - Gurun, Kedah
    • Chekgu Sekolah - Johor Bahru
    • Chinta - Edinburgh
    • Cikgu Zainab - Kuantan
    • Crazy Beautiful - Kuala Lumpur
    • Crew's Cut - Kuala Lumpur
    • CT Hafsah - Cyberjaya
    • Cute Panda - Ipoh
    • D'Rimba - Kuala Lumpur
    • Danial Ma - England
    • Dari Bilik Ini - Melbourne
    • David Jr's Malaysia Asia - Kuala Lumpur
    • Dendang Perantau - Riyadh
    • Dr.Chen - Penang
    • Dr Syukur - Kuala Lumpur
    • en_me - Kuala Lumpur
    • Eric - Miri/Kuching
    • Facts of Life - Riyadh
    • Faisal Admar - Penang
    • FendiOsman - Kuala Lumpur
    • fzy fuzzy - KL
    • gap-jb - Johor
    • Gembo - Brunei
    • Gendai No Jinsei - Sinrei
    • Ghazali "Maka Terimalaahhh"- Jeddah
    • Haja - Putrajaya
    • Hairee Iskandar - Sepang
    • Hairepotter - JB
    • Hasrulmuin - Besut, Terengganu
    • Hidney - Kelantan
    • Hidup Biar Sedap - Selangor
    • Inah's Journey - Adelaide
    • janggeltrekker's Life - KL
    • Jhazkitaro - Dublin
    • Jowo Pinter - Kuala Lumpur
    • Julia's Blogando - Jakarta
    • Just Nis - KL
    • Khair Abdullah - Chennai, India
    • Khairul - Miri/Kuching
    • Kemang - Terengganu
    • Laa Tahzan - Teluk Intan
    • lily.lulu - KL
    • lilysuria - JB
    • Lindosh - Penang
    • love-n-hate- TTDI
    • Lutfi - KL
    • MimieNurakmal - KL
    • Miri Model - Miri
    • Miss Cloudy - Kuantan
    • Mohd Raz - Johor Bahru
    • momilo - Brunei
    • Muhafis - Johor Bahru
    • Muhtar Suhaili - Miri
    • Mummy Lieza - KL
    • MNN - KL
    • ::NbC:: - Christchurch, NZ
    • Nash - Kuching
    • Nikli - Miri
    • Nil's Musings - KL
    • Nonie Aziz - Shah Alam
    • Norae - Kuala Lumpur
    • NurleaLaurielle - Aloq Staq, Kedah
    • Nurul - Shah Alam
    • orang bukit - KL
    • Orang Rawa - Saigon
    • Pinut - Putrajaya
    • Princessa - Dublin
    • Prinze Alfie - Penang
    • Qamariah Yunos - Manchaster
    • Rhymee - Miri
    • Saiful Ambar - Penang
    • Sastri - KL
    • Scrlettfr - Kedah
    • Sastri - KL
    • Shahril aley - KL
    • Skullsplitter - KL
    • Shopper Mama - Singapore
    • Solo Molo - Kuala Lumpur
    • Sueshamsuddin - KL
    • SuhudUgly - Jakarta/Perth
    • Squeeze&Cuddles - Brunei Darussalam
    • Terompah Biru - Miri
    • TheForgottenLessons - Kuala Lumpur
    • The Travelling Ducks - Singapore
    • Tumarawati - Miri
    • vimmiyasmin - Kuala Lumpur
    • Wahdi - USJ
    • Wahidah - Kuala Lumpur
    • Wan Hidayat - Kuantan
    • Whitelighter - Doha
    • Wisata Riau - Pekanbaru
    • Yazrie - Johor Bahru
    • Yoshi Aiko - Miri
    • Zackzara - Miri
    • Zal - Doha, Qatar
    • Zietikuih - KL
    • Zirhoni - Batam Island
    • Zuer - Bangsar
    • Zul Brawi - Miri

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::


      Powered by IP2Location.com

    Previous Posts

    • My Confession In New Orleans
    • My Parents Trip To Doha & Dubai 2013
    • The Unspoken Fascinations In Lisboa, Portugal.
    • The Promises - Edinburgh and Aberdeen Short Trip
    • Pre-Ramadhan: The Unusual 'Tahlil' Affair....
    • Phoenician's Fantasy In Lebanon: Beirut, Jeita Gro...
    • Phoenician's Fantasy in Lebanon: Anjar, Baalbek & ...
    • Gulai Lemak Ikan Sepat Kering Tuan WMZ....
    • Story of Rush's 41st Birthday....
    • HidayahMu & AnugerahMu di Kota Makkah Al-Mukkarram...

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

      Archives by Monthly

      • June 2005
      • July 2005
      • August 2005
      • September 2005
      • October 2005
      • November 2005
      • December 2005
      • January 2006
      • February 2006
      • March 2006
      • April 2006
      • May 2006
      • June 2006
      • July 2006
      • August 2006
      • September 2006
      • October 2006
      • November 2006
      • December 2006
      • January 2007
      • February 2007
      • March 2007
      • April 2007
      • May 2007
      • June 2007
      • July 2007
      • August 2007
      • September 2007
      • October 2007
      • November 2007
      • December 2007
      • January 2008
      • February 2008
      • March 2008
      • April 2008
      • May 2008
      • June 2008
      • July 2008
      • August 2008
      • September 2008
      • October 2008
      • November 2008
      • December 2008
      • January 2009
      • February 2009
      • March 2009
      • April 2009
      • May 2009
      • June 2009
      • July 2009
      • August 2009
      • September 2009
      • October 2009
      • November 2009
      • December 2009
      • January 2010
      • February 2010
      • March 2010
      • April 2010
      • May 2010
      • June 2010
      • August 2010
      • September 2010
      • October 2010
      • November 2010
      • December 2010
      • January 2011
      • February 2011
      • March 2011
      • April 2011
      • May 2011
      • June 2011
      • July 2011
      • August 2011
      • September 2011
      • October 2011
      • November 2011
      • December 2011
      • January 2012
      • March 2012
      • April 2012
      • May 2012
      • June 2012
      • July 2012
      • November 2012
      • December 2012
      • March 2013
      • April 2013

      ::COUNTRIES I'VE SET FOOT::

      LEBANON

      -Beirut, Byblos, Baalbek, Anjar, Ksara-

      UNITED STATES OF AMERICA

      -San Francisco, New York-

      HUNGARY

      -Budapest-

      SLOVAKIA

      -Bratislava-

      AUSTRIA

      -Vienna-

      BULGARIA

      -Sofia, Plovdiv-

      TURKEY

      -Istanbul, Bursa-

      CZECH REPUBLIC

      -Prague-

      OMAN

      -Muscat-

      SPAIN

      -Madrid, Seville, Cordoba, Granada, Barcelona-

      VATICAN CITY

      ITALY

      -Rome, Florence, Venice, Milan-

      QATAR

      -Doha, Ras Laffan-

      INDIA

      -New Delhi, Delhi, Agra, Jaipur-

      NEW ZEALAND

      -Christchurch, Queenstown, Dunedin, Picton, Wellington, Auckland-

      AUSTRALIA

      -Gold Coast, Sydney, Melbourne-

      KINGDOM OF SAUDI ARABIA

      -Makkah, Madinah, Jeddah, Taif-

      -United Arab Emirates - Abu Dhabi-

      PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA

      -Macau, Hong Kong, Shenzhen-

      MOROCCO

      -Marrakesh, Essouira, Zagora, Sahara-

      THE NETHERLANDS

      -Amsterdam, The Hague, Gronigen, Assen, Rotterdam-

      BRUNEI

      BELGIUM

      SWITZERLAND

      FRANCE

      GERMANY

      -Frankfurt, Munich, Blackforest-

      UNITED KINGDOM

      THAILAND

      -Phuket, Satun, Haadyai, Bangkok, Pattaya, Chiang Mai-

      INDONESIA

      -Lake Toba, Medan, Batam, Bali, Jakarta, Jogja, Surabaya, Bandung, Tanjung Pinang-

      SINGAPORE

        Best Malaysian Sites
          Subscribe with Bloglines
            Add this blog to my Technorati Favorites!
              eXTReMe Tracker Free META Tag Help Analyzer
                Add to Technorati Favorites
                    Directory of Travel Blogs


              My blog is worth $18,629.82.
              How much is your blog worth?

        Powered by FeedBurner